dalam hidup seharian kita, celik sahaja mata ni. kalau benar kita mahu jadi yang terbaik, mahu ubah diri lebih baik dari sebelum itu. kenalah kita ingat tiap kali celik mata. kita adalah khalifah yang Allah lantik di bumi ini. untuk beribadah kepadanya, juga berbakti terhadap semua makhluk di bumi ini
tapi kadang bila bangun tidur. rasa malas itu menjalar ke setiap sendi sendi tubuh. lalu mula hati dan otak bermonolog sendiri. aaahh.. si polan itu lebih teruk dari aku, sekurang-kurangnya aku lebih baik... aku....(mula memuji2 diri). selimut ditarik.. azam yang di rencanakan malam tadi hilang macam itu saja.=(
ingatlah semula. sedangkan Rasulullah SAW yang sudah pasti masuk syurga. Baginda tetap bersolat dan beribadah hingga pecah-pecah kakinya... ingatlah semula. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan manusia itu sendiri mahu mengubahnnya
kita meraancang, Allah tentukan. tapi tak bolehlah kita sekaar duduk macam tu aje tunggu ketentuanNya. selepas merancang, kita kena berusaha
pastikan apa yang ditulis dalam organizer sudah selesai disiapkan. musuh utama adalah diri sendiri. diri yang selalu malas dan memberikan alasan.
kalau bermonolong sendiri. selalu monolong yang memberikan alasan, mencari silap orang lain. Ke mana perginya kita kalau macam tu
naik tangga tapi tengah jalan tidur. ada orang turun balik lepas naik tangga, tapi lepas tu dia naik dengan laju. meninggalkan kita yang tidur..
p/s: penulisan teguran untuk diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan