Jumaat, 9 Mac 2012

yang kita nampak kecil


'Umar ibn Aziz, padamkan lampu yang menggunakan minyak kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga. Umar a l-khattab tak berani buat advance gajinya dari baitulmal bila dipersoalkan apakah jaminan yang dia akan hidup sampai bulan untuk membayar wang advance yang didahuluka kepadanya' - Nota Hati Seorang Lelaki

"Semua tanah milik saya hendaklah dijual dan wangnya hendaklah diserahkan kepada baitulmal, Selama ayah menjadi Khalifah, sara hidup ayah ditanggung oleh Baitulmal. Oleh itu, ayah mahu menggantikan semula wang yang sudah digunakan itu" wasiat Abu Bakar as-Siddiq pada Aisyah.

"Wahai anakku Abdullah, ayahanda berhutang dengan Baitulmal sebanyak 8000 dirham. Jual semula harta ayahanda bagi membayar hutang itu Sekiranya masih belum cukup mintalah daripada Bani Adi. Sekiranya masih tidka cukup mintalah daripada kaum QUraisy. Jangan minta sesiapa selain daripada itu" pesan Umar al-Khattab


Jika termakan makanan haram. kita boleh taubat terus dengan Allah, setelah kita samak mana yang patut.

jika duit yang kita dapat haram. dari dosa kerana tidak hati-hati dengan pencarian harta kita. bila kita sedar, mahu bertaubat. kita perlu bertaubat dengan Allah. dan pohon maaf dengan semua. Pohon maaf pada rakyat ( duit rakyat ), pemegang saham, dan semua yang hak.



istilah harta yang halal. aku akui, kerisauan dengan elaun yang aku dapat tiap2 bulan. lantaran bila sebagai student. gaya student terikut2... aku datang lambat di lab.. kadang balik awal. tapi elaun yang aku dapat adalah untuk aku bekerja di lab selama 8 jam

sebab itu aku tak mahu mengeluh bila kadang2 aku kerja sampai lewat malam
kerja sabtu dan ahad
sebab ada hari yang aku bekerja sekejap saje

kadang memang hati mula tak sedap bila tangan mengular ke facebook, runningman, dan macam2 lagi. sedangkan elaun yang diberi untuk aku belajar, dari duit rakyat.. maafkan aku

sebab itu seperti yang aku nyatakan tadi.aku cuba ganti pada waktu kerja lebih masa. dan cuba juga bersedekah

tapi hati ni tetap rasa ada yang tak cukup. =(( sebab itu aku redhakan diri bila ada kejadian yang menyebabkan aku kena keluarkan duit.

sebab harta itu jadi darah daging kita. kalau ada anak2 harta aku dapat itu jadi makanan mereka. Yang haram akan menjadikan hati keras, gelap... Kadang kita tercari2 sebab anak-anak keras hati, padahal ilmu agama sudah cukup diberikan. Tapi kita selidik tak makan minum dan wang yang diberikan pada anak2? (ustazah dalam TV cakap)

dalam pekerjaan.. biarpun pendapatannya amat-amat tinggi. tapi hati merasakan was-was dengan pekerjaan itu. tinggalkanlah. carilah yang halal biarpun pendapatannya rendah.

Andai syarikat itu dibina dengan saham2 dari duit haram. keuntungan didapati dengan pelaburan ditempat yang haram. keuntungan didapati dengan menindas orang lain. Ulama besar telah mengharamkan. Tinggalkanlah. (maaf, aku tak pandai pasal ekonomi islam ini)

Seperti makan. jika makanan yang kita makan kita rasa was-was dengan halalnya. jangan makan. jika teruskan juga.. itu kita subahat (dengar dari ustaz)

Carilah harta sebanyak mana. Tapi untuk apa harta itu? Jangan nak menipu! Allah tahu apa dalam hati kita. Dia tahu sebab apa kita kumpul harta banyak2.

Biarlah niatnya begini. (antaranya)


Jika sekarang kita tak mampu berzakat. Usahlah agar satu hari kita dapat menunaikan rukun Islam ke-4 itu.
Jika sekarang zakat kita setahun hanya rm1000. usahalah agar zakat kita boleh capai 10 000 setahun =))

zakatlah, dengan harta yang halal.


Doa dan usaha agar kita dapat rezeki halal. Keberkatan penting.

p/s- perlu belajar tentang muamalat dalam islam, ayat-ayat quran dan hadith2 tentang harta, pencarian dan pembahagiaanya. agar kita tak tersesat. Maaflah. aku tidak tahu, tidak begitu faham dengan muamalat ini. sebab itu aku mengambil langkah terlalu berhati2 hingga aku seolah2 ekstrim. =p. tapi aku tak pengaruh orang lain ikut otak aku, sebab aku tak ada ilmu nak berdebat pasal ni. Diam lebih baik dari tersalah cakap.








Tiada ulasan: