Jumaat, 16 Mac 2012

Pantun Memikat.. eceh

potong kuku di pasir perai
limau mekar hijau tangkalnya
wahai adikku puspawangi
tak marahkah kalauku bertanya

papan beranda hujungnya merah
bakar mercun di tengah hari
pada kekanda kalau ku marah
bererti meracun diri sendiri

burung garuda di dalam bersarang
perahu mudik di tanjung liku
biarlah kanda berterusterang
sudikah adinda menjadi isteriku

pakai sepatu di atas beranda
daun pandan dipijak pijakkan
kalau begitu kemahuan kanda
nyawa dan badan dinda serahkan


Musang Berjanggut
1959

Tiada ulasan: