Satu hari seorang penjual DVD nak download.. tiba2 tak boleh download kerana di block
Satu hari seorang budak U yang terkurung dalam U nak download cerita.. malas lah nak keluar. Bazir duit je. Lagi pun kan tak elok bersosial. Tapi tak dapat download sebab kena block
Selepas itu ada pula seorang pekerja ni nak share file yang berpuluh2 Gbyte kat oversea. Mane boleh transfer guna email. Mesti kena guna megaupload.. tapi kena block juga.
para student yang buat thesis, yang menulis novel. lebih suka simpan dalam megaupload. hilang. di block
Ada pula seorang pengedar DVD lucah. Risau perniagaan DVD bluenya muflis gara-gara khabar banyak laman file share yang telah diblock… eh..eh.. ‘yihuuuuu’ kata dia. Tak kene block lah. Beres.. bisness blue jalan!
__________________________________________________________
Di block secara tiba2. Tanpa perbicangan.Sepatutnya berbincang, sebab ramai dah membayar untuk seumur hidup pada laman-laman file sharing itu.
Dan kebanyakkan yang terlibat dalam operasi download mendownload ini adalah dikalangan remaja. Belia. Mereka merasakan itu hak mereka
“kami rasa hak kami di rampas!!”
“kenapa nak block? Kenapa kerajaan nak ikot cakap artis itu?”
“weh.. kitorang tak download lah cerita melayu”
Darah muda hatinya panas. Diusik lagi macam tu. Akhirnya muncul hackers. ‘Genius-genius’ yang lebih pandai dari para PhD internet.. mereka hack laman-laman kerajaan. Mengugut kerajaan.
Aku tergelak. Hahaha. Maybe para ‘bijak pandai’ berkuasa di atas aku ni tak pernah sangka sejauh ini remaja-remaja itu boleh bertindak.
Sepatutnya mereka bincang dulu
Bila dah jadi, baru nak cakap.
“hantar rayuan pada kami”
“niat kami baik”
Remaja-remaja cakap
“oo.. sekarang tahu pula nak bincang”
“ingat aku heran sangat ke dengan niat korang tu”
- Artis (norman KRU) yang propose idea ini pada SKMM, sebab takut artis2 barunya tak naik, tak ada market dalam Malaysia sebab semua sebuk dengan K-POP.
- SKMM ikut sahaja, tak bincang dahulu. Tak Tanya pendapat rakyat...
- Remaja yang berhati panas pula terkejut. [Bagi beberapa orang, download adalah makanan mereka setiap hari]
Semua nya GELOJOH
Lama-lama aku dan beberapa yang lain. Yang bukan pendownload, yang minat lagu-lagu melayu. Akan jadi mangsa kegelojohan mereka.
p/s- yang lucah tak block pulak. Hmm kalau orang tua mereka kacau. Paling dasyat pun, tunjuk perasan tepi jalan. Tapi kalau ramaja.hahaha.. cara mereka lain. Halus dan tajam.
1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website
Apa pun. Aku tetap undi kerajaan untuk PRU tahun depan.
2 ulasan:
Ulasan yang menarik! Mantap2.
alhamdulillah. sekadar nak luah apa yg terbuku di hati.
Catat Ulasan