Khamis, 29 April 2010

pura-pura

dia baik

solat alhamdulillah, hormat mak abah... sopan.. berduit

dia kawan aku

tapi.. aku cukup terkilan
awek dia nampak baik je depan aku, depan dia jugak
tapi rupanya... sexy tak hengat.. keluar dengan laki2 lain..
tapi kawan aku ni tak tahu dan percaya bulat2


dan aku tak tahu nak cakap ke tak
bukan baik sangat pon dengan dia
tapi kesian pulak kan..
diam2 sudah
bagi hint sikit2

alahhh
resam dunia
bangkai gajah bukan senang nak tutup..

oopsssss

Rabu, 28 April 2010

malas sudah...

setiap hari melakukan perkara yang sama.. rutin

tak lah. aku tak penah rasa stabil. setiap hari ada je menda yang tak same

dulu, pas subuh boleh masak2, sapu2 umah bawak bekal untuk tengah hari.. jimat

sejak dah ada keta.. jadi makin malas pulak. eh tak.. mungkin sebab dah sta pegi gym malam2..haha

gym? pukol 1 am baru tido. lepas bergayut dengan beberapa orang

penat.. lepas subuh terus tido. bangun 830 am. pkol 10 am baru datang keje.

sebab tu aku tak komplen kalo terpaksa balik lewat pkol 6 setiap hari. supaya aku tak dikatakan makan gaji buta.

aku tak suka kekal dengan hidup macam ni. aku nak macam dulu. tido awal. bangun awal. sebab aku bukan jenis siap cepat. jenis siap lembab. sebab nenek kalo siap cepat nanti banyak menda tertinggal

tiba-tiba lidah rasa nak makan ASAM PEDAS. ikan kembung je dah la kan.. wah.. masak saje. sedap tak sedap belakang kira

hari ni dalam lab. aku stress. kenapa dulu buat jadi.. sekarang tak jadi. daun itu terpengaruh dengan hormon aku kah..

bulan ini sangat malas.. menjadi anak dara yang malas bukan nya elok. tapi aku suka.haha..

lab mate ajak pegi makan

jap.. aku terpikir.. boleh ke aku kawen nih.. perangai macam ni. ikot otak sendiri..ish


Selasa, 27 April 2010

cute nya.. sampai menangis2 tengok.. cute sangat2..hehe


cute kan2..

haha



celupar

'wah!!! betol ke.... tak sabar nihhhhhhhhhhhhhhhh!!!'

'tutup mulut.. orang tahu dorang ingat lain pulak'

'owh.. ok'


tapi sorang dah tahu..

tutup mulut ain!!!!!!!!!!

- kenapa aku ni jenis yang susah nak tutup mulut.. lebih2 lagi menda yang best2 nih..aduhaiii

Ahad, 25 April 2010

Ketupat cinta, se'enak' namanya


bagi penggemar sastera bahasa dulu2, tapi nak ringan2, nak boleh gelak2..

.. boleh lah cuba bace buku Ketupat Cinta ni

penulisnya adalah Faizal Tehrani

mengisahkan tentang pelbagai jenis makanan melayu, berserta dengan sejarahnya sekali. Sejarahnya mungkin betul. atau banyak yang dari imaginasi penulis sahaja..he

kisah sejarah Islam (karbala), kisah bagaimana paremeswara menakluk melaka.. isterinya yang 4, politik istana, kisah gerau istana (chef) dan banyak yang kita boleh belajar dan tahu beberapa fakta, yang tak ditulis oleh penulis sejarah melayu Tun Seri Lanang.

“ Pun kulitnya tegang macam disuntik botox, tetapi tiada ia mengaku malah dikatakan hanya banyaknya makan protein dari tempe itu” (ms 95, Ketupat Cinta) --- aku tergelak, sebab terbayangkan seseorang...haha

“Tun Lepat itu bijaknya sebagai gerau tidaklah kerana dia tahu cara menumis, menggoreng, mengukus, membakar dan segala lain semata-mata, tetapi dia alim juga akan hukum sampai sekali pandang pun tahu akan dia membezakan haiwan mana yang munkhaniqah atau binatang mati kerana tercekik, tahu juga haiwan mana yang mauqudzah yakni binatang mati dipukul tongkat, tahu juga dia haiwan mana yang mutaraddiyah iaitu binatang mati kerana jatuh dari tempat tinggi, tahu juga akan dia haiwan nathihah atau binatang yang mati kerana digigit binatang buas


selamat membaca rm 23 kot.. lupe, beli masa PWTC hari tu

Jumaat, 23 April 2010

Steamboat dengan labmate.. =)

Ji Min.. (lelaki berbaju hitam) mencadangkan adegan burung ini..hahaha


semalam.. malam tadi.. kami telah menyerbu restoran tupai2.. berdekatan saje dengan KTM UKM dan sebelah kedai kete chevrolet (betol ke eje)

tujuan adalah meraikan kedatangan 3 pelajar dari korea.. Kyoung Mi, Ji Min dan Song-Young


3 kali tambah. ada yg pedas dan sup biasa.. memang sedap
aiskrim
tapai, nasi
sedap2




seronok.. dipenuhi dengan gelak tawa..

dan pelajaran bahasa korea dan melayu

hahaha. ade la belajar beberapa perkataan

mereka sangat baik dan mesra

thanks.. atas malam yang sangat best!!!!!

-

Khamis, 22 April 2010

LTC

ape itu LTC

sejarahnya bermula waktu aku sekolah rendah dulu.. sampai sekolah menengah

dalam tepon

'esok jom kite g MP (mahkota parade melaka), aku dapat tiket wayang free'

'LTC ain.. LTC, aku bz.. kang aku call balik'

maksudnya.. line tak clear.. ada parent disitu. takot kantoi dengan mak dan abah. termasuk la jugak bila cerita pasal pakwe dan makwe nih.. kalo Hint dengan perkataan LTC.. masing2 faham. Tak boleh cakap banyak.. nanti kantoi... mati



semakin tersebar perkataan tersebut.. kawan2 neena.. kawan2 aku, boypren2 neena.. boypren2 aku.. korang belum tahu kot.. hehe


aku harap mak abah tak faham lagi maksud LTC itu. supaya mudah berbicara bila dekat rumah..huhu

-kami budak baik-


______________________________________________

extraction 25g burn macam tu aje. sebab labmate salah buat buffer..adoilaaa.. penat 2jam menumbuk tau!

lum sempat amek borang master lagi

hari ni besday mak..... hu


Selasa, 20 April 2010

Resipi Berkasih

Bawa bahagia
Ceriakan hidup insan
Benarkah katamu
Redupkan derita
Jika tiada rasa sayang
Tiada kekasih

Ahhh...
Cinta yang sejati
Membawa cahaya
Menyinari hidup kita
Tunjukkan setia
Karamkan di jiwa
Tanda bahagia

Dah lama ditanam kasih
Mengapa orang tak setia

Sabarlah sabarlah sayang
Pasti kan bersemi jua

Dugaan pastikan mendatang
Walaupun bukan diundang
Hilang lah nikmatnya bercinta
Itu mainan bercinta

Rayu merayu pujuk memujuk
Aku tak tahu aku jemu
Bukan ku mahu gagal bercinta
Tidak ku mahu hidup melara

Saling percaya
Saling mengerti
Hindarilah cemburu buta
Usah prasangkah
Hilangkan rajuk
Moga tercapai saat bahagia

Akan ku cuba hidup bahagia
Akan kutempuh lumrahnya bercinta

dah macam blog lirik lak..he. suka lagu nih =)

actually. memang minat dengan achik spin dulu.. dia comel, suara seksi (seksi pada aku)..

al- fatihah untuk dia.. tak sangka.. kesian kat isteri dan anak dia

-= kenapalah inbiosis tak besar lagi.. asek terserempak je dengan BOSS.. ade lak banyak keje
-= kena belajar bahasa korea.. students korea dah start lab.huh

Isnin, 19 April 2010

Lindungi Ikon Malaya

Panthera tigris malayensis
Subspesies yang hanya terdapat di semenanjung Malaysia

"Kemungkinan hanya 200 ekor yang masih selamat daripada peluru pemburu, kegiatan pembangunan dan sektor pertanian serta pertembungan dengan manusia. Ia sering berakhir dengan pembunuhan tanpa catatan rekod rasmi," kata Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah.

kejam
Sempena TIGER BLOGFEST

seperti yang semua sedia maklum. harimau kini mengalami kepupusan.. seperti juga beberapa haiwan liar yang.. lain..

ini bukan cakap kosong. ini adalah fakta.
mujur.. kerajaan Malaysia telah mengadakan pelan tindakan bagi mengatasi masaalah ini.

sila rujuk sini

tapi.. perlu ada sokongan dari semua

-jangan beli barangan berunsurkan kulit harimau.. atau apa2 jenis kulit pun.contohnya.. orang suka buat kulit harimau yang cantik ni untuk permaidani

-tak perlu lagi menjadi penggemar makanan exotic.. =)

-laporkan.. kalau ada aktiviti pembalakan atu perburuan haram di tempat anda.. macam mana nak tahu halal atau haram.. hubungi jabatan perhutanan juga jabatan perhilitan

seterusnya.. sila sebarkan

tiada permintaan tiada lah pembekal nya..

p/s - takot cucu tak pernah nampak harimau.. biarpun di zoo..uhu

Ahad, 18 April 2010

Allah maha adil

Allah maha adil

satu perkataan yang selalu aku dengar sejak bertahun2 yang lepas oleh orang yang sama
semakin hari, semakin aku yakin, percaya dan beriman pada sifat adil Allah s.w.t

sebelum ini aku bukan saje pernah marah. tapi aku nangis jugak bila kena fitnah dan tuduh2 macam tu. dah lah kena khianat...... kena fitnah pulak tu

benda yang aku tak pernah buat. dia ada-adakan cerita.
syukur, semuanya dah terbongkar. Allah maha adil dan mengetahui..

tapi lambat dapat tahu hal yang sebenar. semua tu sebab Allah nak menguji aku.. sejauh mana kesabaran. aku bukan lah baik sangat. tapi bila boleh bersabar itu.. dah cukup baik bagi aku

kepada orang2 yang suka sangat mengadakan cerita. supaya aku dibenci. supaya engkau saje yang disanjung. cukup2 lah... gentarkah bila aku dapat tahu hal sebenar?

takot saje pada Allah

sedangkan Nabi ampunkan umat.. ini kan pula manusia hina macam aku

dah.. cukup2 lah

Khamis, 15 April 2010

sunyi

jam menunjukkan pukol 9.37 pm

masih di lab.. ditemani oleh mesen2, liquid2 dan gas2..

balik lambat.. hu...

tapi bila terpikir. waktu bujang je macam ni.. esok dah kawen tak boleh dah..hahaha

ok..

malam ni aku dah wat keputusan

aku nak sambung master.. kira jadi lah nih..



--- harap gaji masih di bayar.. tulun..tulun..

9.38 pm

wish me luck..

tak siap2 keje..haha

esok nak balik. rindu mak. rindu abah. rindu adik2.. rindu anak2

sob

Rabu, 14 April 2010

Have you ever loved a woman – Bryan Adams

To really love a woman
To understand her – you gotta know it deep inside
Hear every thought – see every dream
N’ give her wings – when she wants to fly
Then when you find yourself lyin’ helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman you tell her
that she’s really wanted
When you love a woman you tell her that she’s the one
she needs somebody to tell her
that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman
Let her hold you -
til ya know how she needs to be touched
You’ve gotta breathe her – really taste her
Til you can feel her in your blood
N’ when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman
you tell her that she’s really wanted
When you love a woman you tell her that she’s the one
she needs somebody to tell her
that you’ll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith – hold her tight
A little tenderness – gotta treat her right
She will be there for you, takin’ good care of you
Ya really gotta love your woman…

