Ahad, 16 Mei 2010

cikgu, oh cikgu

Seikhlas hati,
aku cukup terharu dan berterima kasih
bila cikgu2 dulu yang sanggup bagi kelas percuma
sanggup menerangkan pada aku sampai aku faham

sejujurnya
aku sayang cikgu2 aku
dalam doa dari dulu sampai sekarang
merekalah yang aku doakan selepas mak dan abah

setulus hati
aku pun pernah menyampah dengan beberapa orang guru
tuduh melulu
perli tak bertempat
sampai aku bangun dan perli balik
mukanya merah
aku puas
kawan2 jadikan itu bahan tawa
pada cikgu yang nampaknya asek gelak ketawa
dan berkebaya ketat

dan lama2 aku rasa berdosa
mana ada manusia sempurna
jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

aku mula rindu pada cikgu Gan
yang hantar aku kerumah sebab sakit perut
Cikgu Ooi
yang bersabar dengan kerenah bising aku

Cikgu Nazri, yang terkenal dengan lawaknya
Cikgu asmawi, yang comel.. sampai aku diskandalkan dengan nya..haha

aku tak sangka cikgu jasimah sangat caring orangnya
walau pernah patah rotan
sebab aku yang dungu dalam matematik
lepas tu.. dapat A dan A1 je tau =p


thanks cikgu...... =)
Kami menghargai penat lelah kamu


Tiada ulasan: