Rabu, 8 Julai 2009

cerita tentang telaga zam-zam

Tertarik dengan artikal tentang air zam-zam . Lebih tertarik lagi bila di ceritakan tentang kajian2 tentang air zam-zam ni. Antaranya bila dia pam keluar air 8000L sesaat. masa dia pam tu, paras air mula surut hingga sedalam 3.39 m. Paras air tu menyusut makin lama, makin perlahan.. dalam 11 minit pas tu. Paras air jadi normal balik.. tak melimpah pun. seolah-olah telaga tu tahu je berapa banyak air yg patut dikeluarkan. kan2?

Kalo kat mekah kan, masa kita nak sai’, sepanjang perjalanan sai’ tu ade disediakan air zamzam di kiri dan kanan. Dalam masjidilharam pula, bila tong-tong putih berisi air zamzam dah nak kering. di bawa lagi tong tong lain oleh pekerja2 masjid tu. siap sediakan cup plastic lagi. Pendek kata memang boleh minum banyak2 bila kat sana. kalo kita minum kat sini jimat2 je kan? dalam masjidilharam, kita leh amek air tu. isi dalam botol. tapi kalo sampai botol 5 liter tu, pekerja tu tak izinkan. maybe nak ajar kita supaya jangan tamak. siap ade air zamzam warm and cold lagi.. tapi takdelah perisa2…hehe. teringinnya nak pegi sana..semua teringinkan..hu

eh.. tersasar pulak. meh ain cite pasal artikel ni.. moga-moga bertambah ilmu

sejak 4000 tahun lalu, tiada sebarang kajian dilakukan ke atas telaga zam zam kerana semua orang percaya itulah salah satu keagungan Tuhan. Pada tahun 1971, seorang doctor di mesir mendakwa air zam-zam tidak sesuai diminum. Alasannya Kaabah terletak di kawasan lembah di bawah paras laut dan terletak di tengah-tengah Kota Mekah. Pada andaiannya, segala kotoran dari seluruh Bandar itu akan berkumpul di dalam telaga zamzam. Raja Faizal marah, sebab seolah-olah memburukkan air zam-zam. dan dia suruh menteri pertanian dan sumber air buat siasatan. Tariq Hussain memulakan penjelajahannya.

Saya diberi tugas untuk memeriksa dan membuktikan bahawa air zam-zam suci dari segala kekotoran dan sesuai diminum. Ketika tanggungjawab itu diserahkan, fikiran saya benar-benar kosong. ….

Tariq Hussain berusaha untuk mencari punca air zam-zam ni…Punyalah dia berusaha… bersama-sama dengan pekerja-pekerja arab dekat situ. Akhirnya, dengan izin Allah, dia pun jumpa jugak.

“Alhamdulillah! dah jumpa!” jerit pembantu Tariq. Kelihatan pasir halus menari-nari di dasar telaga sewaktu air terus meleleh keluar dari celah-celah dinding telaga tanpa henti dan jumlah sama banyak yang disedut keluar. Patutlah paras air zamzam tak pernah berkurangan walaupun dipam keluar di dalam jumlah yang banyak. Dan airnya juga tidak pernah melimpah keluar jika tidak dipam. Paras airnya sentiasa stabil.

Selesai sudah tugasan berat, sekarang masanya membawa contoh air telaga untuk diuji kandungannya. Sebelum kembali semula ke Riyad, saya sempat menyiasat semua telaga yang terdapat di Mekah. Hasilnya, saya dapati semua telaga yang ada di kota suci itu sudah lama kering airnya sejak berpuluh tahun lalu.

Sampai di pejabat, saya membuat laporan lengkap kepada bos tentang penemuan yang diperoleh dari telaga zam-zam. Walaupun amat teruja dengan cerita saya, tetapi komennya tidak rasional langsung. Katanya mungkin telaga zam-zam mendapat sumber air dari laut merah.

Bagaimana mungkin? Jarak antara mekah dengan laut Merah adalah 75km. Sedangkan telaga yang ada berhampiran dengan laut tersebut sudah kering. Inikan pula dengan telaga zam-zam yang berada berpuluh-puluh kilometer? Alasan kukuh saya berjaya mematikan hujah yang tidak rasional itu.

Dr. Masaru Emoto dari jepun berjaya menemui molekul air paling cantik dan sempurna di dunia iaitu air zam-zam. (try google image if nak tgk molekul ni.. tak sempat nak uplod.. lembab~)

banyak khasiat air zam-zam ni.. cubalah kita tengok kepentingan natrium, kalsium, kalium, magnesium, sulfur, bikarbonat, nitrat, fosfat, dan ammonia pada tubuh kita (terutamanya dalam biosignaling tubuh). Mineral-mineral ini ada dalam air zam-zam. Kandungan mineralnya tak berubah walau disimpan lama. hmm.. dan kalo kita campurkan mineral-mineral ini ikut jumlah yang sama macam air zam-zam. dapatkah menggantikkannya? tidak. walau dilakukan oleh saintis yang hebat.

sesuatu yang baik akan jadi cacat dan cela kalo kita tak menjaga amanatNya.

Berhati-hati dengan air zam-zam yang dijual diluar Mekah. Kajian yang dijalankan oleh Agensi Piawaian Makanan United Kingdom mendapati contoh air zam-zam yang dijual di negara tersebut pada tahun 2005, 90 % tercemar dengan kandungan arsenic yang tinggi yang boleh menyebabkan kanser. Air zam-zam yang disimpan dalam botol plastik juga boleh tercemar disebabkan tindak balas kimia apabila plastik itu terkena panas. Lantaran itu, kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan air zam-zam di eksport untuk tujuan komersil



aritkel ni ditulis oleh Norimanah Seman dari al-Islam Julai. Ain cuma amek sikit2 je untuk dikongsikan bersama2.

Moga bermanfaat =)


pesan dari seorang pembaca (rujuk komen)

Saya ada terdengar suatu khabar angin yang mengatakan air zamzam yang dijual di Malaysia ini dibekalkan oleh satu sindiket Missionary yang menukarkannya dengan air Holy supaya umat Islam meminumnya akan gelap hati..
Sebab iu saya tidak belinya lagi dari kedai-kedai buku..
Dan saya hanya akan dapatkan bekalan air zamzam dari Tabung Haji sahaja..


-= dial up umah sgt lembab.. ingat nak guna broadband.. tapi memandangkan kat umah ni jarang sgt online.. tak perlu rasanya

4 ulasan:

chentaMAYA berkata...

air zamzam manyak khasiat kan!~

asilahmuhajer berkata...

pernah baca artikel ni tapi tak ingat kat mana. tapi baca byk kali pun tak rasa boring. rasa bangga jd umat Islam.

Seorang Bukan Sasterawan berkata...

Saya ada terdengar suatu khabar angin yang mengatakan air zamzam yang dijual di Malaysia ini dibekalkan oleh satu sindiket Missionary yang menukarkannya dengan air Holy supaya umat Islam meminumnya akan gelap hati..
Sebab iu saya tidak belinya lagi dari kedai-kedai buku..
Dan saya hanya akan dapatkan bekalan air zamzam dari Tabung Haji sahaja..

ainShahajar berkata...

ChentaMAYA - alhamdulillah...sesuai ntk sume =)

asilahmuhajer - betol2.. bnyk kali pun tak bosan..he

seorang bukan sasterawan - sindiket missionary..hmm..freemason la tu...thanks atas maklumat itu