Selasa, 3 April 2012

Menjadi Solehah?

saje letak. salah satu contoh. pandai buat kelakar sambil2 berdakwah dia ni.. =)

Menjadi solehah bukan bermakna kita harus mengubah seratus peratus karektor kita. Setiap orang ada ciri-ciri dan sifat diri yang tersendiri. Selagi ia tidak bertentangan syari'at, maka Islam tidak memerintahkan penganutnya mengubah sifat khas dirinya ketika dia mengambil keputusan untuk melaksanakan Islam seluruhnya.

Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah juga memiliki karektor yang berbeza? Abu Bakar seorang yang lembut peribadinya, mudah belas dan lunak jiwanya; manakala Umar seorang yang tegas, keras dan pernah membuat empat orang makmum jatuh terlentang kerana bersinnya sewaktu memeriksa saf sebelum menunaikan solat :))

Khadijah sangat keibuan sifat dirinya, Aisyah pula sangat manja dan ceria orangnya, Nusaibah seorang pahlawan wanita yang siap sedia melindungi Rasulnya, manakala Ummu Salamah wanita yang berani berhijrah seorang diri di belantara padang pasir...semuanya unik dan istimewa!

Oleh itu, bukan bermakna anda mahu menjadi solehah, anda tidak lagi boleh menjadi seorang yang ramah tamah, bukan beerti menjadi solehah tidak membenarkan anda bergembira dengan pertemuan yang diisi tertawa dan jenaka gembira. Dan bukan bermakna wanita solehah itu perlu selalu serius dan masam muka. BUKAN BEGITU!

Apa yang penting ialah anda tahu batas, kadar keperluan dan kesesuaiannya.

Indahnya pelangi kerana ia terdiri dari warna warni yang saling bersinergi. Justeru, tidak perlu membuang keunikan diri walaupun kita mahu menjadi wanita yang solehah. Teruskan menceriakan suasana dengan pelangi akhlak sesama kita :)) - via UstazahNoraslina Jusina

Tiada ulasan: