Isnin, 30 Januari 2012

Politik


Bila yang ni buat baik
yang sana kecam
begitulah sebaliknya

bila yang ni buat salah
yang lain lagi pijak
bukan nak bagi nasihat
bukan nak tolong selesai masalah

semua tak percaya dengan janji Allah
buat baik di balas baik

Masing-masing nak menjatuhkan antara satu sama lain
nak tunjuk dia laa yang paling baik
orang lain banyak dosa



Ahad, 29 Januari 2012

determination




Begin with prayer =)

Jumaat, 27 Januari 2012

perintah berkurung untuk sabtu dan ahad


oh....... extended abstract, slaid
kena siapkan sebelum isnin ni


demm
takpe.. ini balasan atas kemalasan yang lampau

perintah berkurung
rumah sewa saya dah ada intenet

weee~~~


Alhamdulillah

Khamis, 26 Januari 2012

rupanya. ada kerja


minggu lepas dan minggu ni memang aku bersenang lenang tanpa tekanan

tiba-tiba baru aku teringat minggu depan ada presentation

-slaid belum siap lagi
- jurnal banyak tak baca lagi
- kena tengok running man pulak


lupakan. terimakasih pada kak lily sebab bagi cup cake ni. cup cake tercantik yg penah saya makan ( memang tak penah makan cup cake yg ada banyak decoration ni kot)

abah aku sorang askar: tapi bukan nak cerita dia jadi askar macam mana

abah jarang balik. dan tiap kali balik dia kena pujuk anak dia yang sulung ni. supaya kenal abah dia semula. again and again. sampai anak tu faham.


seorang abah amat menyayangi anaknya.. sebab tu apa-apa yang mak rasa abah tak dengar cakap dia. mak akan suruh anak-anak dia cakapkan. insyaallah berhasil.hehe

Aku pun sayang abah.

apa yang paling kita takut?

bila mak dan abah dah tak ada, waktu itu barulah kita menyesal sangat-sangat sebab tak luangkan masa untuk dia. =(

Selasa, 24 Januari 2012

going with the flow..

dalam hidup seharian kita, celik sahaja mata ni. kalau benar kita mahu jadi yang terbaik, mahu ubah diri lebih baik dari sebelum itu. kenalah kita ingat tiap kali celik mata. kita adalah khalifah yang Allah lantik di bumi ini. untuk beribadah kepadanya, juga berbakti terhadap semua makhluk di bumi ini

tapi kadang bila bangun tidur. rasa malas itu menjalar ke setiap sendi sendi tubuh. lalu mula hati dan otak bermonolog sendiri. aaahh.. si polan itu lebih teruk dari aku, sekurang-kurangnya aku lebih baik... aku....(mula memuji2 diri). selimut ditarik.. azam yang di rencanakan malam tadi hilang macam itu saja.=(

ingatlah semula. sedangkan Rasulullah SAW yang sudah pasti masuk syurga. Baginda tetap bersolat dan beribadah hingga pecah-pecah kakinya... ingatlah semula. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan manusia itu sendiri mahu mengubahnnya

kita meraancang, Allah tentukan. tapi tak bolehlah kita sekaar duduk macam tu aje tunggu ketentuanNya. selepas merancang, kita kena berusaha

pastikan apa yang ditulis dalam organizer sudah selesai disiapkan. musuh utama adalah diri sendiri. diri yang selalu malas dan memberikan alasan.

kalau bermonolong sendiri. selalu monolong yang memberikan alasan, mencari silap orang lain. Ke mana perginya kita kalau macam tu

naik tangga tapi tengah jalan tidur. ada orang turun balik lepas naik tangga, tapi lepas tu dia naik dengan laju. meninggalkan kita yang tidur..


p/s: penulisan teguran untuk diri sendiri.

Sabtu, 21 Januari 2012

isu halal

80% Makanan yang ada gelatin di Malaysia tak halal... itu yang aku tengok time pagi2 kat TV9 tu.

baru-baru ni. dekat mines.. food court, Subway dan untie anne kena cekup sebab siarkan sijil halal palsu..........


=( aku penah makan Subway..........

tahu tak... aku tahu. kalau kita tak berhati-hati dengan makanan kita, kita makan main tibai je. takda halal pun kita yakin je.......

- doa kita susah nak makbul
-hati jadi keras

insyaallah. lepas ni aku berikrar.. tak nak makan fast food yang takda Halal JAKIM lagi. (popeye, subway, untie anne, baskin robin, tutti frutti) selalunya terikut sebab orang belanja... dan sendiri mengada... (bongok ain, bongok)

ya Allah. ampunkan aku kalau aku terlanjur dulu.uhu.


