Jumaat, 27 Februari 2009

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Photobucket

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang


Photobucket

ade yg tak faham sebena nye..layan je..hah

Khamis, 26 Februari 2009

di tag oleh tisya

jawab aku dgn ikhlas setelah ditag tisya



1. sape KAWEN dulu?

dari dulu aku nak kawen!!..tapi bukan keje senang..my parent..demand punya...kekasih hati pun bizi..bnyk tanggungjawab..demi Allah..mmg nak..tp Dia lebih tahu..bila sesuai untuk aku kawen..sabar dan ikhlas~

vote for ZURA 1st


2. sape JADI MAK dulu?

bergantung pada kesuburan..hmm..aku nak anak bila dah atas 26 thn..tp takdir..

vote for yang suke budak2... zura..puteri..nani..zati..tisya dan aku..haha

3. sape BERPOTENSI JADI DATIN dulu?

aku nak jadi datok!!!

4. sape GEMOK (pas kawen) dulu?

kompem laa aku dulu..~ape punya soalan sensitip nih

5. sape KAYA dulu?

tisya..bisness mind punya olang..put..begitu pandai berdikari

6. sape G HAJI dulu?

ehemm....ntah..niat dah ada..hehe

7. sape DEAN LIST sem ni dulu?

dulu?...bukan aku..mcm biasa..nani n zati..

finish...

sambung asaimen biomol


Kuiz Geologi and manusia + selsema + pelupa


Semalam aku tidak membaca begitu banyak untuk kuiz yang dijalankan hari ini…..ntah laa..maybe sebab biosignaling aku yang macam hampeh je..ilang 20 marks.. alahai..bnyk lagi tempat lain nak letak markah..soalan cholera toxin yang hanya beberapa slaidnote tu jugak lah yang 20 marks…betul2 menduga

Selepas itu..msg kekasih hati…dia kat kafe lagi..ops..kenapa lagi..sebab memang asal kontek dia je..dia kat kafe..keh2…lebey kurang diri ini kot..kuat makan..rupanya sudah seminggu dia batok sesema..laa..nape tak bgtau pulak..aku pun satu..suara dia dah lain pun tak dpt nak cam..ape laa aku nih…kemudian aku stat sakit tekak..mata pinar2…idung berair…aik..jangkit ke?


Photobucket


Influenza ini memakan diri..akibatnya

-tido lewat….patot pkol 1 dah baring..golek2..pkol 3 baru tdo agaknya..

- jawab kuis dengan selsema..sok..sek..sok..sek..mesti rimas orang len denga..aku pun wat cepat2..hentam je laa…just dapat jawab soalan volcano and luluhawa je..sebab itu je aku baca..terus hantar…1st person yang hantar..aku kuar cepat2..takot prof tu cam muke aku…aku jawab salah weh..malu

- mintak tisya ubat..amek ko…obat sesema pagi malam dia bagi tengkiu to tisya

- zati mintak nota..aku lupa nak bawak..aku igt nak bawak petang nih..tapi dah niat nak ponteng kelas petang..sebab memang tak larat..time tu jugak naik bilik..amek kan nota zati..lurus bendol waktu selsema..

- fong ajar elektro..aku leh cakap..jap fong..g toilet jap..buang hingus..heh..

Terus balik..dan makan ubat selsema ngantok punya..tido..bangun..but stil tak lege2..berair~

Yerp..sape yang kenal saye..saye selalu selsema..mak pun sama…pasal genetik ke..? gene yang hasilkan IgA tak kuat agak nya (antibody yang jaga salur pernafasan)…hmm..rasa kene makan gak supplement vit C nih….asal nak beli je..terhenti (duit tadak) akan beli juga..salah satu cara kan…lagi pun..tak kan nak bergantug pada obat..hmm..dah bertoksik badan nih dgn ubat selsema..aduh

*Dah habeskan lebeh 100 tisu………….anda semua mesti tak suke selsema kan…tapi ada yang sakit lebih teruk dari diri ini..sabar~


Photobucket

senyum~

Selasa, 24 Februari 2009

Cinta Untuk Ain ~

-->Sorry...tajuk takde kene mengena~

Minggu ini adalah hari yang agak membizikan diri ini..namun aku tetap berlagak cool dan matang..keadaan ini…Nampak nya akan berlarutan hinggalah ke final exam nanti..ini adalah kerana akibat kesan dan effect kerana menangguh kan kerja-kerja yang kian berlambak

Aku akan tumpukan dulu bagi menyiap asaimen molecular biology. Disamping itu.esokk ade kuiz ..10% tu..pas tu..em..ade test molecular and ecology jugak..aku harap..hal kebengapan semasa test biosignaling tak akan berulang lagi…selepas hal2 ini habis…dapatlah aku buat tesis..
Ops..nanti dulu..lab macam mana.kenapa bacteria itu takmo makan agar lagi? Oleh itu…aku ingat nak wat je electrophoresis native pakay sample yang contam sket tu….coz kontem sket je kan….lantak la..harap..dapat band yang elok..dan akhirnya..dapat lah aku siapkan semua..amin~ kalo band elok dapat dari sample yang contam tu..habes laa keje aku..tak payanh nak tunggu bakteria baru tu..aku pun dah bengang..aku dah agak dah..aku ler start paling awal..dan aku jugak lah lambat habes..mungkin sebab buat sorang dan taka de rujukan senior..
Anak dara yang tengah menaip nih..baru bangun tido…haa..tengok tu…bangun lambat..cane rezeki nak masuk ha..ish..dah2 ..pegi mandi..basuh baju ye..pastu nak bace geologi(subjek pilihan) pastu pegi kelas..eh..nanti..msg fong..dapatkah dia ajar cara2 wat gel kat aku nih..kalo ade partner kan senang.. leh mintak tolong wat gel..aku wat electro…atau sebaliknya lah jugak..
Eh..jadi ke aku balik umah minggu nih..nape aku nih..asek nak balik je…oo..pasal dah lame tak jumpa kekasih hati kot..hati jadi berat..rindu sana..rindu sini..so nak balik..supaya tak berat sangat..haha..kepada U..maaflah sebab U selalu kena layan meroyan I ni…sebab I tensen kot..I janji..I try tak buat lagi…
Mampu kah aku buat semua ini….aduhai….mampu ain..mintak lah pada yang Maha kuasa…tak pe..kawan-kawan..Geng Bas Sekolah and Biochem demi mengenggam ijazah yang mungkin berapa bulan lagi...kita kena teruskan!!!..sekurang-kurang nya aku x keseorangan..ade kawan-kawan aku..lebih susah lagi...eh..mandi2..tata

Isnin, 23 Februari 2009

Pernikahan................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah
pilihan kita???

Photobucket


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Photobucket



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

Photobucket


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

Photobucket


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan petunjuk ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Insyaallah.. ..

Jumaat, 20 Februari 2009

~ayat-ayat cinta~

HAWA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."-Hadis riwayat Baihaqi.

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." -Riwayat Al Bazzar.

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Berkati aku dalam hijrah Mu...doa kan saya kawan-kawan..jgn terpesong lagi~ amin

credit to ~ Ikha's blog

Rabu, 18 Februari 2009

hmm..dark site of me

tak sume mende leh cite kat org kn

i ve a lot of dark secretss..

haha

tido bilik tisya..

da~

bagaimana saya boleh lupa mende penting

Bersambung dari penyakit lalai aku

kalo dulu miss p..n now..mis L pula..stand for..lalai..lembab dan lupe~..hehe

Ya Allah....aku bersyukur..kau berikan aku mase yg sekejap saje untuk risau pasal purse......sbbnya..Kau lebih mengetahui mengapa.....bersyukur sebab ada kawan2 yang begitu mengambil berat soal diri ini...

aku teringat kata2 A.samad said...kita tak boleh nak buat sampai seseorang tu..jadi macam kita nak.....teringat Rasulullah yang menegur umat-umatnya secara berhikmah..tapi kita bukan Nabi

ape pun yang berlaku..yang sahabat2 A-D yang ajar kan aku tadi..sorry sangat..ikhlas aku cakap..aku tak boleh nak load lagi dalam hati dan sanubari nih...tunggu lah semuanya selesai......disebabkan mende2 ujian nih aku lupe banyak mende penting....walau sebelum ni penah tinggal purse...tp tak lah seteruk ini.....adoi..aku mcm tak kuat....tapi Allah maha kuat..maha berkuasa...aku mohon....

aku tahu korang akan pulang purse tu...aku tak sedey sgt pasal tu.....just..ala..semua orang ade problem kan....mungkin ada yang perasan aku agak sensitif..even b4 kes purse tu....maaf disebabkan aku tatau sensitif ni sampai bila....kita tak sama kawan2..yang sama hanya sayang..give me time........

ok..g jog..haha

Selasa, 17 Februari 2009

penyakit lalai ku

setelah aku membaca blog zura...penyakit lalai..baru lah aku sedar walet aku dah takde rupenye..aku tak tahu ler kat sape walet aku skang nih..nih korg memang pakat2 tak nak bgtau sape pegang wallet aku..woi..bagitau woi..aku nak beli tiket balik melaka nih..dah tulis blog mcm tuh..

cik C :ko simpan la cik A.jgn btaw die dlu.tggu die cari.
cik A :ok
cik C :aku nk tgk bile agknye die nk sdr wallet die ilang nih
cik B :tgu je..

ha...cik A yang simpan..tapi aku tak tahu sap cik A tuh..

ces...aku takkan serik rasanya..dah memang penyakit aku nih..ish..ish...ko nih zura..dah la tulis kat blog..kalo ron bace..habes aku...

eh..semalam gak...aku duduk termenung dgn muka risau...tisya nmpak...sure dia expect aku risau pasal wallet aku yg ilang..tapi sumpah..tak terlintas langsung..aku baru teringat pas bace blog zura..ishh...aku risau pasal lab time tuh tisya..huhu..

woi..pulang woi..........pulangkan.....

tengkiu la sebab menjaga wallet aku

hmm..rasa nk tuka wallet la..wallet nih mcm kene curse pulak

Ahad, 15 Februari 2009

Geng..pengembaraan bermula


Photobucket


Semalam tgk wayang ngn geng2..lepas jln2 seperti mana yang diceritakan oleh zura, putri nene n tisya..mmg best…alhamdulillah..kegembiraan anugerah Ilahi..berkat doa bersama

Tengok midnite..time tuh dah penat..seharian berjalan…tiket mmg sold out..siap GSC wat tambahan pkol 1 lbey lagi…parent pon bawak anak2 yg kecik2.maybe mcm ni kot

Ayah: budak-budak…esok ayah bawak tengok upin ipin okey!!

budak2: yey!!! Boleh boleh boleh..

esoknye

Ayah:..em…anak-anak ayah semua…sori la..tiket dah abes…tinggal tengah malam je..nanti mak marah pulak tengok malam2

Anak2 pun terguling….: ta mo tamo..ayah dah janji..ta mooooo!!!!

Agak nye sebab tu la mid nite pon budak2 ade lg..mak pon ikot..bapak tak ramay pulak aku tengok..heh (ape aku mengarot nih)

Anyway..cite mmg best..jln cite dia memang best la..ade adventure..fantasy..love…mcm 2 ada…tapi maybe sebab aku nih..asek tengok katun 3d luar..macam kungfu panda..madagascar..n so on..grafik dorang mmg power laa..kalo nak dibanding kn dgn upin ipin ni..agak kurang sikit..sorry to say….tapi yes..permulaan yang baik bagi kwn2 kita.... bak kate amin….katun sinchan pon mcm tu je..tp ramay suke..hehe..termasuk aku. Di akui..kalo grafik mcm disney..(Israel)..lagi melatops..usaha lagi..kitaorang sokong…

Cite nih agak serius waktu kene keja ngan ular lah..lintah la..hantu durian lah…so mmg ramay yang bosan bhgn tu..(pendapat some former Msia)..tapi aku tak kot..sbb aku suke mcm tu..hehe..ye la..dah namanya, GENG pengembaraan bermula…pengembaraan la..pengembaraan memang le mcm tuh..tak logic pun banyak aku tengok..dah katun kan…

Jom tengok ramai2..memang tak rugi..!...kwn2 kita yang wat geng tu sasarkan 5juta..untuk wat animasi lagi agaknya…jangan beli pirate k…tengok wayang ke..beli dvd ori ke…hehe..memandai je aku..sekadar nasihat….

