Ahad, 17 Jun 2012

Selamat Ulang Tahun NeNe..

Hari ini aku berdoa
Untuk seorang sahabat
Aku tak mendoakan kekayaan
Atau tak mendoakan kau akan jadi glemer dan berpangkat tinggi
Atau ada suami yang ada 5C…
(aku tahu kau tak kesah..kan..)

Kerana aku nak Allah bagi kau lebih dari itu
Sepenuh hati aku meminta
Agar

Ya Allah, jagalah setiap langkah sahabatku
Bila dia mahu, tunaikanlah.. jika itu terbaik untuknya.
Bila dia hilang sesuatu, gantikanlah yang lebih baik disisiMu
Bila dia tersesat, lemah tak terdaya,
Kau binakanlah jambatan baru untuknya
Bila dia bersedih, Engkau sentuhlah hatinya dengan kelembutanMu
Agar dia jadi tenang dan gembira, dan rasa Engkau disisinya

Berilah dia semangat dan kerajinan yang kuat
Untuk terus berjuang dalam kehidupan
Di sini yang sebentar
Dan juga di sana yang abadi.
Ya Allah, satukanlah, dan teruskan lah ukhwah ini
Hingga kami sama-sama menghadapMu nanti


eh.. tertinggal.. ni kena doa jugak

Ya Allah, berilah dia suami dan anak2, yang boleh membawa dia ke arah cemerlang akhirat dan dunia
amiinn


3 ulasan:

miszirdawaty berkata...

wehoo! :)
selamat hari lahir Nene.

Nani berkata...

haha!baru bacaaaa,ingat lupe =(
jzkk Ain and put jgk

the best wish so far!
bertakung ayor mate =')

amin amin ya rabb =)

ainShahajar berkata...

Haha...

Bertakung gak time tulis

cehhh.. Amin amin