Khamis, 6 Disember 2012

Oh

dulu masa umur tak macam ni, selalu dapat jangka apa yg berlaku. sebab nya hidup macam sangat smooth. rezeki Allah... apa yg dirancang.. dijangka.. menjadi macam diharapkan

tapi sekarang macam tak lagi.. full of surprise. dan menyebabkan selalu pujuk diri untuk expect the unexpected... expect for the worst... bukan berfikiran negatif... tapi tak mahu diri kecewa.. dan! bila macam tu.. diri jadi positif dan redha juga dengan apa yang jadi... yerp.. suka dengan diri yg tak selalu nangis lagi. yerp.. suka dengan diri yg dah pandai berlakon depan orang.

 jalan diri ini dalam tangan Allah.. segalanya lah.... 

Selasa, 20 November 2012

Gaza video

https://www.facebook.com/photo.php?v=506195522739165

video 19 minit di atas adalah gambaran yg berlaku di GAZA
air mata mencurah2 sepanjang video ini

keadaan di hospital amat memilukan... keadaan di bandar amat menakut kan
tapi semangat mereka tu... kalian layak ke syurga, bisik hati ku


Khamis, 15 November 2012

mereka sedang susah. tapi tetap nak bantu yg lain. kita patut rasa malu

"Kami bersumpah dengan Tuhan yang memiliki keizzahan, selepas jatuhnya Asad kami akan ke Gaza pula.."

Rabu, 14 November 2012

Gaza diserang lebih dari biasa.

Beberapa status shabat dari facebook

Saat anda membaca status ini. Palestine sedang diserang Israel laknatullah lebih hebat dari biasa.
1. Pemimpin HAMAS Ahmed Jabari syahid oleh tembakan peluru berpandu Israel.
2. Ketua Turus Tentera Israel, Lt. General Benny Gantz mengisytiharkan bermulanya Operasi "Cloud Pillar" 
3. Israel merancang menyerang kubu simpanan senjata tentera HAMAS
4. Jumlah kematian penduduk Gaza masih belum diketahui

Israel membuat kenyataan sebentar tadi mereka mahu memusnahkan kem simpanan Peluru Pepandu Hamas yang dikatakan mempunyai kemampuan sehingga 40 km. Tetapi mereka menyerang penginapan orang ramai.
sehingga kini 3 Syahid dan 10 orang cedera


Wahai Umat yang Berselimut!

Bagunlah dari tempat tidurmu yang empuk, bumi Gaza kini kembali bergolak. Israel dilaporkan sedang menyiapkan kekuatan tentera untuk menghadapi mujahidin Palestin.

Di Syria pula, pakatan Syiah Teluk mula menggerakkan kekuatan tentera mereka untuk merampas kembali wilayah-wilayah yang dikuasai mujahidin terutamanya di Hama dan Halab.

Bermunajatlah kepada Allah pada waktu yang hening ini. Semoga Allah memelihara seluruh pejuang ummah.


Khamis, 25 Oktober 2012

who moved

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 21 September 2012

Allah SWT, sentiasa pelihara kekasihNya...


“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.” (Surah Al-Hijr: 95)
“dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan).“ (Surah Al-Syarh: 4)

Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan untuk memelihara para Nabi dan Rasul. Allah s.w.t. yang memilih dan melantik mereka dan Allah s.w.t. tidak akan membiarkan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya.

Petikan dari kenyataan pertubuhan IKRAM Malaysia... 
di sini

Khamis, 20 September 2012

nak diet kan


Seperti yg sy cite dulu sy tgh diet.. Tempoh hari saya buat telur brokoli...skang sy wat ape ntah.. Ayam lemon n sayur.. Heh

basuh dan peram ayam dengan air halia dulu

keluarkan ayam, sambung Ayam tu peram dgn lemon, bawang putih, gula cket

Tumis bawang belanda.. Goreng ayam sampai garing masuk sayur semua pastu. Letak garam tau time ni

Pastu... Last skali tabur lada hitam

Pastu makannnnn.... ! serius...... sedap la sangat.. (statement bukan nak puji diri sendiri, resepi ni yg sedap)

Hmm.. Menu masakan melayu lagi payah kan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 14 September 2012

part 2.Filem Hina Islam : Innocence of Muslim

good idea dari syed
mari kita cari video innocence of muslim dekat youtube
klik flag as inappropriate

lebih 1000 flag akan menyebabkan video itu dibuang.........!




mari lakukan.

filem hina islam :innocence of muslim

hanya tahu tajuk
bila syida cakap isi dalam filem tu

tiba-tiba hati jadi tak kuat nak dengar lagi
isi pertama yg syida cakap lagi dah buat marah. sedih.
belum sanggup nak baca dan tgk trailer nya lagi

lagi pun. Sam Laknatullah (director) mesti tahu orang Islam akan marah... dan memang dia nak kita marah!!

selain marah.. apa lagi langkah yang perlu kita buat?????

Rasul kita di Hina-Hina...

mungkin patut buat filem berbentuk Islamik banyak2.......... selain cerita cinta, hantu dan politik saja

kenapa isu ni muncul. sebab dia nak tutup kisah syria, rohigya dan palestine ke?


bila para aktivis islam gesa google dan youtube buang segala-galanya tentang filem ini... mereka kata tak boleh buang. sebab tak langgar polisi google dan youtube....... berapa banyak yahudi bayar kat korang???

selawat dan salam atas Rasulullah SAW


maafkan aku ya Rasulullah.... hinanya aku kerana kecil sumbangan aku dalam bantahan ini

Ya Rasulullah, mungkinkah kesilapan kami yg menyebabkan mereka menghina engkau Ya Rasulullah SAW



Khamis, 13 September 2012

masak. sesuatu yg sehat

Mak selalu ajar masakan lauk pauk melayu yg kena makam dgn nasi.

Oleh sebab sy nak turunkan berat badan. Harap kali ini jadi.

Sy nak masak yg sehat2 je.


Tapi tak reti

Permulaan..

Telur putih dan brokoli.


Tumis bawang.. Masuk campuran telur putih dan brokoli.. Hancur2 kan..


Siap. Letak kicap

5minit penyediaan. Utk sarapan.. Haha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 10 September 2012

huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

ustaz sayang anda

Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa yang kita pertahankan?

Hati melungut waktu mendengar berita kes 'lucut seluar-tunjuk punggung-gambar najib-

yang disiarkan selama sejam, hampir seminggu...
yang hampir berpuluh setiawan-setiawan lantang menyuarakan ketiakpatutan perbuatan itu

perbuatan dia memang salah. usahkan gambar PM. buat dekat gambar ariel sharon, basyar pun salah
sebab punggung itu kan aurat.. malu la cikit

sebelum ini keluar kisah artis kita memperli artis korea... peminat marah
sekarang isu gangnam style... peminat marah juga.

tapi... sila baca sampai habis.

isu pelukis kartun Denmark, yang melukis kartun hina Rasulullah SAW..?
Isu tulisan suci Allah dan Muhammad pada telapak kasut?
Isu al-Quran palsu, isu al-Quran di letak dalam kandang Babi?di letak pada siram arak? anak muda black metal yang menari atas susunan Quran.
Isu lirik lagu, isu makanan sengaja dicampur haram, isu rogol, cabul
banyak lagi

Syukur.. syukur jika isu-isu itu dibantah dan disuarakan dengan lantang oleh anak-anak muda dan pemimpin2 kita. sama seperti dalam barisan ayar ke-3 dan 4 diatas

ulama-ulama bukannya tak bersuara.. mereka lantang menyuarakan bantahan isu-isu hina Islam ini.... cuma tak didengar..  siapa yang nak dengar?..

tak apalah, lepas dari soalan diakhirat nanti.... itu lebih utama dari dapat tender atau duit banyak-banyak.

marilah kita lihat balik.

apa yang kita pertahankan sesungguh hati, itulah gambaran apa yang menjadi perkara utama dalam hati.

Jadi apa yang aku pertahankan
Apa yang anda pertahankan




Nak upload tak sanggup sebenarnya
tapi inilah bukti agama kita diihina-hina
kenapa hanya agama kita




Sabtu, 8 September 2012

sabar dalam pujuk hati sendiri


Sabar bila sedih
sabar dalam gembira
sabar bila marah
sabar berbelanja
sabar bila berharta
sabar bila melupakan
sabar disanjung
sabar menunggu
sabar dipuji
sabar di hina
sabar makan dan minum
sabar bernafas
sabar tunggu sembuh
sabar dalam meminta
sabar dalam berdoa

'Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan mengujimu agar Kami mengetahui orang-orang

 yang berjihad dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.'' (QS Muhamad 

[47]:31).

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (QS Al Baqorah [2]:155-157).





sabar.. sabar dan sabar
sabar separuh dari iman!

Jumaat, 31 Ogos 2012

tak da mood

Nak pergi sekarang

Atau ptg ni


Uhu

Ptg ni lah

Ptg ni wat silver stain je

Esk just wat gel filtration je


Isnin, selasa kita coti!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 30 Ogos 2012

salam berlapik?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dr. Zakir Naik, Malaysia Tour

Siapa?

hehe.. just type namanya kat YouTube
 dan dengar ceramah dia yang hebat
hingga ramai yang peluk Islam selepas mendengar



The registration are still OPEN!!

Grab your tickets now at :
http://drzakirnaikmalaysiantour2012.eventbrite.com/
The admission is for FREE.

All this events are open for ALL Non Muslims and Muslims

Share to ALL

merdeka...

kenyang nye perot...
haha
baru 1st day puasa enam. jadinya.. g goreng kuey tiow setengah bungkus
last2 tak larat habeskn.. korek2 udang je lah

merdeka

macam semangat tak da je kan
jangan salahkan lagu, atau tema atau logo

kita anak Malaysia
bersyukurlah Allah bagi kita hidup dalam negara yang aman
walau ada la yang tak betol
at least.. lebih baik..

sujud syukur
sedekah al fatihah pada pejuang kemerdekaan kita
solat hajat, untuk negara nih


fuh,, kenyang

Syria, Somalia, Rohingya dan Palestine  ---- bila kali terakhir kalian rasa kenyang seperti saya?


Selasa, 28 Ogos 2012

Golden Time =))

Cerita Korea lah =p
cerita ini masih ditayangkan lagi
aku suka cerita ni sebab jalan cerita  dia tak tertekan sangat
macam cite team medical dragon tu, best... best sgt.. sampai wat aku tak tido malam T_T... tak elok gitu

teruk kan..
hehe

golden time juga cerita tentang perubatan... tentang student2 intern kat wad emergency
cerita ni perjuangan nak tubuhkn Trauma centre..

trauma centre dan ER lain rupanya...





aku suka cerita macam ni
maybe sebab mak abah keje spital kan

banyak benda baru dapat belajar... subhanallah, ini baru sekecil-kecil bahagian ilmuMu.

Isnin, 27 Ogos 2012

Alhamdulillah

Bila iman pudar, nipis
  memang akan fikir dunia ni zalim,
 tak adil aku dapat dugaan macam ni

jadi lupa pula tu,
Rasul-rasul dan para Nabi, lagi berat ujiannya dari diri ini.
kan

Allah SWT tak kan biarkan kita keseorangan
Dia akan datangkan hamba-hambaNya untuk membantu kita
terima kasih sahabat-sahabat
yang selalu membantu,
Juga mendoakan =))


Hanya Allah dapat membalasnya
Moga kita sama-sama beroleh syurga Allah. amin.

Jumaat, 24 Ogos 2012

T_T

tekanan
 mungkin ini kafarah dosa yg lepas-lepas
atau yg akan datang?
     entah nape, kadang rasa dunia ni zalim

bila iman tu makin pudar, memang pikir macam tu
 samapai diri ni lupa, banyak sgt dosa yg dilakukan
senang sangat rapuh

   istighfar banyak-banyak

doa kan saya

Selasa, 21 Ogos 2012

satu di balas seribu

selangkah menujuNya
1000 langkah Allah dekati

terpesona

--lirik ini saya taip sendiri brdasarkan hafalan otak, tak leh wat rujukan

salah satu lagu. yg buat mata berair. T_T

Malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

kupujuk jua, hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang ummah

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya kuamalkan sunnahnya
moga didunia, mendapat berkat,
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah aku, di taman syurga



Isnin, 20 Ogos 2012

International Humanitarian Freedom Flotilla to Arakan

Berdasarkan statcounter, ramai sangat tersinggah di blog ini sebab Rohingya, Syria.. saya cuba sebarkan. sebab tak mampu nak pergi. sekurang2nya ramai tahu tentang ini. dan bila tahu, ramai yang mendoakan... =)


INTERNATIONAL HUMANITARIAN FREEDOM FLOTILLA TO ARAKAN

CALLING ON BOARD NOW
"We are calling the Ummah and all peace loving people of the world to please contribute to sponsor this flotilla. This would be a translation of the people's commitment around the world to tell the Myanmar regime that the genocide must be halted immediately , access to Arakan must be allowed , perpetrators must be brought to justice, and rights of the Rohingya must be restored"

WE ARE NOW READY :
We start to open LIMITED participation based on ship accomondation (225pax):
-55 NGO (Malaysia/Asean)
-70 NGO (International)
-80 (Media) 
-20 (Flotilla Secretariat)
-Ship will also carry 300tons@6 contena Humanitarian Aid to Arakan. 

INFO [pre-final]
Estimated date:
3rd September 2012

Estimated Mission Time Frame (12Days):
3-4Days Penang(Malaysia) - Sittwe(Myanmar)
3-4Days in Arakan,Myanmar (depending)
3-4Days Sittwe (Myanmar) -Penang(Malaysia)

Estimated Cost :
RM3,500 @ USD1,300 per pax including Food.
-----------------------------------------

Latest Update (18/08/12):
Received world participation on board for 
HUMANITARIAN FREEDOM FLOTILLA TO ARAKAN

UPDATE ON BOARD (18/08/12):
-United Kingdom (UK)
-United State of America (US)
-Australia
-Netherlands
-Canada
-Turkey
-Egypt
-Saudi Arabia 
-Iran
-Dubai
-Tunisia
-Palestine
-Indonesia
-Malaysia 
-Thailand
-Singapore
-India
-Bangladesh
-Brunei
-Japan

MEDIA ON BOARD:
- 12 International TV Stations
- 1 Malaysia TV Station 
- 5 Malaysia Newspaper Team
- 5 International Magazine
- 2 International Documentary Maker

Welcome On Board to all humanitarian activist & Media. 
Detail of the Flotilla will be publish soon.

JOIN US ON HUMANITARIAN MISSION:
Serious Participant can forward their interest by sending mail to us at flotilla2arakan@gmail.com

+ Send your Full Name/Photo&Logo/Organization Detail@ Personal Detail/Country 

Facebook RSVP
http://www.facebook.com/events/122142447931527/
(Please click 'join' for those who seriously interested to join)

Official Facebook Page
www.facebook.com/flotilla2arakan

Rohingya Humanitarian Fund
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=213295195464075&set=a.201632296630365.42216.201623789964549&type=3&theater

Jumaat, 17 Ogos 2012

Hari ini baru dpt rehat sikit..

Rasanya dari rabu tak berhenti..

Tiap.. Terus kemas rumah.. Then g kuar.. Beli barang2 utk raya..

Petang masak untuk berbuka.. Malam tarawih

Ok.. Aku tulis semua ni sebab aku rasa sgt payahnye nak jd superwomen..

Otak masih terngiang2 cite korea yg tak tgk lg.. Uhu..

Tahun ni aku benci raya..

Tapi masih lg sayangkan ramadhan


Sampaikan aku pada Ramadhan tahun hadapan YA Allah


Yg paling sukar

Fokus pada thesis, lab, jd suri rumah sebentar.. Tapi dalam masa yg sama.. Fokus ibadah tak terjejas.


Siapa yg dapat lakukan itu?

Memang dia hebat.


Ke arah meningkatkan produktiviti diri, kuatkan emosi.. Dalam masa sama melebihkan akhirat. Tanpa HATI terjejas..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 10 Ogos 2012

Isteri Perdana menteri Turki melawat Burma/Myanmar

Turki........ berada jauh.. nun jauh di sana

tapi Wanita Pertamanya datang ke Myanmar, untuk melihat sendiri Masyarakat Islam di sana. Dia turut menangis.. hu

Pastinya Myanmar akan jadi takut dengan lawatan ini

Isteri Recap Tayyip Erdogan ini... Aiman Erdogan pernah menggemparkan dunia kerana tak berjabat salam dengan lelaki. Salute lah

Kemudian dia jadi sangat berani, sanggup terbang jauh. Ke Myanmar.. tidak kah dia bimbang di bunuh, atau dicederakan?

Sedangkan Aung San Suu Kyi (kononnya pejuang keamanan) menjawab "I Dont Know".. memang hancur la

Susulan lawatan ini. Tun Dr Mahathir juga mula bersuara, desak seluruh dunia Islam tolong rohingya..






Turki, kesan empayar Uthmaniyah masih ada dalam jiwa setiap rakyat
Empayar Uthmaniyah, satu ketika dulu empayar yang kuat
Hingga kesultanan Melaka juga bernaung di bawah empayar uthmaniyah ini
Hingga ramai musuh tewas, musuh Islam jadi kecut.
Hingga datang  kamal atartuk dan yahudi2, serta islam yang berpecah.. menumbangkan Empayar ini

Empayar Uthmaniyah jatuh pada 1922 -- jgn lupa tarikh ini Tarikh berakhirnya perpaduan besar negara2 islam.

1924.. Hassan al- banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin..... 2012.. memerintah Mesir
perjalanan Ikhwanul Muslimin tak mudah, banyak Ulama2 yang mati dibunuh.


Ok.. she is one of my Idol now =))

Mengapa Sunnah Jamaah ada 4 mazhab?

di facebook
di mana2 je lah

ade ramai yg bertanya


buat masa ini, ini artikel paling santai dan mudah semua nak faham.. 

kenapa kita ada 4 mazhab?


Kerana di situlah terzahirnya kenangan cinta Allah kepada Nabi Muhamamd SAW.
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…

Khamis, 9 Ogos 2012

10 terakhir Ramadhan ini

Imam Muda Fatah cakap. Kalau orang lumba lari.. Dah dekat nak habis larian.. Dia akan pecut untuk sampai ke garisan penamat


Begitu juga dengan Ramadhan ini.. Jika hari2 Ramadhan yg lalu kita banyak khilaf.. Pecut la betul2 sebelum Ramadhan ini berakhir..


Dan UAI cakap.. Para soleh, bila tahajud.. Akan bangun diam2.. Bukak air ambil wudhu pun senyap2 je.. Takot orang rumah atau jiran tersedar.. Sebab takot hati ada riya'.. Tapi kita siap on mikrofon pagi2.. Nak bgtau satu kampung kita tahajud..


Riya' dalam hati.. Membanding2 kan ibadah kita dengan orang lain.. Membandingkan kebaikan kita dgn orang lain.. Apa kah itu? Kita bukan siapa2 mengadili orang. Cukuplah kalo muhasabah diri sendiri tu..


Apa pun.. Selamat berusaha meningkatkan amal ibadah..


Jadilah hamba Allah SWT... Bukan hamba Ramadhan


Ramadhan ini hadiah dari Allah SWT.. Siapa yg sia2 kan. Samalah dengan dapat hadiah, dan dia campak hadiah itu


Published with Blogger-droid v2.0.4

tahniah. wira wirawati negara

Dato lee chong wei keDua terbaik dunia

Pandalela keTiga terbaik dunia

Azizulhasni keEnam terbaik dunia

Ken Nee keSepuluh terbaik dunia


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 7 Ogos 2012

Suami yang diinginkan..

eceh
harini demam
takde kene mengene

persiapan raya setiap tahun, atau kalau ada kenduri
sebagai anak sulung inilah, takde adik beradik lelaki
jadi anak perempuan, atau jadi anak lelaki,
dari keje potong dahan pokok, dapur masak2, pasang langsir, pasangkan perabot pasang siap, hingga lah runner bila barang dapur tak cukup
bukan menrungut
Sangat suka buat, sebab janji Allah

tapi kalau ada suami yang boleh membantu diri ini..
bukan nak menjadikan suami itu hamba abdi
tapi tolong2 kerja2 lelaki
tak seswai laa anak dara potong dahan pokok, atau panjang siling tengok bumbung bocor
nanti tolong family suami pulak.. hehe

okeh, mukadimah yang panjang
mahu cari yang perfect, tidak akan dapat

tapi, kalau diberi pilihan.....................
saya sendiri tak tahu.. hehe
tapi mengenali ramai-ramai lelaki
saya dapat lihat setiap dari mereka ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri
selagi kekurangannya kita sebagai isteri mampu faham, mampu bantu betolkan
Boleh dijadikan suami =)
dengan syarat, rukun Islam dan rukun iman di faham dan lakukan.
sebab mengenali yang liat nak solat... memang jenis itu manis kata2nya tak dapat percayainya pun

secara jujur
Saya lebih takut, kalau tak dapat jadi isteri yang terbaik, isteri yang memenuhi apa yang dia mahu



Buat suami yang saya belum jumpa lagi, dan hanya Allah saja yang tahu bilakah masanya
saya sayang kamu
saya mahu jadi isteri, anak, menantu dan ibu yang baik
saya mahu bila kamu pandang saya, hati kamu tenang.. itu cukup buat saya happy melompat2!
tapi saya tahu cabarannya sangat besar, sebab sampai sekarang pun saya tak rasa saya dah jadi anak yang baik
inikan pula isteri, menantu atau ibu??
maafkan saya kalau tak dapat jadi yang terbaik, tapi saya akan cuba, dan tolong bantulah saya.

dan yang pasti
saya ingat kata2 ini
kenali pasangan kita setiap hari
sebab dia semalam mungkin lain dengan dia hari ni
mungkin tahun lepas dia suka makan sardin
tapi tahun ni tiba2 dia suka makan chicken pie.. hehe




jihad atau balas dendam?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 4 Ogos 2012

jumpa kawan lama

sampai melaka dia terus ambil dan kami pergi masjid selat
masjid selat tu masjid atas pantai.. ala-ala terapung laa
best... sebab bau air laut.. angin laut

dia cerita pasal masalah kerjaya
last2 di join menda lain
uih. aturan Allah kan
ada la sejam gak
cian kawan aku ni

dan berbuka dgn bekas student dia.. budak upper six
ye la.. budak2 laki kan
suke nauu buat lawak
saket perot aku

malam2 pkol 10 g uptown
hello.. aku sebuk dgn uptown bangi
Tapi uptown kat sini lagi syok.. abes duit aku.. (sebab kat bangi takde yg menarik hati sgt.. haha.. belagak)
 rm50 je
tapi jumlah yg besar la untuk student

then aku tgk total recall. ( bln puasa pun tgk wayang kan....)
best la jugak... entah. action dia best. cuma pengarah tu tak reti nak garap emosi penonton
still batman lagi best
--- budak2 sekolah upper six ni nak tgk step up revolution mula2.. terus aku cakap NO!!.. ----

then balik rumah kawan aku ni... berborak samapi sahur
pkol 7 baru tido
now.. aku menaip.. dgn dia kat sebelah.. tido

uih.. ngantuk

Rabu, 1 Ogos 2012

Dari dengar lagu janji ditepati.. baik dengar lagu ni.. hehe



Hope takde org ukm dtg sini
kang tak pasal2 scholar kene tarik.. hahaha

taraweh dengan imam palestine

Lepas iftar buffet dengan kawan2 lab.. Kami berkejar ke surau abdul rahman bin auf.. ( sahabat Rasul yg dermawan)


Sampai sahaja dah terlambat.. Sebab dah habis isha.. Hu.. Mujur tazkirah dulu.


1- mereka dtg sini.. Ada 7 org hafiz semuanya.. TAK Mudah... Sebab seblum dpt keluar dr gaza, kena duduk di sempadan Mesir.. 10 jam di bawah panas terik.. Itu pun sebab mesir dah bwh ikhwanul muslimin.. Kalau tak.. Lagi lagi payah nak keluar

2- bayangkan.. Kalau mulai hari ini dan seterusnya.. Setiap malam 10 jam tiada bekalan elektrik.. Gelap.. Sanggup tak kita? Kalau musim sejuk, sejuk hingga ke tulang.. Kalau musim panas.. Memang payah.. Mereka beratapkan zink.. Tapi ramai yg dalam khemah

3 - mcm mana nak belajar? Gelap2 mcm tu..hmm tapi ramai yg hafal quran usia muda.. Mereka memang anak2 bijak.. Tapi tak dpt peluang besar nak belajar.. Sebab sekatan.

4- semua ada limit.. Ubat, makanan, air.. Tak boleh nk guna suka hati mcm kat sini. Hanya yg perlu je dpt.. Sebab? Israel sekat jalan bantuan. Setiapbbulan hanya sekali pintu.di buka.. Hanya sekali.

5- imam Raed minta kita doa.. Bantu.. Dan tolongla.. Boikot barang Israel.. Imam Raed cakap terutamanya McDonald!! 20% keuntungan untuk beli senjata israel.. Aduh.. Sedarlah.. Percayalah sumber dari mulut imam Palestin ini sendiri.

6- memang ada. Org israel cakap...selagi yg solat subuh tak seramai yg solat jumaat. Palestin tak akan menang...

7.mereka nak perkasakan bidang pendidikan dikalangan anak2 Palestin.. Sebab itu sanggup susah2 dtg sini..


Ada berita barat yg tunjuk Palestin ok je semua.. Penipu je tu.. Bekalan elektrik tiada 10 jam setiap malam.dah cukup nak bayangkan mereka susah.. Dgn makanan yg terhad.. Hu... Ikram ada buat program bantu palestin dengan lampu solar.. Utk mrk belajar.. Nanti aku letak link


Dapat juga tengok imam ini.. Serius...sejuk sgt hati ni hila tgk seorang al-hafiz.. Yg pernah berjihad perang.. Rendah diri.. Dan bacaan yg syahdu bila didengar.


Ada sebab kita disini

Dan mereka disana

Boleh jadi hari pembalasan nanti

Hari paling malang dalam hidup kita -maher zain

Nauzubillahminzalik


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 31 Julai 2012

Imam muda dari GAZA 2

okeyh... mengenainyapun tentang itu
ade orang macam cakap.. ape hal dorang datang sini nak jalan2 pulak

lerr.. derr....
Ustaz dari aqsa syarif tu cakap
Mereka anak2 muda,, berjiwa muda
so kita kena layan ikut jiwa mereka.
ape salah ke nk jalan2

Rasulullah SAW layan anak muda remaja sesuai dengan jiwa mereka
ada kisahnya
Sunnah baginda

uhu tiba2 rasa syahdu lak
aku rasa aku ni kurang solawat la.

