--lirik ini saya taip sendiri brdasarkan hafalan otak, tak leh wat rujukan
salah satu lagu. yg buat mata berair. T_T
Malu rasanya mengatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
kupujuk jua, hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang ummah
selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya kuamalkan sunnahnya
moga didunia, mendapat berkat,
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadinya aku terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah aku, di taman syurga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan