waktu sem pendek lepas… aku, tisya, n zati pergi sungai gabai (zati.. nak gambo2 kite!).. pastu tanpa disangka2 rota ajak pegi karok kat alamanda..eh.. sebelah alamanda kot.Superstar namanya. cni kalo nak karok ikot lagu.. satu lagu rm1.50.. mahal gak.. sebab selalunye kalo pegi tmpt lain ikot jam kan..
zati n tisya pakai baju kurung..sebab baru pas mandi sungai kan.. senang kalo tukar baju kurung nih..
pakai baju kurung pegi karok? he..ramai pandang pelik..haha.. siap cakap.. 'eh..nak nyanyi lagu nasyid ke?' time nak masuk tu ade yg cakap.. 'dik.. rilek dik..tak ade ape2.. rilek2..'
zati n tisya cakap.. 'eish.. ape lah dorang ni.. mcm aku 1st time je g karok..' padahal dua2 hantu karok..ekeke. (aku tak ek. =p)
tu lah..persepsi masyarakat pada pakaian kita.. tapi betol gak 1st impression..
Cuma zaman sekarang ni.. begitu ramai yg bercakap.. antara yg aku dengar lah
eleh.. dia tu.. pakai je tudung.. tutup aurat.. tapi perangai.. nauzubillah…(klise)
tudung je labuh… tapi kuat mengumpat tu.
tadi nampk kaple tu cium2.. alah.. pumpuan tu tak pakai tudung.. biase lah tu.. pakai tudung pun hancur (kalo tak pakai tudung leh wat lah?)
ape on off ni.. dia tu ikhlas ke nak pakai tudung
tudung bukan sekadar lambang kita muslimah.. tapi lebih dari itu.. sebab tu lah kat france.. America… Singapore gak.. muslimah kat sana bermatian2 pertahankan hak bertudung. istimewanya tudung itu pada muslimah kita.. rasa istimewa tak wahai muslimah sekalian.. kerana kita eksklusif..hanya untuk suami =)
namun bila perangai tak elok.. janganlah direndah2 kan tudung itu.. yang salah perbuatan dia dan dia.. bukan tudung… cuba kita tengok statement ni
dia tu semayang bukan main.. tak penah tinggal.. tapi mulut bau arak!
ish… janganlah direndah2 kan solat itu.. semata2 perbuatan dia… samelah dengan tudung (pakaian tutup aurat).. … diri mereka yang salah.. salahkan mereka.. bukan rendahkan kewajipan yang Dia dah tetapkan
bagi on off pula.. jangan di perli2.. bagi sokongan.. dia kan dalam proses nak bertudung.. tak baik perli2..macam kak siti nurhaliza tu..huu
sebab manusia bila bertaubat..insyaallah ..diampukan… segala dosa.. bertaubatlah sebelum meninggal.
-= sekadar luahan =)
thanks tisya.. for the post that u wrote for me. insyaallah.. im going better in time.. =)
he~.. kat lobi otel.. dah lame tak rase intenet.. nti kalo ade wet lebey sket.. nak beli broadband.. my own!!.. tp celcom broadband tgh hampeh skang.. ceh.. promosi bukan main.. tapi takmo upgrade..ish2
rindu nak berblogging mcm dulu
rindu family.. hu~
n...
mate ini akan berair bila melihat semula gambo2 kita kwn2.. mase zaman2 belajar.. nti konvo kita jumpa k.. amek gambo bnyk2...
walau tak selamanya kita bersama.. tapi sekurangnya Dia bagi kita rasa saat2 happy bersama.. susah senang.. erm.. ok2 dah (kat loby otel ni.. nti ade je pitnah aku bila tgk mate merah2.. hahaha)
- - - - - - - - - - - - -- - - -kepada yang berkenaan… udah-udahlah mengkontek hensetku dan juga segala yang boleh dan pernah menjadi penghubung kita.. anggap ni sume tak penah berlaku.. no more. namun… terima kasih atas segala jasa2 kamu.. tapi itulah.. tak dapat gerak hati ni.. tak dapat la pulak..sebagai kawan..atau apa saje.. perkenalan kita memang kejap.. tak smpy sebulan pun.. awk boleh lupe kan saye k.. =) moga Allah membalas segala jasa2 kamu. kerana aku tak mampu.. insan yg lemah.
