Isnin, 17 Februari 2014

suka suki

ada kesimpulan

undang-undang yg datang dari Allah itu menepati fitrah manusia
tiap-tiap manusia itu ada peranannya
tanggungjawab

andai tak lakukan peranan dan tanggungjawab
hati jadi tak tenang
tiada ketua
tiada hormat
kacau bilau

boleh nampak dalam rumah tangga
keluarga
kerja

rasanya musuh2 islam serang kita melalui ini

Ahad, 26 Januari 2014

hilang

sebanrnya dah 2 tahun.. berlawan dengan diri
untuk siapkan lab n thesis

makin hilang dan hilang 
penat push diri

bergerak dengan sisa-sisa yang ada

allahuma yassir wala tuassir

Khamis, 9 Januari 2014

Majlis tunang

1. Tarikh, dapat tahu 2 minggu sebelum, jadi hanya ada 3 hari nak bersiap betul2. sebab ulang alik dari bangi ke rumah.
2. hari pertama terus cari baju dan barang2 hantaran. sebab ini 1st time dalam family. beli par terus. 
3.Balik rumah.. terus buat hantaran. Pihak lelaki bagi 5, jadi kami balas 7. - kek, buah, kitab ibnu katsir, bunga rampai, coklat, baju dan sejadah..  penat buat benda ni... 
4. Baju.. rm150 sebab mak suruh beli baru. Veil buat sendiri (simple giler), handsock lace jumpa kat alamanda.. comel!! hehe


5. Pelamin... mak mintak jugak.. huhu.. nak buat simple sebenarnya. tapi..hmm.. alhamdulillah, dapatlah dekat kawan, rm 300.. wuwuwuwu
6. disebabkan kesibukkan ini... tak sempat nak rasa neves sangat.. sebab saudara mara ramai tak dapat datang. mujur ada kawan2 adik yang menolong..
7. katering mak tempah untuk 150 orang. sebab pihak lelaki ada 30 orang. then kawan mak lagi.. kawan abah lagi... hehe..nasib baik cukup.. kawan aku, aku jemput cuma 2 orang je. tu pun yang duduk melaka. sori tak jemput yang lain. tanak menyusahkan korang sebab tarikh last minit kan.
8. Bila dah selesai.. subhanallah.. leganya... sebab macam2 drama sebelum terjadinya. tapi tu semua ujian Allah.. alhamdulillah. Kita ini kerdil. Tiada yang berkuasa selain dari Nya.

 Kawan-kawan adik yang datang tolong

 Bestieee... !

 Mak abah.. penat masing2
cepatnya momen ni berlalu

 Bincang bincang.. hehe

 dari pihak lelaki , cantik kan?

 Family saya!!

penat nak tegakkan badan... 

seterusnya gambar yang tunang aku edit




Hehehe

Alhamdulillah.... doakan kami... huhu.. 

Selasa, 17 Disember 2013

kagum

ada beberapa kawan di facebook... yang kini dalam persediaan nak pergi syria n palestin
sorang daripadanya... dah berkahwin

aku kagum dengan hati isterinya.. ibunya...

jujur aku cakap
kalo bapak aku... suami aku.. nak g sana... uhuuuuu

aku akan cakap... aku sukar nak duduk sini tanpa dorang...

sebab tu aku cakap aku kagum.. tinggi betul iman dan pengorbanan dorang...

Mati mana-mana pun boleh.. biar mati mulia...

Rabu, 13 November 2013

faham sangat

ada seorang junior... dah bertunang lah
selalu orang tanya dia...

bila nak kawen?
dia akan jawab, tak tahu lagi...
betol ke.. takkan takda target
betol tak tahu lagi..

then.. hari ni aku try lah tanya.. cepat2 lah kahwin
dia cakap
saya memang nak kahwin.. tapi family saya yang belum bagi

syruuppp sentap.. kesiann nya.. uhu

bayangkan.. anda dah tunang.. maksudnya family dah setuju dah. tapi problemnya family suruh habeskan belajar baru kahwin... tapi.. Master kot.. bukan habiskan degree...duit pun dah cukup

boleh tak kalau aku cakap.... yang halang tanpa sebab yang kukuh ni.. kira dah menzalimi..

dan
·"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.  

Selasa, 15 Oktober 2013

chaiyaqq

Ain.. mesti hang chaiyaqq dengar lagu ni

Lagu apa….?

Dia bukak YouTube. Maka muncullah video clip Hindustan

“rojaa janeman.. tujeke mera dil”
Apa maksud dia?
Aku tutup mata nampak hang… ayaq mata aku untuk hang… nafas aku untuk hang

Ini bukan chaiyaqq.. ni syirik…

Hahaha

Khamis, 12 September 2013

everything to me

suddenly become my favorite song now

I just wanna get there 
But I hope it's not too late 
Cause the closer that I'm getting 
The more I feel the way 

Sabtu, 17 Ogos 2013

sedih

bersedih

kerana Mursi kini disorokkan. entah apa yang jadi padanya.... kan banyak video dan gambar tersebar. aku rasa video dan gambar itu ditunjukkan pada mursi.. untuk pelbagai sebab. ganggu mental dia mungkin. tapi dia bukan calang2 orang

dan mula lah macam2 fitnah tersebar tenang beliau. seperti mana yg tersebar pada erdogan. Aku tak faham pada yang percaya... kaji lah betol2 weh... ape ni korang...

sedih. tapi keyakinan tak akan hilang. dari kejatuhan Turki Uthmaniyah pada 1924, penubuhan Ikhwanul Muslimin pada 1928....... kita tunggu, usaha dan doa.. 2028.. genap 100 tahun ikhwanul muslimin ditubuhkan. aku yakin, Allah pasti membantu.. pasti menolong. pasti Islam akan tertegak


Rabu, 14 Ogos 2013

tanpa Ragu

The world is a dangerous place to live; not because of the people who are evil, but because of the people who don't do anything about it.

Albert Einstein

puak tajarud masih lagi tetap berhimpun secara aman, berkali2 IM mengingatkan supaya tetap berkumpul cara aman. walau pun tamarud berkali2 melakukan provokasi (tembak rambang, sniper, bom)

mereka tetap berkumpul aman, senjata mereka hanya batu dan mercun. tapi dituduh pengganas

yang cedera ramai tak dapat diselamatkan... kerana hospital dibakar... menyebabkan yg terkini 2000 syahid

Allah...... bantulah.. lindungilah mereka

Allah.. aku yakin, aku tak ragu... mujahidin pasti menang.. Islam pasti tertegak


Ahad, 14 Julai 2013

jalan semula

masa minggu lepas dan lepas
rasa boleh lari laju-laju dalam landasan ini
tapi tersasar sebentar

salam
banyak menipu
tak lama kemudian banyak fitnah
hukumnya Berdosa pada Allah
dan berdosa mangsanya

menipu dan memfitnah
jangan jadikan darah daging
dosanya besar
berhentilah

ya Allah... beri kekuatan pada aku untuk memaafkan
dan beri kekuatan pada aku untuk masuk semula dalam landasan
jem kejap study sebab ini...