Ahad, 6 November 2011
Allah pilih aku
dipilih untuk menikmati jutaan malah tak terkira nikmatNya
Allah pilih aku merasa itu dan ini
melalui itu dan ini
merasa apa yg org lain mahu. tapi tak mampu
Allah juga pilih aku
pilih aku untuk melalui beberapa dugaan
dugaan yg aku tak pernah mintak
tak pernah angankan
Allah juga pilih aku untuk menunggu
menunggu sesuatu yg terlalu aku inginkan
dengan penuh kesabaran
Dia pilih aku sebab Dia tahu aku mampu lalui
Dia tak akan duga aku dgn dugaan yg aku tak mampu
selagi jantung berdegup
aku mahu terus sabar dan sabar
memohon dan mengharap tanpa jemu
Insyaallah. ganjarannya pasti ada.
Rabu, 20 Julai 2011
syukur.. aku seronok
hp rossak.... screen dia masuk air... ini mungkin akibat dari kegelojohan.. dan kutukan aku pada seorang kawan yg tak pandai jaga henset.. aku pun 2x5..hah!
aku bergaduh dgn orang jepun dan US. wah. mcm hebat la tu kunun. ekeke.. sebab dorang asek salah hantar barang je. pastu hantar tak reti letak ais. benci betul. cane aku nak wat lab. lambat la aku grad kang . (tak nak grad awal pun)
BESDAY!!
3 kek
11 kali dibelanja makan
n 1 baby yg sama besday dgn aku. love her <3
nantila upload gambar
sekarang suka baca novel cinta
heppp!
dulu time skola tak penah baca
ni baru nak start baca..
dulu I baca buku dak skema je
baik.. a ah. budak baik
hahahahahahahahaha ( takpe.. skoolmate tak bace pun blog aku)
Jumaat, 17 Jun 2011
Norman (KRU), SKMM, dan remaja: semua gelojoh.
Satu hari seorang penjual DVD nak download.. tiba2 tak boleh download kerana di block
Satu hari seorang budak U yang terkurung dalam U nak download cerita.. malas lah nak keluar. Bazir duit je. Lagi pun kan tak elok bersosial. Tapi tak dapat download sebab kena block
Selepas itu ada pula seorang pekerja ni nak share file yang berpuluh2 Gbyte kat oversea. Mane boleh transfer guna email. Mesti kena guna megaupload.. tapi kena block juga.
para student yang buat thesis, yang menulis novel. lebih suka simpan dalam megaupload. hilang. di block
Ada pula seorang pengedar DVD lucah. Risau perniagaan DVD bluenya muflis gara-gara khabar banyak laman file share yang telah diblock… eh..eh.. ‘yihuuuuu’ kata dia. Tak kene block lah. Beres.. bisness blue jalan!
__________________________________________________________
Di block secara tiba2. Tanpa perbicangan.Sepatutnya berbincang, sebab ramai dah membayar untuk seumur hidup pada laman-laman file sharing itu.
Dan kebanyakkan yang terlibat dalam operasi download mendownload ini adalah dikalangan remaja. Belia. Mereka merasakan itu hak mereka
“kami rasa hak kami di rampas!!”
“kenapa nak block? Kenapa kerajaan nak ikot cakap artis itu?”
“weh.. kitorang tak download lah cerita melayu”
Darah muda hatinya panas. Diusik lagi macam tu. Akhirnya muncul hackers. ‘Genius-genius’ yang lebih pandai dari para PhD internet.. mereka hack laman-laman kerajaan. Mengugut kerajaan.
Aku tergelak. Hahaha. Maybe para ‘bijak pandai’ berkuasa di atas aku ni tak pernah sangka sejauh ini remaja-remaja itu boleh bertindak.
Sepatutnya mereka bincang dulu
Bila dah jadi, baru nak cakap.
“hantar rayuan pada kami”
“niat kami baik”
Remaja-remaja cakap
“oo.. sekarang tahu pula nak bincang”
“ingat aku heran sangat ke dengan niat korang tu”
- Artis (norman KRU) yang propose idea ini pada SKMM, sebab takut artis2 barunya tak naik, tak ada market dalam Malaysia sebab semua sebuk dengan K-POP.
- SKMM ikut sahaja, tak bincang dahulu. Tak Tanya pendapat rakyat...
- Remaja yang berhati panas pula terkejut. [Bagi beberapa orang, download adalah makanan mereka setiap hari]
Semua nya GELOJOH
Lama-lama aku dan beberapa yang lain. Yang bukan pendownload, yang minat lagu-lagu melayu. Akan jadi mangsa kegelojohan mereka.
p/s- yang lucah tak block pulak. Hmm kalau orang tua mereka kacau. Paling dasyat pun, tunjuk perasan tepi jalan. Tapi kalau ramaja.hahaha.. cara mereka lain. Halus dan tajam.
1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website
Apa pun. Aku tetap undi kerajaan untuk PRU tahun depan.
Sabtu, 11 Jun 2011
If You Are Kind, People May Accuse You Of Selfish Ulterior Motives;
Be Kind Anyway. People Are Often Unreasonable,
Illogical & Self-Centered, Forgive Them Anyway.
If You Are Successful, You Will Win Some Friends & Some True Enemies;
Succeed Anyway. If You Are Honest & Frank People May Cheat You;
......Be Honest & Frank Anyway.
What You Spend Years Building Someone May Destroy Overnight;
Build Anyway. If You Find serenity And Happiness,
Others May Be Jealous; Be Happy Anyway.
Give The World The Best You Have, & It May Never Be Enough;
Give The World The Best You’ve Got Anyway.
The Good You Do Today, People Will Often Forget Tomorrow,
Do Good Anyway. You See, In The Final Analysis,
It’s Between You And ALLAH SWT;
It Was Never Between You And Them Anyway
Selasa, 7 Jun 2011
aku jadi begini kerana
aku malas
malas nak bace jurnal
malas nak belajar dengan teliti kerja2 lab
menyebabkan banyak salah buat
aku jadi begini sebab aku malas
banyak rajin pada menda2 yang tak penting
aku berlagak macam bukan student
padahal aku student
ini ke kualiti aku
Sabtu, 4 Jun 2011
fuh fuh fuh.. kamon
penting sgt2
ok!! sehari ni aku dah malas tahap gaban. buar lab pun lembap. padahal leh siapkan cepat
so.
malam ni nak siapkan semua result, extended abstract dan jugak slaid..
pagi esok hantar kat dr!
pastu teman nana hantar barang
ptg esok bukak balik email. tgk dr reply ape..
malam esok dtg lab buat gel
pagi isnin run gel
selasa meeting n presentation
rabu..
lab balik
minggu depan nak balik
ok.. fuh..fuh..fuh.. kamon ain. jgn malas2
Jumaat, 3 Jun 2011
rindu raudah
sebab itu bila nak masuk. sanggup tunggu berjam-jam pun tak apa.
bila dah masuk..
percayalah
apa yang dimaksudkan indah.. bukan rasanya di lahiriah..
bukan indah dimata
tapi indah dalam hati
bila pijak saja taman itu
rasa hati amat tenang
rasa 'indah' dalam hati
itulah ajaibnya raudah
kuasa Allah yang beri nikmat pada hambanya
bila di sini
bila aku rasa tak tenang
ubatnya, ingat lah semula ketenangan raudah
walau tak sama... tapi masih boleh menambat kerinduan yg amat2 lah sgt!
huhu
sebelah raudah adalah makam Rasulullah S.A.W dan juga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
tenang yg anda rasa rapat dgn Rasulullah
Rabu, 1 Jun 2011
tak kiralah fanatik apa.
tak kompem cite tu betol, asalkan cite tu orang2 yg seotak dengannya suka dengar.. dia sebar.. ingat leh femes lah tu. padahal mengarot je...
bukti tak ada... dah nak cakap malaysia satu2nya negara islam yg halalkan pornography.. haa? aku malas nak ulas panjang.. tapi perkataan 'satu-satunya' tu amatlah tak logik..
bila bercakap.. mula pusing ayat aku.. last2 diam.. tak reti nak jawab ape dah agaknya
sila kaji dulu ye sebelum bercakap. terutamanya anda2 yg fanatik
senang cite.. tak payah nk kepoh sangat hal2 politik nih.. belajar pun tak habis.. hidup pun tak stabil lagi.. pikir diri sendiri la weh.. jgn nak harap kerajaan je.. tak kira lah kerajaan ape. kang tiba2 ekonomi jatuh. mula lah nak salah kan org tu org nih. padahal diri sendiri tak simpan duit awal2..
aku cakap kat diri aku gak. kalo aku tak cukup duit.. tu bukan salah org.. salah aku... fokus kat diri sendiri weh
Isnin, 30 Mei 2011
Sabtu, 28 Mei 2011
kungfu panda 2 dan sutera bidadari
nangis pun ade jugak
terutamanya masa mak po nak tinggalkan po
uhu
dapat 4 tiket free kat sunway pyramid... dah lama tak jalan situ
adoi.. setiap minggu ade je aktiviti dengan kawan2
n keja lab yg banyak nak mampus
sampai flu pun dah lali
still rasa kosong.. sunyi =(( ..
ops.. actually aku betol2 hargai kawan2 aku.. kalo takde korang aku maybe dah macam org gila skang nih. dan keja lab aku =)
dan tiba2 jumpa buku baru sambungan laksmana sunan ke 5
sutera bidadari.. wahhhh.. angau lagi lah aku dgn laksmana sunan
skang tgh habeskan yummy mummy... best la jugak.. beli sebab cover baby yg sgt comel
manage untuk hidup single skang nih. dah tak macam mula2 dulu. =))
Ahad, 22 Mei 2011
Kita dan anak yatim
kita fikir perot kita, fikir rumah kita rosak, fikir bila nak beli baju baru.. tapi pernah tak kita terifikir perut anak yatim, rumah anak yatim, baju anak yatim. mungkin HIKMAH TANAH RUNTUH ini menjadikan kita ingat pada mereka. bukan sahaja ingat pada bulan puasa dan raya.. mereka sudahlah yatim. ditimpa malang lagi =(
aku teringat lagu maher zain, tajuknya awakenliriknya mengambarkan tentang orang yang kaya
bila nampak orang miskin.. mereka bagi duit, dengan niat nak hentikan tangisan dorang. rimas mungkin
tapi. adakah itu jalan penyelesaian yang terbaik. asal melepas batuk ditangga
kita puas hati. but.. Is Allah satisfied?
ringankan tangan bagi duit. tapi mereka masih terus mintak sedekah. masih ada kat jalanan tu. dipergunakan
sebab itu. yang paling mahal adalah masa... bukan duit
tak ramai yang sanggup korbankan masa untuk mereka. asek fikir diri saje.. kerjaya sendiri
ya Allah.. aku tahu aku dalam golongan itu
tahniah pada yang dah berjaya bagi masa dan tenaga. saya cemburu
Jumaat, 20 Mei 2011
mimpi ngeri malam tadi
ada orang bagi racun kat family saya
tapi saya tak kena....
=(..tersentak dari tidur... pkol 5 pg..
berdoa itu takkan terjadi.. mimpi kan mainan tidur
ya Allah.. jauhkan lah dari apa2 malapetaka menimpa keluarga
amin
Selasa, 17 Mei 2011
nani jumpa anak bughung
nani jumpa anak bughung.. (sebab aku pelat r)
4 ekor..
nani amek insiatip nak jaga bughung tu.. sebab mak bughung tak sampai2 nak menyelamatkan anak nya
pegi ke pet clinic
jumpa Dr vet yg sgt ape ek.. syg dengan binatang.. dah kerjanya vet kan
aku suka binatang
tapi takot nak pegang.. tiap kali pegang macam terkena renjatan elektik
mengada
dr vet ajar cara2 nak bagi bughung makan
sebab kalo jumpa bughung... sila jangan suka2 hati je nak bagi makan
kene balajar dulu
sebab bawah lidah dia ada salur trakea... takot tersalah masuk pulak
aku tukang hancurkan cacing
sebab nani cakap dia tak sanggup nak hancurkan cacing itu
sekarang tinggal 3... lagi satu dah mati
please..please doakan 3-3 tu hidup sampai boleh terbang
huhuhu
Selasa, 10 Mei 2011
saje nak tulis pasal tegur2 nih
mak tanya.. ade lelaki tak
nana cakap ade
mak tahu tu kawan2 je.. kawan2 biasa la beb
tapi mak cakap
'mak tak tahu nak cakap bagi ke tak'
sebab ape tau.. kalo cakap bagi.. bermakna dah serah anak buat iktilat.. bukan belajar pun.. jalan2 macam tu je kan
kalo cakap tak bagi... orang cakap tak bagi anak bersosial.. dan terus dianggap kolot.. jalan3 je.. bukan ape pun wehhh
dan menda tu tiba2 cancel.. sebab ade kawan2 dia batalkan
aku faham maksud mak pak aku
-kalo jalan2 kosong, bukan sebab belajar, seminar, aktiviti.. takyah pergi campur2 macam tu. kalo sebab2 tertentu.. masih ade batasnya.
aku pikir lagi
pasai tu la aku dulu dating aku tak bgtau mak pak aku.. biar la aku tanggung dosa sendiri.. kang kalo bgtau dorang.. then mak cakap. jgn wat... adakah aku ikot? dah tambah satu dosa.. derhaka.. pasai tu aku tak bgtau...tapi aku dating dgn hati bersalah..hua2.. kesannya.. hampeh.. tak seronok pun lepas tu
aku pikir lagi
hukum Allah tu lagi penting dari pandangan orang.. tapi takot dianggap kolot. takot orang cakap tak bagi anak kebebasan. kesian kat anak tu.. bagi la chance sikit.. spoting la sikit.... sayang anak..
sanggup ke tgk anak dibakar.. parent pun kene bakar lak kang..
tapi kalo parent dah tego secara berterusan.. lepas lah tanggungan dosa tu.. anak yg kena tanggung..kan kalo dia wat lagi
kesimpulan yg aku dapat
jangan berhenti menegur dan membimbing dan berdoa dan berharap. sekurang2 nya kita dah menegur, membimbing, dan berdoa terus menerus.. dan sekurangnya dah lepas tanggungjawab.. ko jadi ape pun.. ko hipokrit ke depan aku.. itu ko dengan Allah.. aku dah wat terbaik
tegur la weh anak / adik / abang / kakak / kawan masing2 sekurang2 nya dah terlepas
Rabu, 4 Mei 2011
tak peduli lagi
rasanya kalau sy jadi parent
sy dah start pantau apa yang anak2 sy baca dalam paper
dan berita tv
kalau dulu mak abah galakkan tengok berita tv
sekarang berita tv umah sy dah lama tak ter ON
macam katak bawah tempurungkan
semua berita dengar dari mulut orang
atau beli surat khabar.. langkah yang depan tu
baca yang penting saje
harap adik2 semua tak payah lah mencemarkan otak dengan berfikir
atau berdebat tentang benda2 yang entah pape
yg tak tahu betul ke tak
leceh.. buang masa
jalan kan tangungjawab
biar luncai dengan labu2
Khamis, 28 April 2011
malas
makin malas... sebab dah sebulan projek tak jalan agaknya
tapi malas nye sesangat
datang lambat
nak main FB pun malas.. lebih malas la kot dari time bizi dulu
bulan ni rasa nak tido je
tengok Medical Team Dragon, Jin, movie2 yang lain
dan isi masa dengan angau kat asada sensei.. suka ati aku la
seronok angau kat dia.. ekekekekeke
nak masak malas.. makan suka...
uiii malasnya
minggu depan habeslah aku..hahaha
tengah cari mood nak rajin..
Allah maha adil kan
ade masa dia bagi kita bizi
ade masa dia bagi kita lapang lapang
Sabtu, 23 April 2011
mereka punya gelak kan
aku cuba bayangkan muka sahabat2 yg dah lama tak jumpa
ok
muka put begini, muka tisya begini
kedua2nya suka tutup mulut bila gelak kuat
ye
mereka gelak kuat
put ada macam aku... mase gelak suka cakap.. 'bongok!!'
tisya akan gelak lembut dan nyaring~.. sebab badan kocik kot
zati pendiam. tapi punyai senyuman yg manis.
tak penah pulak dengar dia gelak besor-besor..
yg ketara
dahi dia yg berkerut bila ade masalah..hahaha
zura
kalo bab gelak awal2 je kuat.. lepas tu pelahan balik
sebab dia cepat perasan gelak dia tu tak elok
tapi gelak zura kadang2 tak natural.. macam dibuat2
tapi memang dia gelak!!!!
aku... soal gelak
even lawak secoet pun boleh
tak kira lah kalo time tu ade masalah yg besar sekali pun
dan ada habit senyum dan gelak sorang2
tak terbayang nani pun
satu rumah kot..haha
..eh. ye lah tak penah jugak dengar nani gelak sakan
dia jenis kalo terlalu lawak
gelak sampai kuar air mata
so kene slalu standby tisu
hehe.. itulah.
salah satu yg kita ingat tentang seseorang adalah senyuman dan gelak dia
"awak, saya kalo gelak boleh dengar sampai bangi tau, hahahaha.. awak kat bangi tu dengaukan?"
lawak bodo je.. tapi aku gelak kuat2..
sebab mamat nih pun gelak kuat.. hahaha
Selasa, 5 April 2011
pada aku satu kes yg besar
bila anda sukakan seseorang. memang sebaiknya carilah orang tengah. carilah yg jujur, tidak mengkepoh cerita. sebab, andai ditolak.. anda tak malu
aku rasa bersalah sangat sebab membuatkan dia berasa malu. lepas tu.. macam mana.. hati memang tak ada perasaan. dia memang baik.. mungkin susah nak dapat macam sebaik dia lepas ni. pastu macam mana.... hati tak ada perasaan.
makin bersalah bila majlis yg patut dia hadir.. dia tak hadir.. sebab aku hadir.. emm.. mungkin sebab lain kan
orang tengah niatnya baik... tapikan elok kalo senyap2 dulu.. aku rasa dia malu.. malu dengan usikan orang2 sekeliling
aku sudah pun mintak maaf.. tu saje mampu buat =( kalau berkawan dulu.. tiba2 aku hanya bagi harapan.. kau kecewa.. kau sanggup kecewa? aku pernah kecewa.. pedih sangat2.. nak elak buat kat orang
akan ada perempuan yg untuk dia.. lebih baik dari aku.
Rabu, 23 Mac 2011
malaysia-sri langka-riyadh-mekkah
- kami bergerak ke Sri Langka (3jam), transit di sana semalaman di hotel apa. aku pun dah lupa. sampai di sri langka. mereka jakun melihat kami. hehe... keadaan bandar colombo kata abah, macam KL masa tahun 60 an. Hotel kami tepi pantai, cantik.. ala2 bali gitu
- tapi bukan ini tujuan asal. niat kami bukan kesini =)
- aduh, dugaan. kata ustaz penerbangan dari Sri Langka ke Jeddah di batalkan. so kami kena pergi Riyadh dulu (5jam) =(
- sampai di Riyadh. pemeriksaan memang ketat. ceh! orang arab nih. tapi... sampai saja di riyadh. air mata dah mengalir. ini bumu anbiya. aku tiba disini. syukur
- kami bersiap2 ihram di riyadh. dan menunggu flight ke Jeddah (1jam)
- dalam penerbangan, pilot bekata. 'kita tiba di miqat' (arab la) kami berniat. dan bertalbiah. seram bulu roma kau!
- tiba dijeddah. mata terlalu mengantuk, jalan semakin longlai. walau apa pun, talbiah dalam hati diteruskan. tetap terus. kami tunggu bas untuk menuju ke mekah
- sejam perjalanan. kami tiba di mekah. uhu... sedey la seh.
'mula-mula pergi aku membayangkan begini perasaan aku, perasaannya macam ini.. takjub macam ni, sedih macam ni' 'tapi sebenarnya. lebih dari apa yg dibayangkan, lebih besar hingga tak terbayang dengan kata2. nikmat Allah yg maha besar'
Selasa, 22 Mac 2011
mesti kene ada macam rancangan The Arena di Malaysia nih
nampak macam biasa kan
meh2 tengok sendiri
emm.. aku pilih satu2 nya sekolah muslim yg masuk rancangan ni. tengoklah budak ni berdebat. tak rugi =)
Isnin, 21 Mac 2011
inilah kaabah
yang selama ini menjadi kiblat ku
inilah kaabah
yang selama ini menjadi kiblat ku!
inilah kaabah
yang selama ini aku terbayang2,
yang aku lihat dalam gambar dan tv
sangat indah
pemandangan indah pernah aku lihat
Allahhu akbar....... Allahhu akbar.... Allahhuakbar
percayalah... takkan pernah jemu memandang kaabah
malah makin rindu
Ahad, 20 Mac 2011
'You always hurt the one you shouldn't hurt at all."
KENAPA AKU DIUJI?Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah :153)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(Al- Baqarah:155)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Al-Imran: 200)
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Nahl: 96)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)
from here kenapa aku diuji
Jumaat, 4 Mac 2011
im home~~
sampai takde suara.. kahak banyak naw.. yekss..haha
gara2 stay lab smpy pkol 2, tak cukup tidue semua
tak apa.. berkorban untuk cuti yang panjang selepas ini
ok. yg lepas.. biarkan
hari ni besday abah!!!
1. siapkan manuskrip, slaid, dan apa2 untuk labmate yg baik hati nak tolong buat kan semua.. thank to you faris
2. wat kek untuk abah...!!
3. terima kedatangan mak long
banyak nyeeeeeeeeeeeeeeeeee!!
doa dipermudahkan.. ameen
Sabtu, 26 Februari 2011
pesakit di tepi jalan
waktu nak ke jalan sek men sultan muhammad
ade perempuan bangsa cina sawan kat tepi jalan
menggigil2 terbaring
mak suh berhenti
tengok kan
aku tak turun..... tak tau nak wat ape
parking situ dan pasang lampu kecemasan
orang yang dok lalu ingatkan aku langgar amoi tu
ceh
call ambulan.. 10 minit dah sampai
angkat amoi tu
mak cakap sawan dia lama.. dalam 5 minit bahaya tu
kesian. huish.. mujur tak kena langgar
atau langgar lari? dia terjatuh dan sawan?
entah
nampak ok.. tak cedera
Khamis, 24 Februari 2011
im fedap u know!!
datang lab pkol 830( kadang2 lewat jugak) balik pkol 10 malam.. 2,3 hari je rasa balik pkol 6ptg
dan 2 malam balik pkol 1 pagi
huhu... penat.. kandang2 asek selsema je tau
tak cukup tido =(
bila macam tu.. dalam lab.. mati lah aku kalo aku wat keje je
aku ni insan biasa
tengok lah movie cerita2 nih
macam2 cerita aku tgk...
sampai buffer melimpah kat column pun tak sedar..
lupa tutup suis
so lama2 aku cuba bajet.. ini macam punya nyanyok lagi la lama keje aku ngok
tapi bab makan....... yes.. aku tak risau.. always cukup
selsema bukan sebab tak makan buah ye, sebab penat
Dr aku asek pujuk sambung PhD
aku tak mahu.. macam2 alasan aku bagi
bila jawab, nak kerja dulu tanggung mak abah - dr cakap, PhD pun dpt elaun, 2.5K sebulan.. yuran free, sape nak bagi. habes PhD kerja senang dpt.. 1st gaji dah 6k.. master bukan senang dpt kerja
aku diam.. aku nak cakap aku fedap je.. fedap.. nanti lain pulak ceramahnya.. penat
dan ting!!!! aku terpikir, kalo aku kawen.. aku leh cakap. saya nak tumpu pada keluarga. saya nak pregnant jadi tak elok keje lab.. suami saya tak bagi balik malam je.. cian la kat suami saya kan..hehe
doakan aku kawen cepat.. salah satunya nak elak sambung PhD.. !!! pleaseeee!
- aku yang fedap dan penat!!!!-
Jumaat, 18 Februari 2011
waterfall yang hebat =)
kan.. kan!!
atau dia bermain dengan ilusi kita?
fizik.. untuk orang yang bijak
bukan aku
walaupun dapat A1 dulu~~tapi tak minat. belajar macak termuntah2 tapi kena telan jugak. benci
coz kene fikir!!!
tapi itu lah basic
kimia, biologi, takkan lahir tanpa tahu fizik
Khamis, 17 Februari 2011
Aku sanggup Duhai Muhammad
bila hati rasa sedih.. rasa terasa dengan orang
bacalah buku ni
perit getir, dan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W
tapi ingat
apa-apa yang kta baca..
hayati betul2, dan jangan terima bulat2
berfikir
sebab yang menulis buku ini insan biasa
Sifat Rasulullah S.A.W lebih tinggi dari cerita dalam buku ini
tapi, masih menangis, hu~
izin kan aku menzirahi Mu nanti ya Rasulullah
ini tajuk2 nya
pernah terdengar.... tak baik menyukarkan orang yang mahu beribadah
tapi hari ini.. aku terasa hati sangat2
sedih sangat
kenapa begitu susah
mungkin salah aku.. salah aku yang lambat bagai tau
dan waktu yang tak betul
dugaan kan
besar lagi dugaan yang dihadapi baginda
aku baru begini sudah rasa lemah
kerdilnya aku.. sebesar kuman nak dibandingkan dengan ketabahan Rasulullah =(
mudahkan aku menuju jalanMu ya Allah
Rabu, 16 Februari 2011
weekend lepas, kami jalan-jalan............
mine.... yg tengah2 tu.. died ice choc... sedap
weekend lepas
nani bercadang nak belanja kami makan..
menunaika janji2 manisnya
jadi kami ke delicious mid valley
pertama kali, sebab tempat ini mahal
tidak sesuai orang seperti aku..
melainkan ade orang belanja.. hehe
ahad, ambil zati..
kami karoke
dan ke karnival wow
aku teruja dengan layang2.. wah
rasa nak ada satu je
=)
weekend yang best... minggu ni mesti boring =(
ini lah nani (kanan).. yang selalu belanja aku makan
dia baik
dan tak marah kot kalo nak pinjam baju itam ni..
haha
sila jangan jeles ye
he
Selasa, 15 Februari 2011
menyamar jadi aku
dalam formspring (Je)
dia tanya soalan pada housemate aku.. seolah2 yang menanya itu adalah aku
=(
sila tanya tuan punya badan ye.. macam housemate aku wat
letih dengan gosip
eceh.. aku tak hot macam tu
sedar diri
Isnin, 14 Februari 2011
loser
tak dapat hilangkan perkataan tu dalam otak
loser
selalu kalah, mengalah
tak kira lah dalam apa pun
pelajaran, kerjaya, relationship
kadang
nak duduk ditepi sudut
menangis semahu-mahunya
sebab
bila berjalan
kaki macam dah dipotong
tapi sampai sekarang tak
untuk apa menangis untuk sesuatu dan seseorang yang tak hargai diri ni!!
tak
aku yang salah.. aku
kenapa aku macam ni
bukan selalu kita mampu berfikiran positif kan..........
terasa bodoh bila macam tu
jalan yang ringkas... bawak segenap hati jiwa dan raga padaNya
damai
tapi.......... sabar aku ni entah sampai bila
Ahad, 13 Februari 2011
interlok... rentikan je lah
~
hu
pendapat peribadi aku.. banyak lagi novel2 lain kan..
nape nak guna jugak yang ni....
buat orang marah.. tunjuk perasaan
hormat tu patut kan
sia-sia dan buang masa...
Jumaat, 11 Februari 2011
i i i like itt .. yeah...
saya suka lagu ini
dan org yg nyanyi lagu ni
suka muka
perangai hampeh la kan
nama pun tak beriman
Selasa, 8 Februari 2011
aku dan reunion sekolah yang best !!
nak cite pasal reunion.
aku dulu skolah kat MGHS.. atau dalam bm nye sek tinggi perempuan melaka
aku jadi pengawas
jadi bila macam tu aku dapat kawan dengan semua kelas
hal2 rasuah dulu.. ade la wat.. hek hek.. sebab aku tak tahu tu rasuah
pengawas kan..
'takyah tulis nama aku ain'
'jangan bagitau Wee'
'ktorang belanja ko makan'
hahahahaha
naif tau
mane aku tahu tu rasuah
=p
sangat seronok dapat jumpa dorang
sedey jugak.. sebab sekejap sgt
tapi best!!
tak ada baju nak pakai.. suma bergaya2
aku rembat baju mak, suar n kasut zila, tudung nana, bedak n losyen nana
hahaha
ok.. ni gambor nya
kat Crystal bay.. kedai alaaa kassim
5 feb 2011 8-10mlm
aku benci bedak compact... foundation
tapi rimas sgt2..
dah lama tak pakai..
then cuba2 beli compact ZA
ingat nak pakai untuk reunion
pakai2 TERUS CUCI
sebab aku rasa sangat berat dekat muka
aku pakai moist before letak powder tu
still rasa berat
n bersen
lipstick pun kalo pakai..rasa nak bukak
pikir2 balik.......... agak2 kang kalo kawen cane
takyah mekap boleh?
hahaha
kalo muka cantik takpe lah kot
tak pasal2 jadi pengantin paling huduh
so........ aku stay je lah dengan bedak ni
simple.. tiap kali kuar. moisturizer ngan bedak silkygirl ni.. sebab dia pink2.. bajet muka boleh pink2..keh2
ade ke bedak yg ringan.. rasa macam tak pakai apa2.. aku yg tak reti pakai compact2 atau foundation nih. kan
dulu mmg pakai time keje...... itu pun tak selesa =(
Sabtu, 15 Januari 2011
dah daftar
keh2
aku dah daftar master
t i uplod pic kad matrik
wahh
student aku nih!!!
Jumaat, 14 Januari 2011
sambil kerja..kita cuti2 =).. best kan..kan
itali.. tak sedap