Jumaat, 6 Mac 2009

~Tauladan anbiya~


Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.

Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.

Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…

“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”

Burung kecil itu menjawab,

“Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”

*dgn izin Allah..api jadi sejuk..dan Nabi Ibrahim a.s dapat teruskan perjuangan. Allahuakbar
*
Rujuk surah al-Anbiya’ dari ayat 51 sehingga 70


Jika ada 1.6 billion burung pipit...berulang alik terus-terusan mengambil air dan menyimbah..bolehkah api itu padam?..insyaallah

dan jika 1.6 billion semua umat islam dunia boikot terus-terusan...bolehkah mereka muflis...insyaallah

walau kita terkesan sama..tapi kejap je..dan takkan seteruk dorang.. (he~ pandangan saja)


kalau tak mampu boikot sume..

jom..3 brg ..... coke...starbak..colgate


(pakar2 ekonomi tak setuju) ntah..aku bukan pakar..tapi niat ikhlas..mestilah Allah bantu kan2...




yey..balik umah yey!!!!!

Tiada ulasan: