Isnin, 8 Jun 2009

Kawen lewat kini~~

Bimbang trend kahwin lewat


Shahrizat Abdul Jalil dan Ahmad Sarji Abdul Hamid berbual dengan ahli-ahli panel seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan bimbang terhadap trend lewat berkahwin di kalangan wanita dan lelaki yang dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang kepada negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika trend itu berlaku berterusan, impaknya kepada negara ialah tempoh kesuburan wanita menjadi pendek dan kesukaran mendapat anak.

Menurutnya, perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaan kepada wanita dan lelaki sebaliknya sanggup melewatkannya kerana terlalu mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan enggan terikat dengan institusi perkahwinan.

''Umur minimum perkahwinan pertama untuk lelaki meningkat daripada 28.6 tahun pada tahun 2000 kepada 28.9 tahun pada masa kini.

''Begitu juga dengan usia minimum perkahwinan wanita yang meningkat daripada 27.8 tahun pada tahun 2000 kepada 28.6 tahun masa kini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian seminar dua hari anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, antara kandungan dan inti pati yang akan dimasukkan ke dalam Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakannya ialah mengenai risiko dan implikasi tindakan lewat berkahwin kepada negara.

Katanya, dasar dan pelan tindakan itu akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Shahrizat meminta ibu bapa supaya tidak melepaskan kepada pihak lain tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sekiranya berlaku perceraian.

''Dalam sesetengah masyarakat, adalah menjadi satu keaiban sekiranya suami melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak kepada orang lain,'' katanya.

Menurutnya, amalan seumpama itu sepatutnya menjadi ikutan kepada semua masyarakat di negara ini tanpa perlu dikuat kuasa undang-undang ke atas mereka.



Haha..dun worry.. 6 years to go..lalala....~

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ni tak komen benda yang patutnya. Yang menjadi isu ni yang bahagian ibubapa yang minta hantaran tinggi-tinggi, pastu mintak macam-macam pulak. Ade ke patut kate trend sekarang hantaran RM 30 ribu, huh, sampai ke tua tak kawin-kawin dengan keadaan ekonomi. Yang dia komen tu bila dah lambat kawin sebab mak bapak jugak yang melambatkan proses. akad nikah dengan kenduri cukuplah.

ainShahajar berkata...

betol2...30 ribu tu..bnyk sgt..hahaha

siapakah ini...terlalu tinggikah hantaran yg psangan anda mntk..ekekeke

joegrimjow berkata...

kene cari bnyak2

3p4h berkata...

Erm... kalo laki2 kawen lewat mmg biasa tgk. Dtambah pula dgn fmly yg mnta wang hntaran melampau2. Da mcm nk jual ank plak.

Tp if prempuan, andartu la jwbnya. Tp xslhkn kawen lewat?

So bl awk nk kawen?? =)

ainShahajar berkata...

joe - cari 4 sudah le..banyak2 pulak..ahaks

3pah - andartu tu stigma masy je..(wat kami pumpuan terkejar2) tapi nk lahir zuriat la kang..tak kuat lagi..