Jumaat, 14 Jun 2013

berbaloilah mengaku cinta

soal cinta dan hati
bila adik bertanya
'boleh tak kalau saya luahkan perasaan ni kat dia, setahun dah pendam, kawan2 pun dah tahu'

aku pun dah lama tahu pasal crush dia. cuma sebagai kakak yg boleh dikatakan banyak pengalaman (ehem). perlu turunkan diri ini sesuai dengan umur 21 tahunnya itu

1. solat hajat dan istikarah dah buat belum?
2. dah bergantung dengan Allah, atau belum

dia kata belum. jadi aku terangkan padanya.

- buatlah solat hajat, doalah. semoga diberi suami yang boleh bimbing keluarga bahagia dunia dan akhirat. kemudian doalah, supaya orang yang akan menjadi suaminya sekarang mendekati Allah dan dimurahkan rezeki yang halal. Istikarah untuk bulatkan hati, benar atau tak keputusan yg nak dibuat.

setelah beberapa minggu. adik cakap, hatinya tenang. dan seolah2 rasa dia patut tunggu dulu

sebab, nasihat sahabat sehidup semati aku pada dia. jika berkenan sangat, setelah melakukan solat hajat, istikarah dan doa (dengan niat yang betul, dengan menyerahkan hati bulat2 pada Allah dan ketentuanNya)

1. lihat dulu. lelaki tu ada potensi akan bernikah dengan kamukah dalam waktu terdekat ini.
-----jika tidak. tak perlu meluahkan. untuk apa lama benar berkenalan sebelum kahwin. zaman kini susah nak tahan. serahkah dia pada ketentuan Allah. rawatlah hati itu. Sangka baik dengan Allah. kenapa tidak boleh luah waktu lelaki tu macam tak sedia nak jadi suami.. sebab lelaki biasanya, bila dia nak nikah, dia akan lihat balik pasangan dia. boleh kah jadi isteri aku? sebelum bersedia... mungkin dia main-main je. (tak semua.. aku tak kata semua)

jika ada potensi bersedia menjadi suami lihat lagi

1. Agama, akhlaq, harta, keturunan - sekadar mata kasar kan? sekufu atau tidak?
2. cuba merisik dari kawan2nya mengenai 4 perkara di atas
3. parent kita suka tak orang begini (khas utk parent yg kuat agamanya)

jika lulus semuanya.
1. gunakan orang tengah
2. cakap terus......

pendapat peribadi aku. hanya lelaki yg jaga jemaah dari subuh sampai isha... dan subuhnya ke masjid. layak untuk dipinang menjadi suami... jika tidak.. hehe.. faham sendiri lah. sebab lelaki soleh seperti ini, tak kan malukan kita kalau dia tak mahu. dan tak kan ungkit pasal ni bila dah kawen

peace. aku bukan ustazah.

dan aku juga hanya membantu. Hanya Allah sebaik-baik penolong.

2 ulasan:

Cetusan berkata...

fuussshh banyak demand

ainShahajar berkata...

hehe.. ni demand yg basic

sebabnya.. nak elah yg tak baik berlaku lepas kahwin. jadi kena mula dari sebelum kahwin