Jumaat, 21 September 2012

Allah SWT, sentiasa pelihara kekasihNya...


“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.” (Surah Al-Hijr: 95)
“dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan).“ (Surah Al-Syarh: 4)

Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan untuk memelihara para Nabi dan Rasul. Allah s.w.t. yang memilih dan melantik mereka dan Allah s.w.t. tidak akan membiarkan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya.

Petikan dari kenyataan pertubuhan IKRAM Malaysia... 
di sini

Khamis, 20 September 2012

nak diet kan


Seperti yg sy cite dulu sy tgh diet.. Tempoh hari saya buat telur brokoli...skang sy wat ape ntah.. Ayam lemon n sayur.. Heh

basuh dan peram ayam dengan air halia dulu

keluarkan ayam, sambung Ayam tu peram dgn lemon, bawang putih, gula cket

Tumis bawang belanda.. Goreng ayam sampai garing masuk sayur semua pastu. Letak garam tau time ni

Pastu... Last skali tabur lada hitam

Pastu makannnnn.... ! serius...... sedap la sangat.. (statement bukan nak puji diri sendiri, resepi ni yg sedap)

Hmm.. Menu masakan melayu lagi payah kan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 14 September 2012

part 2.Filem Hina Islam : Innocence of Muslim

good idea dari syed
mari kita cari video innocence of muslim dekat youtube
klik flag as inappropriate

lebih 1000 flag akan menyebabkan video itu dibuang.........!




mari lakukan.

filem hina islam :innocence of muslim

hanya tahu tajuk
bila syida cakap isi dalam filem tu

tiba-tiba hati jadi tak kuat nak dengar lagi
isi pertama yg syida cakap lagi dah buat marah. sedih.
belum sanggup nak baca dan tgk trailer nya lagi

lagi pun. Sam Laknatullah (director) mesti tahu orang Islam akan marah... dan memang dia nak kita marah!!

selain marah.. apa lagi langkah yang perlu kita buat?????

Rasul kita di Hina-Hina...

mungkin patut buat filem berbentuk Islamik banyak2.......... selain cerita cinta, hantu dan politik saja

kenapa isu ni muncul. sebab dia nak tutup kisah syria, rohigya dan palestine ke?


bila para aktivis islam gesa google dan youtube buang segala-galanya tentang filem ini... mereka kata tak boleh buang. sebab tak langgar polisi google dan youtube....... berapa banyak yahudi bayar kat korang???

selawat dan salam atas Rasulullah SAW


maafkan aku ya Rasulullah.... hinanya aku kerana kecil sumbangan aku dalam bantahan ini

Ya Rasulullah, mungkinkah kesilapan kami yg menyebabkan mereka menghina engkau Ya Rasulullah SAW



Khamis, 13 September 2012

masak. sesuatu yg sehat

Mak selalu ajar masakan lauk pauk melayu yg kena makam dgn nasi.

Oleh sebab sy nak turunkan berat badan. Harap kali ini jadi.

Sy nak masak yg sehat2 je.


Tapi tak reti

Permulaan..

Telur putih dan brokoli.


Tumis bawang.. Masuk campuran telur putih dan brokoli.. Hancur2 kan..


Siap. Letak kicap

5minit penyediaan. Utk sarapan.. Haha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 10 September 2012

huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

ustaz sayang anda

Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa yang kita pertahankan?

Hati melungut waktu mendengar berita kes 'lucut seluar-tunjuk punggung-gambar najib-

yang disiarkan selama sejam, hampir seminggu...
yang hampir berpuluh setiawan-setiawan lantang menyuarakan ketiakpatutan perbuatan itu

perbuatan dia memang salah. usahkan gambar PM. buat dekat gambar ariel sharon, basyar pun salah
sebab punggung itu kan aurat.. malu la cikit

sebelum ini keluar kisah artis kita memperli artis korea... peminat marah
sekarang isu gangnam style... peminat marah juga.

tapi... sila baca sampai habis.

isu pelukis kartun Denmark, yang melukis kartun hina Rasulullah SAW..?
Isu tulisan suci Allah dan Muhammad pada telapak kasut?
Isu al-Quran palsu, isu al-Quran di letak dalam kandang Babi?di letak pada siram arak? anak muda black metal yang menari atas susunan Quran.
Isu lirik lagu, isu makanan sengaja dicampur haram, isu rogol, cabul
banyak lagi

Syukur.. syukur jika isu-isu itu dibantah dan disuarakan dengan lantang oleh anak-anak muda dan pemimpin2 kita. sama seperti dalam barisan ayar ke-3 dan 4 diatas

ulama-ulama bukannya tak bersuara.. mereka lantang menyuarakan bantahan isu-isu hina Islam ini.... cuma tak didengar..  siapa yang nak dengar?..

tak apalah, lepas dari soalan diakhirat nanti.... itu lebih utama dari dapat tender atau duit banyak-banyak.

marilah kita lihat balik.

apa yang kita pertahankan sesungguh hati, itulah gambaran apa yang menjadi perkara utama dalam hati.

Jadi apa yang aku pertahankan
Apa yang anda pertahankan




Nak upload tak sanggup sebenarnya
tapi inilah bukti agama kita diihina-hina
kenapa hanya agama kita




Sabtu, 8 September 2012

sabar dalam pujuk hati sendiri


Sabar bila sedih
sabar dalam gembira
sabar bila marah
sabar berbelanja
sabar bila berharta
sabar bila melupakan
sabar disanjung
sabar menunggu
sabar dipuji
sabar di hina
sabar makan dan minum
sabar bernafas
sabar tunggu sembuh
sabar dalam meminta
sabar dalam berdoa

'Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan mengujimu agar Kami mengetahui orang-orang

 yang berjihad dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.'' (QS Muhamad 

[47]:31).

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (QS Al Baqorah [2]:155-157).





sabar.. sabar dan sabar
sabar separuh dari iman!