Jumaat, 17 Jun 2011

Norman (KRU), SKMM, dan remaja: semua gelojoh.

Satu hari seorang penjual DVD nak download.. tiba2 tak boleh download kerana di block

Satu hari seorang budak U yang terkurung dalam U nak download cerita.. malas lah nak keluar. Bazir duit je. Lagi pun kan tak elok bersosial. Tapi tak dapat download sebab kena block

Selepas itu ada pula seorang pekerja ni nak share file yang berpuluh2 Gbyte kat oversea. Mane boleh transfer guna email. Mesti kena guna megaupload.. tapi kena block juga.

para student yang buat thesis, yang menulis novel. lebih suka simpan dalam megaupload. hilang. di block

Ada pula seorang pengedar DVD lucah. Risau perniagaan DVD bluenya muflis gara-gara khabar banyak laman file share yang telah diblock… eh..eh.. ‘yihuuuuu’ kata dia. Tak kene block lah. Beres.. bisness blue jalan!

__________________________________________________________

Di block secara tiba2. Tanpa perbicangan.Sepatutnya berbincang, sebab ramai dah membayar untuk seumur hidup pada laman-laman file sharing itu.

Dan kebanyakkan yang terlibat dalam operasi download mendownload ini adalah dikalangan remaja. Belia. Mereka merasakan itu hak mereka

“kami rasa hak kami di rampas!!”

“kenapa nak block? Kenapa kerajaan nak ikot cakap artis itu?”

“weh.. kitorang tak download lah cerita melayu”

Darah muda hatinya panas. Diusik lagi macam tu. Akhirnya muncul hackers. ‘Genius-genius’ yang lebih pandai dari para PhD internet.. mereka hack laman-laman kerajaan. Mengugut kerajaan.

Aku tergelak. Hahaha. Maybe para ‘bijak pandai’ berkuasa di atas aku ni tak pernah sangka sejauh ini remaja-remaja itu boleh bertindak.

Sepatutnya mereka bincang dulu

Bila dah jadi, baru nak cakap.

“hantar rayuan pada kami”

“niat kami baik”

Remaja-remaja cakap

“oo.. sekarang tahu pula nak bincang”

“ingat aku heran sangat ke dengan niat korang tu”

  1. Artis (norman KRU) yang propose idea ini pada SKMM, sebab takut artis2 barunya tak naik, tak ada market dalam Malaysia sebab semua sebuk dengan K-POP.
  2. SKMM ikut sahaja, tak bincang dahulu. Tak Tanya pendapat rakyat...
  3. Remaja yang berhati panas pula terkejut. [Bagi beberapa orang, download adalah makanan mereka setiap hari]

Semua nya GELOJOH

Lama-lama aku dan beberapa yang lain. Yang bukan pendownload, yang minat lagu-lagu melayu. Akan jadi mangsa kegelojohan mereka.

p/s- yang lucah tak block pulak. Hmm kalau orang tua mereka kacau. Paling dasyat pun, tunjuk perasan tepi jalan. Tapi kalau ramaja.hahaha.. cara mereka lain. Halus dan tajam.

1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website

Apa pun. Aku tetap undi kerajaan untuk PRU tahun depan.

Sabtu, 11 Jun 2011

If You Are Kind, People May Accuse You Of Selfish Ulterior Motives;
Be Kind Anyway. People Are Often Unreasonable,
Illogical & Self-Centered, Forgive Them Anyway.
If You Are Successful, You Will Win Some Friends & Some True Enemies;
Succeed Anyway. If You Are Honest & Frank People May Cheat You;
......Be Honest & Frank Anyway.
What You Spend Years Building Someone May Destroy Overnight;
Build Anyway. If You Find serenity And Happiness,
Others May Be Jealous; Be Happy Anyway.
Give The World The Best You Have, & It May Never Be Enough;
Give The World The Best You’ve Got Anyway.
The Good You Do Today, People Will Often Forget Tomorrow,
Do Good Anyway. You See, In The Final Analysis,
It’s Between You And ALLAH SWT;
It Was Never Between You And Them Anyway
huk.....

dah kurang ajar kat mak ke hari ni

=(

Selasa, 7 Jun 2011

aku jadi begini kerana

kerana aku tak fokus
aku malas

malas nak bace jurnal
malas nak belajar dengan teliti kerja2 lab

menyebabkan banyak salah buat

aku jadi begini sebab aku malas
banyak rajin pada menda2 yang tak penting

aku berlagak macam bukan student
padahal aku student

ini ke kualiti aku

Sabtu, 4 Jun 2011

fuh fuh fuh.. kamon

ade presentation

penting sgt2

ok!! sehari ni aku dah malas tahap gaban. buar lab pun lembap. padahal leh siapkan cepat

so.


malam ni nak siapkan semua result, extended abstract dan jugak slaid..

pagi esok hantar kat dr!

pastu teman nana hantar barang

ptg esok bukak balik email. tgk dr reply ape..

malam esok dtg lab buat gel

pagi isnin run gel

selasa meeting n presentation

rabu..

lab balik

minggu depan nak balik


ok.. fuh..fuh..fuh.. kamon ain. jgn malas2

Jumaat, 3 Jun 2011

rindu raudah


depan kubah hijau. dibawah kubah ini terdapatnya makam Rasulullah S.A.W

Raudhah adalah taman syurga di dunia

sebab itu bila nak masuk. sanggup tunggu berjam-jam pun tak apa.
bila dah masuk..

percayalah
apa yang dimaksudkan indah.. bukan rasanya di lahiriah..
bukan indah dimata
tapi indah dalam hati

bila pijak saja taman itu
rasa hati amat tenang
rasa 'indah' dalam hati
itulah ajaibnya raudah
kuasa Allah yang beri nikmat pada hambanya

bila di sini
bila aku rasa tak tenang
ubatnya, ingat lah semula ketenangan raudah
walau tak sama... tapi masih boleh menambat kerinduan yg amat2 lah sgt!

huhu

sebelah raudah adalah makam Rasulullah S.A.W dan juga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
tenang yg anda rasa rapat dgn Rasulullah

Rabu, 1 Jun 2011

kadang2 tak faham dengan orang yg fanatik atau 'jahil' nih

tak kiralah fanatik apa.

tak kompem cite tu betol, asalkan cite tu orang2 yg seotak dengannya suka dengar.. dia sebar.. ingat leh femes lah tu. padahal mengarot je...

bukti tak ada... dah nak cakap malaysia satu2nya negara islam yg halalkan pornography.. haa? aku malas nak ulas panjang.. tapi perkataan 'satu-satunya' tu amatlah tak logik..

bila bercakap.. mula pusing ayat aku.. last2 diam.. tak reti nak jawab ape dah agaknya

sila kaji dulu ye sebelum bercakap. terutamanya anda2 yg fanatik

senang cite.. tak payah nk kepoh sangat hal2 politik nih.. belajar pun tak habis.. hidup pun tak stabil lagi.. pikir diri sendiri la weh.. jgn nak harap kerajaan je.. tak kira lah kerajaan ape. kang tiba2 ekonomi jatuh. mula lah nak salah kan org tu org nih. padahal diri sendiri tak simpan duit awal2..

aku cakap kat diri aku gak. kalo aku tak cukup duit.. tu bukan salah org.. salah aku... fokus kat diri sendiri weh