-= entry ini bukan ditujukan pada won-won ye.. ish..belum mampu lagi melupakan won-won..belum mampu lagi kalo tak kontek won-won..rindu =(. dan dia makin berbahagia kini dengan yg tersaayyang! walau hati bagaikan disiat.. bila melihat insan yg di sayang2 selama ni.. jalan ngan orang lain.. tapi, semakin aku nampak hikmah kejadian ini.. alhamduillah.. =).. dan mengharapkan.. semuanya berbahagia di dunia dan akhirat..
aku? hanya dengan mengingati Allah.. hati menjadi tenang.. jodoh itukan rahsia allah..
aku mengabaikan kamu blog.. tapi usahlah kau merajuk dengan aku ni.. setiap detik aku ingat..blog..blog..blog.. tapi apekan daya.. I bz pulak akhir2 nih…
rindu nak bace blog membe2.. di masa2 yg ade ni.. aku copy ape membe2 tulis.. n bace nanti… ye lah.. sementara ada ni.. tak dapat pulak nak bace cepat2.. tak syok
owh.. ape pun.. aku dah keje.. Alhamdulillah..syukur.. tapi memang banyak yang kene belajar..wowow..haha.. boleh2.. Allah takkan uji kalo kita tak mampukan..
menunggu tisya (rumate) di ruang tamu.. kerana dia kunci bilik aku.. aku mane ade kunci bilik da.. adei… bila mau duplikat niiiii
uh..sakit lagi.. sakit sebab harry potter.. mcm budak tecik je saye ni.. baru pas ulang tengok the order of phoenix dan sedang membaca..eh.mengulang baca half blood prince wat kali yang ke dua.. ini adalah langkah2 persediaan bagi menghadapi movie harry potter pada 16 july ni.. owh…sentiasa July.. waktu besday aku dan besday harry.. eceh.. walau dah tahu jalan cite.. namun aku tetap nak melengkapkan imaginasi aku dengan melihat sendiri.. hehe..
try mengelak dari melihat menonton gambar ke.. the making of ke.. tamo2.. nak surprise.. tapi actly.. bukan aku leh tonton 16 July ni pun.. maybe sampai DVD kuar baru dpt tengok.. hu.. mahu mintak mak duit? alasan nak tengok wayang.. owh..! sangat tak munasabahan.. korek bank islam.. kering.. BSN.. kering.. tabung haji Alhamdulillah.. dah leh g umrah.. tapi jangan harap dapat kuarkan.. dalam kawalan parents.. pasal tu la tak kering.. ok.. kene sabar… he.. dulu dapat tengok sebab ade orang bayau kan.. ekekeke …geli taw…
keje la ain… huhuh.. adei.. mahu keje kedai runcit.. tesco.. jusco.. butik.. takkan diizinkan.. lebih2 lagi time H1N1 ni.. em.. (aku kurang Ig A (immunoglobuline A), sebab tu parent aku risau sangat..hu…) lagi pun abah cakap.. cuti lah puas2.. setahun pun takpe.. (ayo) kang dah keje.. ain keje je lah sampai pencen.. macam abah ni.. macam mak tu.. macam sape2 lah.. tapi lain lah kalo ain tu kaya..haha…gelak abah.
Here's what you're supposed to do...and please do not spoil the fun. Start a new note, delete my answers and put in your own. Tag all your friends and tell them to tag you. The theory is that you will learn a lot of little known things about each other.
4 Names I go by 1. ain 2. kak ain 3. ainbaik 4. sayang
4 Jobs I have had in my life... 1. suri rumah 2. cikgu tusen 3. keje lab 4. cikgu ngaji
4 Places I have lived 1. Kerteh, terengganu 2. Kampung Musai, melaka 3. Taman Mas Merah batu berendam Melaka 4. hehe.. tak tahu..
