Ahad, 25 April 2010

Ketupat cinta, se'enak' namanya


bagi penggemar sastera bahasa dulu2, tapi nak ringan2, nak boleh gelak2..

.. boleh lah cuba bace buku Ketupat Cinta ni

penulisnya adalah Faizal Tehrani

mengisahkan tentang pelbagai jenis makanan melayu, berserta dengan sejarahnya sekali. Sejarahnya mungkin betul. atau banyak yang dari imaginasi penulis sahaja..he

kisah sejarah Islam (karbala), kisah bagaimana paremeswara menakluk melaka.. isterinya yang 4, politik istana, kisah gerau istana (chef) dan banyak yang kita boleh belajar dan tahu beberapa fakta, yang tak ditulis oleh penulis sejarah melayu Tun Seri Lanang.

“ Pun kulitnya tegang macam disuntik botox, tetapi tiada ia mengaku malah dikatakan hanya banyaknya makan protein dari tempe itu” (ms 95, Ketupat Cinta) --- aku tergelak, sebab terbayangkan seseorang...haha

“Tun Lepat itu bijaknya sebagai gerau tidaklah kerana dia tahu cara menumis, menggoreng, mengukus, membakar dan segala lain semata-mata, tetapi dia alim juga akan hukum sampai sekali pandang pun tahu akan dia membezakan haiwan mana yang munkhaniqah atau binatang mati kerana tercekik, tahu juga haiwan mana yang mauqudzah yakni binatang mati dipukul tongkat, tahu juga dia haiwan mana yang mutaraddiyah iaitu binatang mati kerana jatuh dari tempat tinggi, tahu juga akan dia haiwan nathihah atau binatang yang mati kerana digigit binatang buas


selamat membaca rm 23 kot.. lupe, beli masa PWTC hari tu

3 ulasan:

AidaN aMoy eTuc berkata...

hihihi..
ak tau yg part makan tempe byk2 tue sape kate..wakakakka~
best jer preview ko psl buku nie..
ak konvo, bg jela buku nie..
muahahahha...

asilahmuhajer berkata...

tak perasan lak masa book fair aritu. macam best.

Tanpa Nama berkata...

pinjam!

[sumpah put cumiL!]