Jumaat, 8 Mei 2009

Anak-anak yang tabah

Hanya kerana RM2...


Mohd. Syawal Nabil, 8, menyiram air mawar di pusara ibunya, Saripah Mohd. Noor yang terbunuh selepas diragut kelmarin, disaksikan kakaknya, Nor Idayu, 12, dua orang adiknya Siti Najwa, 2 dan Nurul Akmal Alisa 6, di tanah perkuburan Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan, semalam. – Hafiz Johari


TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.

Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.

Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.

“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.

“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.


_________________________________________________________


sedih kan...nangiskan....dugaan yang sgt besar ini..Allah beri pada mereka yang betul2 kuat...

anak2 sekecil ini amat memerlukan kasih sayang ibu...sedangkan aku yang besar ni... amat2 perlukan emak..inikan pulak anak2 kecil ini......besarnye dugaan mereka...

aku nih...baru diuji sikit..dah down....[malu]

doakan moga mereka berjaya dan bahagia dunia akhirat..moga tak hanyut...moga kuat..tabah


selagi mereka boleh mendengar kita..ucapkan..

'saya sayang ibu'.. 'saya sayang abah'


hanya mereka yang pernah lalui saje dapat faham dugaan besar nih..kita hanya dapat cakap..sabar...bukan semua dapat lalui dengan tabah..SERTA menepati syara'2 Islam....

doakan untuk semua ibu dan ayah didunia ini Photobucket





4 ulasan:

Fathi Adha berkata...

kenapa ada manusia kejam...yg kejam dan sgt kejam...sanggup meragut dan dlm masa yg sama dia tlh "bunuh" 2 org (kandungan ibu dan Ibu) kejamnya... dunia perlukan keamanan...

joegrimjow berkata...

hamprak punye peragutt

hope anak2 die akan slamat n awe yg akan bela

~miszirdawaty~ berkata...

ehem2....
kesian.
kerana dua hengget tuh.
bOdoh punya peragut.
mmg ptt kena sula.
uhuk~

asilahmuhajer berkata...

kita takleh nak wat apa2. sekadar simpati. kita sama2 doakan adik2 tu tabah n kuat harungi hidup diorg.kita doakan jugak Allah selalu bantu diorg. dan yg paling penting, kita doakan si penjenayah dapat balasan setimpal dgn apa yg dia dah wat. aminnn..