ok

Isnin, 30 Julai 2012

Imam dari GAZA

ada kawan kat lab yang aktif dengan aqsa syarif. sekadar berkungsi je

so dia pinjam kereta aku dah diba untuk hantar dan ambil imam-imam muda ini ke masjid

aku terfikir. wah.. kalo ade bapak jin dalam kete aku tu. memang lari la kan... haha

1. Mereka pergi Putrajaya.. dan rasa amat teruja dgn kecantikan bandar kita (pada zahirnya)
2. request pergi zoo negara.. belum tanya lagi ape reaksi mereka
3. pergi naik menara kl... ni pun tak tanya reaksi ape...haha.. tapi dalam hambo2 masing2 excited.. tapi mereka mcm kaku je dalam gambo. tak macam remaja kita ni. pantang nampak kamera.. huh!.ok.. ni ramadhan. ( aku pun sama gak)
4. terpersona dengan juadah berbuka kita.. sebab kat sana mereka makan kurma.. kurma sahaja untuk berbuka.. huhu..
5. tak makan pedas..

jadual dorang leh tengok kat FB IKRAM atau Aqsa Syarif

mereka kat sini akan pergi ke masjid seluruh malaysia.. 7 orang dah...

gambo aku malas nak uplod.. tengok la sendiri..


rabu ni nak terawih dengan Imam Raed... yg pandai speaking tu.

Olimpik dan muslim

tak tahu nak letak tajuk apa

1. Arab saudi pertama kali benarkan wanitanya bertanding
2. Muslimah judo, tak dibenarkan pakai tudung. Arab saudi bantah arahan tersebut. dan timbulkan pelbagai spekulasi dari puak2 entah apa2. malas nak cite
3. seorang perenang hensem dari tunisia tarik diri dari saringan pertama.. sebagai bantahan ke atas askar Zionis yang masuk gak renang tu. dia cakap. tak kuasa aku nak lawan dgn org yg bom palestin hari2..
4.. illuminiiitii.... adelah.. sape2 perasan la kan. logo dia bentu zion.. sebuk je masing2 pasal iluminiitii ni.. freemasson la... menda ni aku dengau sejak sekolah rendah lagi. (sebab aku baca Mastika.. haha).. memang betol la  kita kena hati2 dengan menda macam ni.. pung pang pung pang.. tak gerak jugak. camne.. skang bukan zaman cakap. skang zaman action!

itu saja berita olimpik yg menerjah

eh.. pada dato lee chong wei.. dan rocketman azizulhasni awang... kejap medal emas yob!

Khamis, 26 Julai 2012

AdaMu......... :')

kerna Kau yang satu
yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMU

Rabu, 25 Julai 2012

Hi you!

No matter how hard I try
I would never win against you
but
that is one thing
that I would not lose to you


Selasa, 24 Julai 2012

:') Ramadhan

We were born after 9 months with no sins. Do u think we can come out from the 9th month (Ramadan) clean with no sins like when we were born? - Maher Zain




Isnin, 23 Julai 2012

Beetles and Roses - Wardina and Aiman Azlan

masak memasak

aku reti masak beberapa... tapi tak semestinya sedap

cara mak mengajar

mulakan dengan sambal tumis dan sup

sambal tumis ok.. goreng kunyit dan goreng sambal yg lain pun ok lepas tu

selepas itu kari- sebab bila reti masa kari, otomatik reti masak kurma,... masak lemak cili padi pun lebih kurang je, just bahan dah berkurang

pandai masak sup - akan pandai tom yam, asam pedas, singgang, padprik - akan reti jugak... boleh dah tu


pandai nasi lemak.. pandai la masak nasi minyak
pandai wat nasi ayam, pandai la wat nasi tomato.




sayur goreng- pandai yg itu... macam2 jenis sayur akan pandai.. cuma campur2kan sahaja dengan serbuk apa2 pun.




cuma nasihat saya... bila memasak untuk family.. kita mesti nak sedap.. tapi yg penting SIHAT.  tak letak ajinomoto, sos tiram atau apa2 bahan perasa lain. Biarlah tak dapat pujian sebab rasa pun, asalkan sihat.. aku cuma letak sos tiram, untuk aku saje lah..  untuk suami dan anak2, tak akan.


tapi bila rasa pure.. bukan sebab bahan perasa.. dia punya sedap memang lain.




bila masuk matrik sampai sekarang
dah kurang masuk ke dapur
bila balik, baru ada peluang
itu pun nana yg ambik tempat

jadi makin cair... haritu masak. abah cakap.. dah tak macam dulu.. sambil tersengeh.. hehe
nak asah semula. lama dah tak masak.