4 TV Shows that I watch 1) Big Give 2) Akademi Quran 3) banyak tengok drama lah..haha 4)
4 places/continents I have been 1. Johor 2. N9 3. Perak 4. Pahang
4 People that e-mail me regularly 1. Facebook 2. Tagged 3. random 4. random
4 of my favorite foods 1. Nasi ayam mak 2. Rendang mak 3. kenny 4. Me sedap
4 things I would like to do 1. nak dapat keje 2. nak sambung master (xtahu lagi) 3. nak jadi right women 4. find right men..
Things I am looking forward to moga dipermudahkan
4 frens i want to tag SEMUA !!! ha. dh terbaca kan? buat lah Tag ni.. hehehehe! yeah!!
tadi aku pegi library taman aku untuk pulangkan buku.. KOMBAT tajuk nye..hehe..nti aku ulas.. memang best lah buku ni..
aku ternampak budak2 taman yang tengah main sepak takraw.. budak sekolah ni…wow.. dia punya skil.. lipat sana..lipat sini.. siap wat gaya yg kuda2 tu (maaf..aku memang daif soal ni..hehe)..
dah la sukan sepak takraw tu asalnya kita ni.. tiba2 lak korea menang..ish.. sepak takraw ni permaianan istana zaman silam.. aku ingat lagi.. dari sepak takraw lah Sultan Ahmad kene anta pegi Pahang.. sebab sape ntah yang tgh main2 bola takraw trtendang kene kat kepala dia…. (anak Tun Mutahir kott) Pahang pun di buka.. selak lah buku sejarah form 2 anda (sejarah.. subjek yg aku tak penah tido..hehe).. kira before portugis datang lagi.. sukan ni dah ada dah..
Dulu Thailand pun tak reti main.. mintak tolong kita ajar.. dorang lak jadi juara. adakah sebab jiwa sukan yang semakin pupus di kalangan rakyat Malaysia ni..huish.. buang PSP!! blok TV. blok Tenet.. gi padang..sukan!!
tak boleh la nak salah kan pemain kita 100% kan..sebab majoritynya sebuk2 sangat kan dengan bola sepak tu kan.. dah memang bola sepak kita ni susah nak naik. siap ade rancangan reality lagi sebab nak cari pemain ala2 mokhtar dahari (sorry..itu je aku kenal thehehe).. tapi..pimai pimai.. tang tuuuuuuuu jugak ..(mungkin menimbulkan kemarahan peminat bola sepak..hehe..sowi)
kalo kat sekolah2 pun.. banyak mane la hade sepak takraw ni.. sib baik sekolah aku ade.. sebab tu budak2 tu main tu…..kadang2 rugbi pun ade kat sekolah.… walau memang pasti cukup payah nak cari orang2 malaysia yg badan XXL ni…
sib baik Malaysia kalahkan jepun 3-0 haritu.. alah. kalah menang kan adat bertanding.. huh!!
Tertarik dengan artikal tentang air zam-zam .Lebih tertarik lagi bila di ceritakan tentang kajian2 tentang air zam-zam ni. Antaranya bila dia pam keluar air 8000L sesaat. masa dia pam tu, paras air mula surut hingga sedalam 3.39 m. Paras air tu menyusut makin lama, makin perlahan.. dalam 11 minit pas tu. Paras air jadi normal balik.. tak melimpah pun. seolah-olah telaga tu tahu je berapa banyak air yg patut dikeluarkan. kan2?
Kalo kat mekah kan, masa kita nak sai’, sepanjang perjalanan sai’ tu ade disediakan air zamzam di kiri dan kanan. Dalam masjidilharam pula, bila tong-tong putih berisi air zamzam dah nak kering. di bawa lagi tong tong lain oleh pekerja2 masjid tu. siap sediakan cup plastic lagi. Pendek kata memang boleh minum banyak2 bila kat sana. kalo kita minum kat sini jimat2 je kan? dalam masjidilharam, kita leh amek air tu. isi dalam botol. tapi kalo sampai botol 5 liter tu, pekerja tu tak izinkan. maybe nak ajar kita supaya jangan tamak. siap ade air zamzam warm and cold lagi.. tapi takdelah perisa2…hehe. teringinnya nak pegi sana..semua teringinkan..hu
eh.. tersasar pulak. meh ain cite pasal artikel ni.. moga-moga bertambah ilmu
sejak 4000 tahun lalu, tiada sebarang kajian dilakukan ke atas telaga zam zam kerana semua orang percaya itulah salah satu keagungan Tuhan. Pada tahun 1971, seorang doctor di mesir mendakwa air zam-zam tidak sesuai diminum. Alasannya Kaabah terletak di kawasan lembah di bawah paras laut dan terletak di tengah-tengah Kota Mekah. Pada andaiannya, segala kotoran dari seluruh Bandar itu akan berkumpul di dalam telaga zamzam. Raja Faizal marah, sebab seolah-olah memburukkan air zam-zam. dan dia suruh menteri pertanian dan sumber air buat siasatan. Tariq Hussain memulakan penjelajahannya.
Saya diberi tugas untuk memeriksa dan membuktikan bahawa air zam-zam suci dari segala kekotoran dan sesuai diminum. Ketika tanggungjawab itu diserahkan, fikiran saya benar-benar kosong. ….
Tariq Hussain berusaha untuk mencari punca air zam-zam ni…Punyalah dia berusaha… bersama-sama dengan pekerja-pekerja arab dekat situ. Akhirnya, dengan izin Allah, dia pun jumpa jugak.
“Alhamdulillah! dah jumpa!” jerit pembantu Tariq. Kelihatan pasir halus menari-nari di dasar telaga sewaktu air terus meleleh keluar dari celah-celah dinding telaga tanpa henti dan jumlah sama banyak yang disedut keluar. Patutlah paras air zamzam tak pernah berkurangan walaupun dipam keluar di dalam jumlah yang banyak. Dan airnya juga tidak pernah melimpah keluar jika tidak dipam. Paras airnya sentiasa stabil.
Selesai sudah tugasan berat, sekarang masanya membawa contoh air telaga untuk diuji kandungannya. Sebelum kembali semula ke Riyad, saya sempat menyiasat semua telaga yang terdapat di Mekah. Hasilnya, saya dapati semua telaga yang ada di kota suci itu sudah lama kering airnya sejak berpuluh tahun lalu.
Sampai di pejabat, saya membuat laporan lengkap kepada bos tentang penemuan yang diperoleh dari telaga zam-zam. Walaupun amat teruja dengan cerita saya, tetapi komennya tidak rasional langsung. Katanya mungkin telaga zam-zam mendapat sumber air dari laut merah.
Bagaimana mungkin? Jarak antara mekah dengan laut Merah adalah 75km. Sedangkan telaga yang ada berhampiran dengan laut tersebut sudah kering. Inikan pula dengan telaga zam-zam yang berada berpuluh-puluh kilometer? Alasan kukuh saya berjaya mematikan hujah yang tidak rasional itu.
Dr. Masaru Emoto dari jepun berjaya menemui molekul air paling cantik dan sempurna di dunia iaitu air zam-zam. (try google image if nak tgk molekul ni.. tak sempat nak uplod.. lembab~)
banyak khasiat air zam-zam ni.. cubalah kita tengok kepentingan natrium, kalsium, kalium, magnesium, sulfur, bikarbonat, nitrat, fosfat, dan ammonia pada tubuh kita (terutamanya dalam biosignaling tubuh). Mineral-mineral ini ada dalam air zam-zam. Kandungan mineralnya tak berubah walau disimpan lama. hmm.. dan kalo kita campurkan mineral-mineral ini ikut jumlah yang sama macam air zam-zam. dapatkah menggantikkannya? tidak. walau dilakukan oleh saintis yang hebat.
sesuatu yang baik akan jadi cacat dan cela kalo kita tak menjaga amanatNya.
Berhati-hati dengan air zam-zam yang dijual diluar Mekah. Kajian yang dijalankan oleh Agensi Piawaian Makanan United Kingdom mendapati contoh air zam-zam yang dijual di negara tersebut pada tahun 2005, 90 % tercemar dengan kandungan arsenic yang tinggi yang boleh menyebabkan kanser. Air zam-zam yang disimpan dalam botol plastik juga boleh tercemar disebabkan tindak balas kimia apabila plastik itu terkena panas. Lantaran itu, kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan air zam-zam di eksport untuk tujuan komersil
aritkel ni ditulis oleh Norimanah Seman dari al-Islam Julai. Ain cuma amek sikit2 je untuk dikongsikan bersama2.
Moga bermanfaat =)
pesan dari seorang pembaca (rujuk komen)
Saya ada terdengar suatu khabar angin yang mengatakan air zamzam yang dijual di Malaysia ini dibekalkan oleh satu sindiket Missionary yang menukarkannya dengan air Holy supaya umat Islam meminumnya akan gelap hati..
Sebab iu saya tidak belinya lagi dari kedai-kedai buku..
Dan saya hanya akan dapatkan bekalan air zamzam dari Tabung Haji sahaja..
-= dial up umah sgt lembab.. ingat nak guna broadband.. tapi memandangkan kat umah ni jarang sgt online.. tak perlu rasanya
asal karok je.. mesti nyanyi lagu ni.. teringat zaman2 cinta dulu.. jahiliyah..
abah dah cakap.. haram kapel2 ni..
perbuatan mmg jahil.. tp hati ni sayang..ish2
skang rasekan sendiri..dia sudah ada orang lain.. aku bersedih2.. kalo dah kawen dapat gak pahala.. tapi ni?
alasanmu exist
Ikhlasnya hati Sering kali disalah erti Tulusnya budi Tidak pernah engkau hargai Berlalu pergi dengan kelukaan ini Ku mengalah Ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa Berpaling muka ada saja yang tidak kena Mencari sebab serta alasan yang kukuh Supaya tercapai hajat mu
Manis dibibir memutar kata Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya Siapa terlena pastinya terpukau Pujuk mu, rayu mu, suara mu Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum Dengan pengunduran diri ku Tetapi bagi ku pula Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama Belum tentu kita bahagia Selagi tidak kau ubah Cara hidup mu
Ada rahmatnya Bila tidak lagi bersama Terasa jauh diri ku ini dengan dosa Ku tinggalkan mu walau tanpa kerelaan Yang nyata kau tidak berubah Katalah apa yang kau ingin Selagi kau dapat berkata Memang begitu sikap mu Semenjak dahulu
tapi apa pun.. aku harap dia berubah.. biar aku orang pertama dia wat macam ni... dan aku gak orang terakhir... =)
baru 3 bulan.. bnyk mase lagi nak menyembuhkan hati..
semalam..genaplah umurku 22 tahun.. biaselah tu. sambut besday kan.. alhamdulillah.. dari dulu sampai skang.. bila besday aku je.. dapat sambut dengan family.. meh2.. tepek gambo ni.. sederhana je.. takkan nak wat macam kenduri kawen lak kan.. hehe
kek saye.. abah beli
makan malam ku.. tapi tak abes pun.. banyak sangat
satey.. sedap2..
Adik2 bagi.. tanpa mengharapkan balasan dari aku (kan2?)
Tengkiu mak abah, nana zila
harapnya.. mahu jadi lebih matang dalam hidup ni.. lebih tabah.. lebih mengenal pencipta kita..
tak tahu apa yang aku mahu.. cuma mohon.. moga diberikan kesihatan yang baik pada family, pada kawan-kawan. dieratkan hubungan dan tak berpisah.. perpisahan tu memang akan ada.. tapi biarlah lama sikit aku dengan mereka.. erm.. satu je lum ade..he..moga ditemukan dengan jodoh yang baik.. bisa bimbing aku dan anak-anak kejalan yang diredhai Allah.. amin
thanks pada suma2 yang wish k.. tengkiu sangat2. =)