Ahad, 28 Mac 2010

perempuan bukan tempat untuk anda tunjuk kuat!

aku bukak2 TV. ada pulak nampak 3 laki2 tgh pukol sorang perempuan ni. sebab perempuan ni tak bayar utang mak dia. Cerita revolusi Kldrift pulak. Scha al-yahya kene belasan cukup2 dengan gengster2. oklah, tu cerita TV. dalam hal ni, aku mula terpikir. kat mana nak cari filem arwah yasmin ahmad lagi. yg gambarkan kasih sayang. Oklah, memang ada unsur2 maksiat sket cerita dia tu. tak dapat nafikan. alamak.. terlarik pulak

tapi aku geram gila. kenapa nak tunjuk sangat kat tv ha? pengajaran ek. betol jugak… tunjuk lah muka2 laki $%^&* yg selamber dek tumbuk, bantai pompuan. pastu rogol. Budak2 laki yg kecik2 pon tengok. ter belajar pulak menda yg tak patot dorang belajar. orang2 dewasa kene pantau rrr tv skang ni.

aku penah jugak nampak sorang kakak ni, kene tampar dengan laki dia time kenduri kawen… akak tu saje nak rewang2, berkawan2, takkan nak terperuk je kat umah kan. sib baik makcik2 situ sangat bijak. makcik2 tu tak bagi akak tu balik umah. melalau le laki tu cari bini dia. ntah. aku pun tak tahu. ape jadi kat akak tu.. kalo kat arab pun banyak kes isteri2 masuk hospital sebab kes dera ni.

laki2 macam tu pengecut! dayus! semua tahu perempuan ni tak kuat.. yang nak tunjuk kuat kat pompuan nape. kalau betol anak jantan. ko pegi la cari laki2 yang sama taraf dengan ko. yang nak lepas kat pompuan kenapa? oh sebab ko tau ko boleh menang? itu lah, manusia ni kalo jahat, dia leh lebih hina dari binatang!

jadi, pada kawan2 perempuan.

  • bila anda kawen, sila jangan putuskan atau jauhkan diri dari kawan2 perempuan anda. keep in touch ok. memang patot tumpu pada rumah tangga, tapi apa2 jadi pon, kawan adalah selamanya. kan.
  • bila kawan anda kawen. tolong jangan pikir, ‘alah, dia dah kawen.. malas lah nak kacau’. ye, memang tak patot kacau. tapi sila tanya khabar tentang mereka. kalo rase suara dorang lain, pastu kalo jumpa ade lebam2. sila siasat… lebih2 lagi kalo nampak laki dia tu macam malaikat. mana kita tahu kan..
  • sangat bagos anda bersabar dengan penderaan mental. kerana dari situ banyak pahala nya. tapi bila dah sampai tahap penderaan fizikal tu. elok lah jugak kalo bagi chance sekali dua, demi anak2, banyakkan doa, insyaallah suami berubah. tak elok cerai ni... lagipun memang dia yg anda pilihkan, sebagai dugaan. tapi kalo dah berkali2, beribu kali! sampai patah2, parah. dah berdosa tu sebab biar diri diseksa. sila lapor polisi ya buuu.

aku rase takde la laki2 bangsat tu (oooi kasau nye) bace blog aku kan. tak amek pot pun pasal menda2 mcm nih. pesan2 lah kat mana2 laki yang anda kenal. kat budak2 laki yg kecik. bagitau dia, didik dia, jangan sekali2 angkat tangan kat perempuan. guna hikmah sket, ajar hormat perempuan, sayangi sesama manusia. skang pon dah ramai motivator, mintak nasihat sket kat dorang cane nak didik sape2 pun.

-=semalam pegi pesta buku PWTC dengan family..he.. sonok!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Islam dah mengangkat wanita2 dari dilayan macam hamba

tp skarang. still ada lagi..hishhh

-aqilah

AidaN aMoy eTuc berkata...

urm, penah tengok laki pukul pompuan..
kadang2 xpaham knp kte yg lemah nie dorg nak tunjuk kuat..
nak pukul kat kaum sejenis r..
sian kat perempuan yg dianiaya (ini case dera, bukan pompuan yg curang etc)

joegrimjow berkata...

kalau nak tengokkan sejarah
agama islam yang membawa perubahan besar besaran dalam menjaga hak wanita ni
bangga jadi orangt islam

ainShahajar berkata...

betol tu.. bila rasulullah datang. dia telah mengangkat kan martabat wanita

tapi. kadang2 wanita sendiri yg jadikan dia lebih rendah

3p4h berkata...

Garangnya akak nih... =P he5....

p/s: Kalau perempuan pukul laki cmne pula?

~miszirdawaty~ berkata...

sy jeles kamu g pesta buku.

if de laki pukul aku, mybe ak da tendang kot.
ups~

ainShahajar berkata...

epah- mesti garang.. hahaha.. kalo pompuan pukol laki tak jadi hal kot.. hehe =p

put - best wooo mcm2 buku beli. tp tak tahu nak baca bila..

tembak pun tak pe put

3p4h berkata...

gender bias tul =P

ainShahajar berkata...

ok2

kalo mana2 lelaki didera oleh isteri. sila pergi balai polis. buat laporan

'pak. saya didera isteri saya pak'

polis akan tolong.. =)

kui2