Rabu, 23 Mac 2011

malaysia-sri langka-riyadh-mekkah



gedik. di pantai sri langka
  • kami bergerak ke Sri Langka (3jam), transit di sana semalaman di hotel apa. aku pun dah lupa. sampai di sri langka. mereka jakun melihat kami. hehe... keadaan bandar colombo kata abah, macam KL masa tahun 60 an. Hotel kami tepi pantai, cantik.. ala2 bali gitu
  • tapi bukan ini tujuan asal. niat kami bukan kesini =)
  • aduh, dugaan. kata ustaz penerbangan dari Sri Langka ke Jeddah di batalkan. so kami kena pergi Riyadh dulu (5jam) =(
  • sampai di Riyadh. pemeriksaan memang ketat. ceh! orang arab nih. tapi... sampai saja di riyadh. air mata dah mengalir. ini bumu anbiya. aku tiba disini. syukur
  • kami bersiap2 ihram di riyadh. dan menunggu flight ke Jeddah (1jam)
berihram, di riyadh airport.
  • dalam penerbangan, pilot bekata. 'kita tiba di miqat' (arab la) kami berniat. dan bertalbiah. seram bulu roma kau!
  • tiba dijeddah. mata terlalu mengantuk, jalan semakin longlai. walau apa pun, talbiah dalam hati diteruskan. tetap terus. kami tunggu bas untuk menuju ke mekah
  • sejam perjalanan. kami tiba di mekah. uhu... sedey la seh.
p/s-bila org tanya ape perasaan sampai kat sana. aku tak tahu nak jawab apa. yg aku leh jawab.
'mula-mula pergi aku membayangkan begini perasaan aku, perasaannya macam ini.. takjub macam ni, sedih macam ni' 'tapi sebenarnya. lebih dari apa yg dibayangkan, lebih besar hingga tak terbayang dengan kata2. nikmat Allah yg maha besar'

Selasa, 22 Mac 2011

mesti kene ada macam rancangan The Arena di Malaysia nih

rancangan ni tentang perdebatan budak-budak sekolah... rancangan realiti..
nampak macam biasa kan
meh2 tengok sendiri

emm.. aku pilih satu2 nya sekolah muslim yg masuk rancangan ni. tengoklah budak ni berdebat. tak rugi =)

Isnin, 21 Mac 2011

inilah kaabah

inilah kaabah
yang selama ini menjadi kiblat ku

inilah kaabah
yang selama ini menjadi kiblat ku!

abaikan tarikh gambar.. tak setting =(

inilah kaabah
yang selama ini aku terbayang2,
yang aku lihat dalam gambar dan tv

sangat indah
pemandangan indah pernah aku lihat

Allahhu akbar....... Allahhu akbar.... Allahhuakbar


percayalah... takkan pernah jemu memandang kaabah

malah makin rindu

Ahad, 20 Mac 2011

'You always hurt the one you shouldn't hurt at all."
KENAPA AKU DIUJI?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Al- Baqarah:155)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)

Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)
from here kenapa aku diuji

Jumaat, 4 Mac 2011

im home~~

uhu.. demam teruk minggu ni
sampai takde suara.. kahak banyak naw.. yekss..haha
gara2 stay lab smpy pkol 2, tak cukup tidue semua
tak apa.. berkorban untuk cuti yang panjang selepas ini

ok. yg lepas.. biarkan
hari ni besday abah!!!

1. siapkan manuskrip, slaid, dan apa2 untuk labmate yg baik hati nak tolong buat kan semua.. thank to you faris
2. wat kek untuk abah...!!
3. terima kedatangan mak long

banyak nyeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

doa dipermudahkan.. ameen