hati terasa lebam
lebam yang menyebabkan nangis teresak2
macam ada beban yang tak terangkat2
buat mata tiba2 bertakung
Buat kesabaran sipi2 hendak jatuh
diri menggila nak buat kerja bodoh
itu bakal menyakitkan belasan orang
jika kita pentingkan diri semata
aku berdoa pada Nya
moga ditenangkan hati
tapi aku tidak yakin dengan doa aku
dengan dosa yang bertimbun
mahu mintak macam2
itu yang aku fikir
tapi ada suara menyatakan
berbaik sangka lah dengan Allah
aku tersedar
rupanya aku banyak merintih dengan apa yang jadi
aku mula befikir.. tapi berfikir tanpa ilmu tak cukup
aku google semua
istikharah, redha, tawakal, qada dan qadar
aku menjadi lebih yakin
"pasti ada hikmahnya"
"pandang sesuatu itu positif"
"Allah sayang aku, lebih dari semua orang sayang aku didunia ini'
"aku minta apa aku mahu, tapi Allah bagi apa aku perlu"
cuma aku minta jangan hati ini terpesong lagi
syaitan, sila pergi jauh!!!
Biar aku dan dia sahaja harung semua ini
tak perlu orang lain tahu apa yang menekan
apa yang jadi, cepat2 lah hati ini redha..
apa yang jadi nanti biar lah mendekatkan aku pada Mu Tuhan
hanya pada sisiNya hati jadi lega
apa yang jadi tetap akan jadi
Tak jadi tetap tak jadi
hidup diteruskan untuk mencari bekal ke sana
semua orang di Uji, malah lebih berat
aku diuji sekelumit cuma
5 ulasan:
semoga sentiasa kuat!
kuatkan semangat... hadapi hidup anda dgn tabah...
ain kuat lah~
thanks semua
insyaallah =)
ain...hopefully ko sgt2 tabah dan fikirkanlh yg terbaik dlm apa jua keputusan yg ko buat tu......insyaAllah ko mampu lakukan
-Dila-
Catat Ulasan