Isnin, 11 Jun 2012

Umat Islam di Asia Tenggara pula yang bergolak

Wilayah Patani terus bergolak. Hari ini, semangat persaudaraan Islam kita diuji lagi dengan pembunuhan umat Islam Rohingya, Myanmar.

Sejak 3 Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Haz
mia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru, 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Oleh kerana keadaan yang begitu meruncing, Presiden Myanmar, Thein Sein terpaksa mengisytiharkan darurat di barat negara itu susulan ketegangan berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam hingga mencetuskan keganasan yang teruk.

Ya, terlalu banyak tanggungjawab kita teman-teman semua. Untuk mengambil tahu keadaan saudara kita di seluruh dunia. Semua ini berpunca dari hanya satu faktor iaitu ketiadaan kuasa politik Islam yang mampu memayungi dan memelihara nasib umat Islam sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyah Turki tahun 1924.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan isu di Rohingya, sila layari pautan berikut:


http://temanteras.wordpress.com/2012/06/11/shura-mapim-kutuk-sekerasnya-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di-myanmar/

Tiada ulasan: