Kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."-Hadis riwayat Baihaqi.
Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." -Riwayat Al Bazzar.
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim.
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)
Berkati aku dalam hijrah Mu...doa kan saya kawan-kawan..jgn terpesong lagi~ amin
credit to ~ Ikha's blog
3 ulasan:
=D
doakan aku ain!
wah!!!
insyaAllah..ameen..! =)))
Catat Ulasan