1. Kadang kita beli makanan import. dan ada tanda halal... betulkah?

Baca ( Senarai badan Islam yang di diktiraf 2011)

2. kadang kita bercuti. mesti kita nak makan yang halal

Baca ( senarai hotel dan resort yang mendapat sijil halal Jakim)


rujukan http://www.halaljakim.gov.my/

marilah kita berhati-hati. =))

Rabu, 18 Januari 2012

Aku maafkan kamu. liriknya mantop kan?





mula2 dengar lagu ni masa nak pergi alamanda dengan geng2 rumah
nani cakap dia dengar.. katak melalak
aku pun.. " eh.. apehal lagu katak, tu suara jamal tu'

bila cari lagu ni.. wah.. mendalam tu lirik dia. dia menyentuh, menegur orang2 sekeliling yang tak suka belajar, tak siasat, tak hadam ilmu tu. tapi nak bersuara...

cakap tanpa bukti, ilmu. boleh jadi fitnah tau. kucar kacir nanti

dan orang-orang yg cepat sangat nak nilai orang lain

=)

teguran untuk aku juga

kenapa maliq tak nak muncul ek

Ahad, 15 Januari 2012

yang tak mahu hilang!

aku memang terkenal dengan sikap nyanyok. tapi 3 harta ni aku tak nak dia hilang tak mahu. sayang sangat.

1. jam tangan mak abah bagi. actually ini yg ke 5. tapi yg ni paling special berbanding sebelum ni. ada cerita sebaliknya.huhu.
ini dia yang bagi. kami tak ditakdirkan bersama :`). eh. aku ok je. lain tau berpisah cara baik dan cara tak baik ni.


cincin ni bestfriend dari sekolah rendah yang bagi.. ramai yg misjudge tau. cakap tu boyfriend bagi. bukan laa.. ni kawan baik I yang bagi. siap ade carved nama kami.
AINEENA



dia ada nilai sentimental... yang bila sampai kat lidah rasa manis, bila telan rasa pahit. tapi telan juga. pastu kenyang.......... ok. mengarot


Jumaat, 13 Januari 2012

muflis

semalam, nana 2kali tak dapat masuk dalam ktm dekat mid valley yang macam sardin tu. dia call aku. dan aku pun tak tahu nak cakap apa. suruh rempuh? memang dia dah cuba. =) maybe Allah nak cakap. ada tak mintak tolong pada aku? then, dia baca 21 basmallah dan surah an-nas. alhamdulillah dapat masuk. tapi dekat BTS, dia terkeluar.. bukan rezeki agaknya.. hehe. kesian lah sangat. tapi lepas tu berjaya jugak sampai UKM. dan aku bagitahu dia, sila bertolak lepas zohor, bukan lepas asar.

dan kami balik melaka.

muflis-
waktu sarapan pagi, kami berkumpul. macam2 cerita yang keluar.. masuk cerita Dato Fadzilah Kamsah tegur orang2 yang sebar cerita Amalina 17 A tu. mak pun bagi juga pendapat.

' akhirat nanti, orang yang selalu kita mengumpat, cakap buruk tentang dia. dia akan ambil pahala kita. kita pulak ambil dosa dia. kita pun tertanya2. aku banyak ibadah, sedekah, bayar zakat, buat yang sunat. kenapa pahala aku kosong? rupanya kita tak jaga mulut kita...."


kan?

Khamis, 12 Januari 2012

kisah rumah wardina

bila dengar rumah wardina kena rompak... rasa kesian sangat, kejam je orang yang buat. sebab orang baik2 kan. bukan kaki rasuah atau maksiat. tapi itu lah dugaanNya

boleh baca sini

bertakung jugaklah mata ni bila baca kisah dia dan keluarga kena rompak.. kesian anak-anak dia jugak.. hu~~.. surah al-falaq.. kena baca sebelum tidur nih.

Red day kenny rogers =))

dengar nama kajang. aku terus macam.. malas....malasnyaa...
tapi sebab situ je kenny yg paling hampir. pergi je lah

semalam. ada red day kat kenny rogers. sempena apa aku kurang pasti. nani rasa-rasa sempena raya cina

kami (mostly kawan2 lab) dah plan sehari awal. semua kena pakai kaler merah. sebab itu syarat dia (tapi bila pergi ade je tak pakai merah. ceit lah)

kalau beli 1 set quarter. akan dapat percuma satu set. kami ada 4 pasangan- 8 orang. (macam pelik je bunyi) so setiap orang bayar separuh harga. tak termasuk air tau.






ikut jam- faris, diba, kiki, nani, aku, haris. syami amek gambar


kesian. bila dah gemuk di tambah lagi.
hanya boleh ambik baked bean, coleslaw, dan mash potato

summer, winter, spring



nani ambil gambar ini


tetap macam mahal jugak. sebab mengada order air mahal
tapi best makan ramai2 tau!
siyesly

Rabu, 11 Januari 2012

Buku. Jemima J

beli buku ni masa big bad wolf (betol ke aku eja) dah lama. tapi terasa nak tulis tiba2 sebab ada kawan housemate pinjam buku ni. dan baca sampai pukol 1 tak tutup2 lampu.hehe

aku membeli buku ni sebab ada perkataan jemima was fat before.. bla bla.. now skinny, famous, hot boyfriend.. bla bla



cerita dia typical. dia berbadan besar, kerja macam.. jurnalist kot.. eh. entah. tak berapa ingat,s orry

masa kat tempat kerja dia suka sorang mamat hensem ni. tapi time tu dia tak cantik. lepas tu mula berjinak2 dengan alam chating (ni cerita awal 2000an dulu) so dia kenal dengan mamat hensem yg email gambar kat dia. mamat hensem ni tinggal kat L.A. oh! jemima ni orang london.

kawan baik dia yg sangat cantik (baik dan annoying) tolong edit gambar dia. tampal muka dekat badan model kurus.. boom. cantik. mamat hensem kat L.A pun terpikat dengan gambar edit tu. dan nak jumpa.

so. mamat hensem yg kat tempat kerja ni dapat offer kat tempat lain. sebagai pembaca berita. jemima sedih, sebab macam cinta tak berbalas. so dia fokus mamat yang kat L.A ni.

dia kuruskan badan. (kalau baca cara dia kuruskan badan, memang rasa nak kurus, tapi tak begitu berkesan dekat aku..hehe)

dah kurus, dah cantik.. bos gatal bagi naik pangkat. dan sebab hal kerja, jemima pergi LA. jumpa dengan mamat hensem tu sekali. dia dating2 semua... ade la buat projek sikit. tapi buku ni tak lucah pun.

dan dalam masa yg sama mamat hensem satu tempat kerja dia dulu pun ada dekat LA sebab nak interview sorang artis femes

mamat hensem LA ni ada pembantu yg fat.. lasttt sekali.. terbongkar rahsia yang rupanya mamat hensem LA ni skandal dengan pembantu fat dia dah lama dah. tapi sebab nak jaga reputasi sebagai pemilik gym femes, pembantu dia sanggup madu dengan jemima yg kurus dan cantik.. (so dia nak bagitau ade je laki2 yang suka perempuan badan besar..)

dan lepas tu jemima tensen, eh.. lupa nak bagitau yg masa jemima kat LA dia ada kenal dengan kawan perempuan. so bila dia tensen.. dia pun pergi umah perempuan tu

lelaki hensem yg jadi pembaca berita tu.. rupanya dah lama suka jemima. bila dia tahu jemima dekat LA.. dia nak jumpa.. lelaki tu dah jadi femes kat england. tapi jemima tak tahu laki tu femes. dan lelaki tu pun tak tahu jemima dah kurus dan cantik

dan lepas konflik yang panjang la jugak. mereka pun kawen. tapi jemima dah tak skinny.. dia dah jadi berisi sikit.

rate dia... kalo harry potter aku bagi 4/5.. ini maybe dapat 3/5 (ini aku tiru style put..hehe)

Isnin, 9 Januari 2012

Apakah terlarang bercinta sebelum kahwin?

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?

http://drmaza.com/home/?p=1729 boleh baca sini


kalau aku terpikir..
si polan ni tengah makan kot.
sekarang si polan ni kat melaka. bukan kat sini


tak salah kan.. hehe.. menyimpan perasaan yg tak disalurkan pada maksiat.

sambutan hari jadi kawan-kawan serumah


rumah saya ada 6 orang. memang ramai. =)) dan kami akan sambut besday ramai2. setakat ni kalo termasuk besday saya. dah 4 orang merasa.

kak dah


mija


fatin



dulu masa besday kak dah, ada video. nani yang buat




seronok.. tiap kali sambut sama-sama rasa macam. beruntungnya aku.

terima kasih Allah. beri saya kawan yang baik baik.

cuma saya je kadang yg jahat





Khamis, 5 Januari 2012

jomm, kita solat dhuha dan baca doa ini :`)








Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.

moga kita mati dalam Islam dan iman


Klik untuk besarkan..hehehe..

rasanya kalau dia jd muslimah baik. memang dia akan jadi hebat nanti. pakej.

tak semua org sempurna. bersyukurlah kalau kita sedang berusaha untuk sempurna, baiki diri demi kerana jalanNya. doakan orang lain jugak =))

Rabu, 4 Januari 2012

he~~~ si 'manis' ni update juga.

dah lama tak update blog.
ye

pastu bila tengok ramai kawan2 dah update blog semula. lebih2 lagi put. yg tak pernah berhenti

nani n tisya.. tapi zati tak update pun

zura dah kawen. maybe zura leh tulis pasal alam kawen. eh... mane boleh


sekarang ni tengah menyesal. sikit je. macam mana aku boleh terlalu leka sampai tak terpikir nak buat tesis
dan bila baru dapat tesis dari super super senior. yg memang mantap. hati ni macam kene sentap kau.

sekarang ni ku tengah cari-cari paper yg sesuai nak letak kat tesis

sambil tengok masterchef.. a ah. aku gila dengan master chef malaysia.