“Wahai mereka yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala serta mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan” 90, al-Maidah
Dalam tafsir al-Azhar, Hamka menukilkan beberapariwayat drpd Anas bin Malik berhubung dengan perkara ini Anas berkata
“Arak telah diharamkan sedangkan tidak ada bagi bangsa Arab ketika itu suatu yang lebih menyeronokkan selain drpd arak…. Walaubagaimanapun, (selepas ayat yang mengharamkan arak diturunkan) sebahagian kami membawa tong-tong arak ke jalan raya dan menuang arak yang terdapat didalamnya di situ. Sebahagian yang lain memecahkan tong-tong arak, dan sebahagian yang lain mencucinya dengan tanah dan air”
“waktu ayat berkenaan dengan pengharaman arak diturunkan, aku sedang mengedar arak di rumah Abu Talhah. Tiba-tiba kami terdengar suara seorang lelaki dihalaman rumah lalu kami pun keluar untuk melihatnya. Lelaki itu berkata, ‘wahai kawan-kawan, mulai hari ini arak diharamkan’
Maka berkatalah Abu Talhah, ‘Keluar cepat dan tumpahkan arak’. Aku pun menumpahkan ke semua arak yang terdapat ketika itu… Terdapat seorang kawanku yang telah meletakkan cawan arak di bibirnya untuk diminum. Apabila beliau terdengar ayat berhubung pengharaman arak dibacakan, beliau terus melepaskan cawan arak dari tangannya. Itulah kali terakhir beliau menyentuh arak’
petikan ini dari buku yg adik sy suruh baca – 7 Formula Individu Cemerlang, Dr. Danial Zainal Abidin.
__________________________________________________________________________________
aku mula teringatkan petikan ni bila malalui kawasan kilang arak kat Selangor tu. masa tu nak pegi rumah makcik kat klang
-pernah tengok lelaki Islam (kawan abah punya suami) minum arak dalam satu majlis yg cukup tak selesa.
-sahabat sendiri minum arak dalam tin guna duit sekolah dia (dia da jauhkan diri dr aku).
-Kenalan yang buat pertandingan minum arak. pertandingan dia tu, dia panaskan arak tu, then sape dapat minum banyak dia menang… arak kalo panas lagi dasat ek.. ntah. tak paham.
-pernah jugak, sahabat bercerita, bahawa waktu nk berbuka puasa kawannya tempah arak sebelum sahabat aku tu warning dia.
-tapi aku penah nampak yang nak tengok arak pun mata dan berpinar.
-nak ambil air mineral dalam tempat yang bercampur tin arak pun dah tak sanggup. Rela ambil yg tak sejuk.
-Penah tengok seorang muslimin ni, di terlanggar rak arak, tin-tin arak terjatuh. dia nak kutip… masa tangan di mengangkat tin tu, tangan dia menggigil dan tin tu jatuh.. dia just blah je dr kedai tu.
bila perkara yang buruk ‘ don’t start, if u start it, ull never stop!’.. tak payah pandang pun..ok..? tapi hati jadi risau bila fikirkan adik2 dan anak2 nanti.. hu
Menggadaikan akidah rakyat, asal dapat untung dari kilang arak. alasannya cukai yang kilang arak bagi adalah tinggi, manyak untung wo.. kami maju dengan duit haram la ek.. kalo cukai tinggi, nape dorang tetap nk buat kilang kat Malaysia ni? hmm.. aku harap takde yg muslim disitu, even mak cik cleaner dan pemandu lori!
rasa geram itu tak hilang2 wlau dah luahkan
9 ulasan:
sini lalu nampak orang minum arak
penah dulu terserempak ngn budak2 muda melayu Islam minum arak (arak cap orang utan) di kawasan belakang bangunan... huh!
masa tu masih belajar di sek, nk g nasihat diorang pn takut kena siat2kan... so bencikan dlm hati je la...huhu
pengetua akak pernah cerita. satu hari tu dia singgah solat jumaat di masjid Shah Alam kalau akak tak silap. dia parking sebelah van kilang arak warna ijau tu. meaning, driver van tu sedang nak solat jumaat la. so camne tu. solat tapi pada masa yang sama, ada kaitan dengan sesuatu yang haram.
best sgt ke arak ar? manusia ni yg dilarang tu jgk la yg die nk..
Oh, ak xminOm arak.
haha~
ada kaitan kah?
windu ain!
ada yg bangga minum arak..
Sila lihat di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=ax4uYXZUkWY
arak ibu segala maksiat...pasal arak macam-macam boleh berlaku
dah cuba minum NIRA kelapa tak..sedap
JOE- haha.. dah awak kat sana..mmg la ramai
fathi adha- budak2 skang advance mcm tu sebab senang2 je leh dpt arak di negara islam kita ni
asilahmuhajer - seharusnya dia cari kerja lain kan kak.. tak baik macam tu.. kira subahat..huhu.. harap dia insaf..kita pun hu
zaimi- mungkin kot... sebab setan asek goda je
put-aku tau kot tak minum.. ko minum twister apple je
sahakfikri - hmm tak tercakap. mintak2 lah.. elak lah dari anak2 n keturunan kita.. kadang2 kita tak jangka ni semua.. tapi sentiasa kene didik..huh
firol- setuju!!.sebab pikiran kita dah tak betol lagi..
zeqzeq- erk.. lum lagi..hehe. air kelapa penah lah
Catat Ulasan