Then when you find yourself lyin’ helpless in her arms
You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she’s really wanted
When you love a woman you tell her that she’s the one
she needs somebody to tell her
that it’s gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

Have you ever loved a woman – Bryan Adams

Selasa, 13 April 2010

Apabila dosa lama masih diperkatakan

satu masa dulu. waktu aku tengah tunggu kawan yang baru lepas mengajar mengaji dekat rumah banglo yang besar. aku terserampak dengan kawan lama lain. sedang berbual2, dia pun cakap

' ... kau tengok dia tu, dia tu tudung je labuh, alim kunun, dulu dia pernah #$%^&.. macam bohsia. rambut perang'

aku rasa nak sepak je. tapi aku diam kan. sebab yang tudung labuh itu lah kawan yang aku tengah tunggu.

kawan bertudung labuh itu bagi salam pada kami. tegur kawan aku yang menghinanya jugak. tapi dia just pegi macam tu aje

kawan bertundung labuh itu pun pelik. aku diam kan aje

'jom!! kita g JJ' aku cakap

_______________________________________________________

apa yang aku nak katakan disini..

mulut ko lagi busuk dari kawan aku bertudung labuh tu.

  • kau dengkikan sebab dia dah berubah
  • dengki sebab ramai yang suka dia
  • pastu ko nak dia terus jadi jahat supaya jadi bahan kalo ko nak mengumpat dan memfitnah

dia dah berubah. berhijrah ke yang lebih baik. kenapa nak cakap lagi menda2 yang tak baik tentang orang? kau lagi baik kah? layak ke kau nak kutuk2 dia.. cermin diri dulu la deyyyy. mulut macam tu lagi dekat dengan neraka.. tau tak!!

Aku rasa taubat kawan aku tu diterima. sebab dia betul2 berubah. entah..... aku pun penah kena. bila orang still cakap menda2 yang tak elok pasal aku. lantak lah. aku tahu siapa aku. itu dugaan.. kifarah jugak

aku kesian dengan kawan aku nih... dia dapat tahu apa yang si pengutuk tu kutuk dia. dia agak tertekan. tapi dah bangun balik. bagos..!

biarkan sayang...... Allah bagi ujian.. sebab dia sayang kita. tak mahu kita leka. tahniah. kau dah jumpa cinta dan bahagia yang hakiki.. bimbing aku juga =)

-= syukur dengan presentation semalam =)

Isnin, 12 April 2010

lambat lagi lah esok. please

3 post untuk satu hari
patotkah aku buat satu lagi blog.. khas untuk diari aku saje..haha

dah pukol 5, nani ajak pegi joging... dan aku makin kecut perot. sebab tak berapa ready untuk presentation esok

hari itu waktu present depan prof dari london. aku tergagap2... orang boleh nampak aku shaking kat depan. takpandang orang. cuma laptop saje

esok lagi takot. lagi takot dari presentation sebelum ini. Oh tuhan.. bagi lah aku kebolehan supaya aku boleh present depan orang dengan yakin

lagi satu. aku ade tersilap taip pada paper yang akan diedarkan esok. dan aku perlu cakap dulu

' sorry.. there are mistake....'


menyatakan mistake.. pada awal2 presentation

malam ni perlu berhempas pulas..




sengaja mencari gaduh

*buat yg berkenaan

sengaja cari gaduh

kau dah sakitkan hati aku

mahu contact lagi

YM – YM lagi

semak

aku dah maafkan kau

Tapi aku tak nak ada apa2 lagi dengan kau

hargai apa yang kau ada


Ahad, 11 April 2010

Kena format laptop.. tapi saya perlu gunakan laptop setiap hari. rata2 nak format rm30. kan bagos kalau pandai format sendiri. pernah ada orang nak ajar.But masa tu saya sangat tak ada hati. sekarang pun sama..

esok ada presentation. di antara yang besar. sebab melibatkan semua lecturer dalam inbiosis, cgat, rumah tumbuhan dan BSBT

projek baru, pasti banyak tanya. saya gelabah sampai tak ada semangat nak belajar untuk esok. teruskan buat slaid presentation

pastinya
saya kene hentam esok

thansk prof.. awal2 dah cakap

Khamis, 8 April 2010

auummm aummm.. hebat seperti harimau

Dia pandai berenang

pada 19-23 april. adalah hari di mana kita semua diseru bagi menyambut hari ingat lah harimau

harimau adalah binatang yang ganas. dikasifikasikan sebagai jahat oleh aku. Dalam national geographic sepesel. harimau sangat suka mengejar dan membunuh binatang lain. lembu pun dia pegi serang ramai2. sampai lumpuh dan mati lembu itu. hebat2.eh.. itu memang patot berlaku kerana itu lah kitar hidup alam. kalau banyak2 lembu pun tak elok. sangat sukar nak bersihkan bahan buangan lembu yang sangat besar dan lambat terdegradasi.

namun begitu di kebun gotah harimau suka buat onar.

kerana apa? kerana kita manusia dah kacau tempat dia tinggal. sebenarnya harimau ni baik. tapi sebab manusia membunuh dia dengan kijam. sebagai contoh,

"manusia2 kejam telah pun membunuh ibu kepada harimau. maka bapak harimau sangat marah. siapa nak jaga anak2 aku ni. disebabkan itu lah bapak harimau menjadi jahat"

manusia suka nak ambil kulit harimau tersebut sebab cantik. taringnya boleh buat rantai. misai harimau boleh buat tangkal. dan bahagian tu..tu.. boleh diambil buat sambal kunyit bagi meningkatkan tenaga batin laki2 kurang cerdik (mak cakap bodoh is bad word)

oleh itu. kita kene boikot barangan kulit asli (seperti kita boikot kulit babi) laporkan kalo2 ada info tentang pembunuhan beramai2 binatang2 yang hampir pupus ini (ular, harimau, singa, buaya, kasawari, orang utan u u u)

dan....... sila klik sini..... cepat2

TIGER BLOGFEST 2010

Rabu, 7 April 2010

Setahun sudah berlalu~

kalau orang bercinta.. setahun tu rasa macam sekejaaappp je

tapi kalau orang yang putus cinta. setahun tu rasa macam dah 10 tahun..lama sangat.

mungkin juga, masa setahun dalam keadaan solo tu. aku dah jadi makin matang, semakin kuat, semakin berfikiran waras, semakin bijak. aku lah yang rasa. dan paling syukur. rasa hubungan dengan yg Esa makin baik (rasanya lah, he)

walau sunyi sepi...kadang2 rase sunyi sangat.

tapi. aku bahagia sebenarnya. tak ada yang kurang. hilang yang itu. Allah bagi rezeki yang lain. bukan kah Dia maha adil.

untuk dia. kau tetap kenangan terindah. moga berbahgia.... terima kasih kerana meninggalkan aku. jika tidak. kita sekadar buang masa bersama. sebab kita bukan ditakdirkan bersama.

baik. banyak keje nak buat.hahaha.. mati aku.
harini labmate bercerita pasal housemate dia yg tak pembersih


aku juga melalui perkara yang sama….


tapi..

hmm isu sensitip ini

tegur sajelah selagi termampu~~~`

hua2

tak tahu nak cakap pe dah

Selasa, 6 April 2010

Hina sungguhkah RAFIQIN DARWISY

Siapa kah beliau


budak ini telah menulis status di FB


‘Al-Fuck to Din Beramboi’


Bila baca memang marah. sebab pertama menghina surah al-Fatihah, dan sebab kedua menghina orang yang dah meninggal dunia


Add Image

Dia, seorang budak yang baru berusia 13,14, paling tua pun 17 tahun mungkin. tapi wajahnya memang budak kecik lah. yang otaknya tak panjang. masih dalam fasa mahu kenal dunia, fasa mudah terpengaruh. fasa nak nampak hebat dan cool. orang anggap dia - budak jahat, murtad, tak ada agama..budak yang kompem akan masuk neraka sebab status tu je.


ADA yang cakap. Itu bukan budak.. tapi orang menyamar. ENTRY INI DITULIS, DENGAN ANGGAPAN ITU BUDAK 14 THN.


disebabkan status di atas, ade fan page untuk dia. Fanpage membenci dia di FB. lebih 10000 orang jadi fan.

dah 2,3 hari jugak aku pendam menda ni. tapi bizi nak menaip. aku geram.. bukan geram dengan dia. tapi aku geram dengan orang2 dewasa, atau lebih tua. yang pastinya lebih panjang akalnya. lebih matang dari dia..


kalau nak menegur status dia tu mungkin patot buat. ya.. memang patot. tapi kalau sampai buat fanpage membenci dia. ITU MELAMPAU!! Kutuk dia.. hina dia macam hina areal sharon pulak… itu saudara Islam kita. dia bukan fasha sandha, awal, memey, linda onn (nape bnyk pompuan). budak kecik de… tak same kuat dengan artis2 besar panjang tu


SEKARANG DIA BUAT LAPORAN POLIS . sebab fanpage itu.. (fanpage tersebut tlh ditutup) .. aku yakin. dia akan jadi makin teruk...


macam tu cara kita mengajar anak2 mentah? patot lah makin teruk masaalah sosial.


Adik aku pernah menangis mengadu pada aku. waktu tu dia hantar status pada fanpage :1juta benci AF.


‘ kalau tak suka tak payah tengok’


ramai kutuk adik aku.aku pun sampai nangis tengok kutukan tu. kalo ade fanpage untuk adik aku. mahu saman orang yang buat tu.. eh tak. aku nak pijak lenyek2..


paling akhir ( aku geram, mahu berjela3 nanti)


Cukup kalau fikir. Jika Rasulullah S.A.W ada dikalangan kita

  • apa perasaan Baginda jika lihat kita layan adik tu macam ni?
  • Apa tindakkan baginda untuk didik adik itu

Baginda mencintai kanak2


jika kita nak bercakap, nasihat seseorang . sila lihat – jantina, umur, pendidikan, persekitaran, anak nombor berapa, tahap fahaman agama


susah kan?oleh itu. JANGAN MELULU. takot dalam kita tak sedar. kita dah jadi ORANG YANG KEJAM.


Maaf kan dia… sayangkan dia. Cukup mendoakan dia, agar dia jadi saudara Islam kita yang baik.


wallahualam



Ahad, 4 April 2010

huaaaaaaaa.. bizi balik

minggu ni sebuk

dan juga hari2. bulan2 seterusnya

sebab boss dah balik dari jepun

huhu


-sempat jugak tgk cite-


jangan risau... aku tak kan lupa makan walaupun bizi






Sabtu, 3 April 2010

kereta pertama

Hee.. alhamdulillah.. sekadar termampu.. emm.. sebab makmal dlm utan. jd malu asek tumpang orang

masih berplastik hehe

'nenek' yg tak layak bawak. nanti ilang..huhu. tinggal umah lah

Kereta mak dan abah menggunakan nombor 6938...... jadi aku terpaksa keluarkan RM300 untuk beli num plate 6938 jugak..huuu
.
syukur.. jauhkan dari malapetaka ya ALLAH..ameen
GBS, jom ronggeng. (tapi aku tak se'pro' put..hehe)
.
p/s - aku try bace blog aku dgn google chrome translate malay- english. sangat kelakar bunyinya. =p