Rabu, 26 Ogos 2009

Sebat cara Islam lain

Dulu lepas tengok punggung
org yg lepas kene sebat 8 kali tu..(lunyai habes) cakap kat abah..

’abah..
kalo 100 kali, memang da takde bontot da org ni’

‘Salah tu.. salah.. dalam
islam tak rotan mcm ni.. cite semerah padi.. ha.. mcm tu laa..’


Petik dari harakah..(bukan mahasiswa lagi =P)

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.


Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya ? kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40-80 rotan jumlahnya, kata beliau.
Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.


Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


-= ibu bapa tak bagi anak2 main playstation, tp dibelikan PS tu.. lbh kuwang mcm tu la..


lagi!!!! click here

7 ulasan:

joegrimjow berkata...

suka yg last tu
;)

chentaMAYA berkata...

hee!
skg sane sini sbot pasal sebat kan!

MK berkata...

erm.. best citer semerah padi...

Firol berkata...

harap masyarakat nampak Islam sebenarnya.. Undang2 ciptaan Allah....

MuHaMMaD86 berkata...

i xsuka menteri wanita itu....ain p nasihat dia ckit!!!!hahahaha

suka memadai dan nk jadi pndai mcm org pndai!!!

3p4h berkata...

Pabila yg jahil blagak berilmu, gitu la jdnya... Bila ulama' bsuara, disalahkannya. Bl ulama' x bersuara pun dipersalahkan. Hurm... Dia saja yg btul, mungkin?

ainShahajar berkata...

joegrimjow on Rabu, Ogos 26, 2009 8:31:00 PM
- hehe.. contoh je

♥chentaMAYA™ on Rabu, Ogos 26, 2009 9:38:00 PM
- masing2 baru nak sedar..huhu,.. tp ramai lak takot


M.K is Tun Mamat on Rabu, Ogos 26, 2009 11:21:00
-boring laaa

Firol on Khamis, Ogos 27, 2009 1:15:00 AM
insyaallah.. harap2 mcm tu lah

MuHaMMaD86 on Khamis, Ogos 27, 2009 1:21:00 AM
- tiap org ade kelemahan,..tp bila dah tak tahu kene belajar.. dan terima dgn senang hati =)

3p4h on Khamis, Ogos 27, 2009 7:48:00 AM
nak org anggap dia betol.. suapay kekal berkuasa... biar ape pun.. asal org anggap dia betol