Ahad, 22 Julai 2012

Sabtu, 21 Julai 2012

keras hati, busuk hati

hati keras

Perjalanan untuk melembutkan hati, memahami syahadah, akidah dan lain2nya ada banyak sebab

Tentulah dgn kasih sayangNya. Dari doa yg terdekat, dari rasa hati yg mula memahami.setiap apa yg dilihat, didengar. Juga dari ujian dari Allah, yg banyak sekali mengajar.

Ada yg cepat, ada yg lambat. Kita tak tahu..

Syaitan mula gelisah

Tapi telah ribuan tahun dibumi ini, mereka bijak..

Lalu dimasukkan sifat riya dlm hati. Ekstrim.. Hingga pandang rendah orang lain. Lebih2 lagi yg mahu bertatih...

Dulu keras hati, tak mahu terima dan faham islam

Sekarang hati jadi busuk..

Ambil pengajaran dr perjalanan Rasul SAW. Di Makkah akidah dimantapkan

Di Madinah Cabang2 lain dimasukan. Dan tersebarlah Islam

Fahami dulu rukun iman dan rukun islam serta ihsan...sifat 20, 99 nama Allah

Sejarah Rasul SAW, Rasul-Rasul lain..

Ibadah, Fekah..

Banyakkan..? Belajarla dgn sabar, jangan bimbang.. Mudah saje nak faham ni semua.sebanarnya. Sebab Islam itu fitrah.

Jangan lupa bergaul dengan ramai orang.. Setiap orang ada ilmu yg kita tak tahu. Walau dia belum lagi tutup aurat sempurna, solat sempurna. Tapi, ilmu dan pendapatnya boleh kita nilai dan hadam juga.

Tak payah risaulah, atau rasa rendah diri bila org nampak kita ni macam...hmm.bukan pandai sgt pun dia ni

Allah saja yg tahu segalanya. Juga apa yg tertulis dan dipelajari manusia.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 13 Julai 2012

selamat hari jadi Ain.. he~~ part 1 =)

Balik rumah, nani wat tak layan sangat
masuk bilik
terjerit tau.. hehe



dengan tulisan jalan cerita yang tertarik
mentang2 la aku hanta sms macam tu kan
then..

2jam kemudian

sedap2..
potong 5. :-0
haha

pastu makan2 kat kedai

terima kasih laa (ni je mampu cakap.. lain simpan dalam hati je.. sob sob)



Khamis, 12 Julai 2012

Menuju ke Madinah


mandi.. pakai baju putih, tudung putih... kemudian berlatih senyum depan cermin

'assalamua'laikum ya Rasulullah'
=)





Rabu, 4 Julai 2012

Selasa, 3 Julai 2012

Video Silence is Betrayal Flashmob KLCC



Alhamdulillah

tak dapat nak join.. huhu.. sebab ada kewajipan lain (mak minta tolong)


semoga membuka mata dan minda.. buat semua.

Ahad, 24 Jun 2012

Hati

Jangat Bertanya Soal Hati

Kerana hati ini memang sedang sakit



-sape nak tanya kan-

hahaha -- gelak hati yang sakit

Ahad, 17 Jun 2012

Selamat Ulang Tahun NeNe..

Hari ini aku berdoa
Untuk seorang sahabat
Aku tak mendoakan kekayaan
Atau tak mendoakan kau akan jadi glemer dan berpangkat tinggi
Atau ada suami yang ada 5C…
(aku tahu kau tak kesah..kan..)

Kerana aku nak Allah bagi kau lebih dari itu
Sepenuh hati aku meminta
Agar

Ya Allah, jagalah setiap langkah sahabatku
Bila dia mahu, tunaikanlah.. jika itu terbaik untuknya.
Bila dia hilang sesuatu, gantikanlah yang lebih baik disisiMu
Bila dia tersesat, lemah tak terdaya,
Kau binakanlah jambatan baru untuknya
Bila dia bersedih, Engkau sentuhlah hatinya dengan kelembutanMu
Agar dia jadi tenang dan gembira, dan rasa Engkau disisinya

Berilah dia semangat dan kerajinan yang kuat
Untuk terus berjuang dalam kehidupan
Di sini yang sebentar
Dan juga di sana yang abadi.
Ya Allah, satukanlah, dan teruskan lah ukhwah ini
Hingga kami sama-sama menghadapMu nanti


eh.. tertinggal.. ni kena doa jugak

Ya Allah, berilah dia suami dan anak2, yang boleh membawa dia ke arah cemerlang akhirat dan dunia
amiinn