Ala..nti la uplod pic…tenet lemb

Rabu, 11 Februari 2009

put tag aku..spesel pulak rase nye

zura mengatakan aku nih mengung.....!! sbb aku xtau tag tuh ape..kene jwb rupanya..okeh...sedia

1. Anda rasa anda hot??
yes!im hot..bcoz my kekasih baru call...

2. Upload gambar kegemaran anda

Photobucket




3. Kenapa anda suka gambar ini?
sbb budak ini terlalu comeyyyyyyyy!!!!..anak buah zati..hehe

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
piza kat bakeri ukm je........mggu lepas

5. Lagu terakhir yang kamu dengar?
lagu TV3...kau dihati..inspirasi..nananana..nananana....

6. Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
angkat kain..........ujan

7. Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
ain..only ain

8. Tag lagi lima orang

semua pon Put dah tag..

1. Ron
2. Prof OO
3. farah amaneena
4. Fadilah
5. Hazmin Wardi

9. Siapa orang nombor satu?
sume orang tahu......he~

10. Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
ngan roney junaidi....(bukan ron lafti ye)

11. Katakan sesuatu berkenaan org nombor lima
seorang yg gila komp...dr dulu ngn sekarang...komp nih mcm bini dia lah...tp membuah kn hasil lomayaaaaan

12. Bagaimana pula dengan orang nombot empat?
Kwn same sekolah...umah 2,3 selang umah je...so rindu...my personal assistant...penyimpan rahsia kerajaan.............

13. Siapakah orang nombor dua?
penyelia saya..yg begitu teliti..bijak.

siap jwb......ooooOOOoooo..mcm ni rupanya tag

Isnin, 9 Februari 2009

Allah Maha Adil

Td baru tgk kisah benar..best cite tuh..direct je..takde nk meleret2.ringkas..hehe...td ttg org nih kaye..idop sume okey lah..tibe2 bini dia meninggal donia..dia pon tensen dan terus mau bunuh kan diri...last2 ade name org nih Melati kot..tlg dia..tak jadi lah nk bunuh diri nmpknya..idop redha saje..mcm biasa..kawen ngn Melati tuh.

lain org....lain bahagian nya..yg penting syukur..redha...yakin..apa yg Dia dah bagi..usaha lagi...apa yg kita wat..ade balasan nya..kita usaha..kita dapat hasil baik..hasil baik tu..diberikan dalam mcm2 bentuk kn...

mari kita lihat dalam surah al-Syarh ayat
  • 5- Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
  • 6- sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
2 kali kita diingatkan..yakin..tiap2 kesukaran..ada kemudahan...ain..jangan takut susah..

nk tgk upin ipin laaaa..jom2

Khamis, 5 Februari 2009

midsem nk dekat

Hari nih..baru aku rasa betapa beratnye idop..setelah midsem dekat..tesis lak..lum siap…lab pon lum siap…..aku nk rajin balik mcm 2nd yer dulu..walopon result 2nd yer dulu yg adoo je…aku rajin time tuh..sbb bnyk subjek killer kn..tuh yg agak rajin..last sem result aku antara yg terbaik jugak laa dlm sume sem takat nih (yg ado je)..walopon tak cecah dekan..syukurr….malahan last sem aku bermalas2 malasan….jangkit pulak ke sem nih…sem nih dah la ade 4 subjek killer…(wajib dan PB mmg killer)...aku lagi nk bersikap mcm sem lepas..tak boley tau ain….sedar diri tuh……..so ain mulai hari nih.

sinchannnn

go..go..ain..go!!!!!!


Jgn online selalu..

Men pet ron oren kat facebook 2 kali sehari je

Tgk fwenster n tagged sekali je..

Blog 2 kali je..

Gosip2..forum cari.com tuh…tak payah dah..tak payah…tgk dlm sekali 2 hari ke..kn..bukan baik pon gosip2 kn……ala….ilang lah status ratu gossip aku huhu

kepada sume..mari kita usaha!!!!!!!!!!!


Share sket -

Amalan sunat wudhuk yang jarang dibuat oleh masyarakat Malaysia ialah memasukkan air ke hidung dan menghembusnya keluar. Kajian dalam bidang rinologi menunjukkan bahawa amalan memasukkan air ke hidung (nasal wash) adalah berkesan untuk mengurangkan tanda-tanda peyakit alahan, sinusitis dan komplikasi yang berkaintan dengannya -Al-Islam Feb 09