Isnin, 31 Mei 2010
Lifeline4Gaza
Jumaat, 28 Mei 2010
Polis : membantu kah!
Ahad, 23 Mei 2010
Redha
Selasa, 18 Mei 2010
Buat ape tergila2 kan sangat edward cullen ni kannn
Aku menjadi sangat gatal semalam... kerana mengupload gambar robert (edward cullen) dgn banyaknye dlm facebook.. sampai buat album lagi...hahahhaa
daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Yusuf telah diberikan separuh daripada kecantikan diri” [Al-Bukhari no. 7517 dan Muslim no. 162]
Separuh kecantikan diberikan kepada Yusuf.
Separuh lagi diagihkan kepada seluruh manusia lain!
kemudian aku berbincang dengan adik aku
Kira robert ni 0.000001% je kan (bg yang rasa mamat ni hensem laa)
dan sekarang... aku dah kurang angau dengan mamat ni. kui2
Korban masa untuk keluarga
Ahad, 16 Mei 2010
cikgu, oh cikgu
Khamis, 13 Mei 2010
Malam Jumaat
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq."
(Riwayat Al-Baihaqi)
Rabu, 5 Mei 2010
Jika mak segalanya di dunia ini
aku pernah cakap
mak segalanya di dunia ini
tapi Mengapa kadangkala tergamak aku meninggikan suara pada mak. Mengapa tidak aku bersabar dengan kerenah mak. Sedangkan dia sanggup bersabar tanpa batas untuk aku
Jika benar aku tuturkan mak lah ratu hati ini. Kenapa tak aku lakukan apa yang mak nak. mak nak aku tutup aurat sepenuhnya. Tak jemu2 mak mintak aku pakai stoking kaki dan tangan. Aku tak ikut…Sedang aku tahu, itu semua untuk kebaikkan aku
Tidak aku bohong diri ini. Memang betol. Ibu lah yang paling aku cintai.
Tapi… mak tahu tak. Anak mak ni selalu berahsia dengan mak. Anak mak ini kadangkala berpura-pura depan mak. Sebab nak menjaga hati mak. mak tahu tak anak mak ni kadangkala buat perkara jahat. Yang bila mak tahu.mak akan marah dan sedih…
Takkan aku nak bagitahu semuanya pada mak apa yang aku buat. Kalau mak tahu….. aku tidak akan bebas. aku diam kan saja….. demi menjaga hati mak. Dan itu namanya pembohongan
Itukah bukti kasih sayang aku pada mak. Mungkin perasaan mak, mak dapat baca bila aku jujur, dan bila aku tak jujur. Lagipun aku pernah berada dalam perut mak dulu. Mesti dia tahu……. Dan mak doakan supaya aku akan jadi anak yang baik.
Jika mak segalanya buat aku didunia ini.. tapi aku masih tergamak………….
Bukankah manusia tak sempurna
alasan
Hanya pada perkataan. Bukan pada perbuatan..