Isnin, 10 November 2014

pengalaman

sebab aku anak sulung, dengan sepupu pun tak rapat. Cuma ada kawan2 seperjuangan. jadi masa kawan2 pregnant.. ambil sikit2 pengalaman dorang. Macam2 pengalaman dorang ceritakan. tapi itulah, dengar cerita tak sama dengan bila kita mengalami sendirikan

Sebenarnya 2 minggu sebelum period ada dapat rasa perubahan. Badan rasa beranginlah sangat. waktu tu tengah sebuk jalan raya ke sana-sini. suami pula orang kelantan yg terkenal dengan makanan pulut macam nasi dagang tu. uish... lepas makan nasi dagang, naik kereta lalu jalan melingkau-lingkau. Rasa macam subhanallah, kenapalah ni. Otak macam ada banyak angin, sendawa bukan main lagi. Lepas tu dah elak dah semua makanan berangin macam kobis, baby corn, timun, pulut, kuey tiow dan apa sahaja yang dah dipanaskan semula.

sebenarnya dah expect pregnant masa tu, jadi google semua symptom, dan terkena dah. Tumit sakit, nak jalan macam susah. tapi tak check dulu UPT (urine pregnancy test) sebab berdasarkan pembacaan, kalau awal2 check nanti tak nampak, jadi rugi je. UPT kit bukan murah (untuk yg sedang berjimat). tapi tak sabar nya lah nak check!!.. makanya sehari lewat, terus check. hehe. beli jenama dip n tell je. murah tak murah sangat lah. RM8. alhamdulillah.. terang dua line. selepas itu bermulalah pengalaman trimester pertama.. sampai hilang 3 kg.

akhir trimester pertama hilang lagi 2 kg sebab demam, tonsil bernanah kena ambil antibiotic. nurse dgn Dr pun dah kecik besar kecik besar je pandang aku sebab berat turun. tengah usaha menaikkan semula ni. sekarang baru nak masuk trimester kedua, dah mula sakit pinggang, sakit belakang. jalan dan duduk pun susah. tidur payah nak lena sebab asek ke tandas. jadi aku banyakkan minum waktu siang. Malam kurangkan sikit minum.

Waktu ini faham sangat kenapa perempuan tak perlu pergi medan perang untuk jihad. Pregnant pun dah kira jihad. dan terfikir macam ni lah mak mengandungkan aku dulu. sebab waktu ni tubuh flushh semua hormone, organ-organ pun beralih tempat. banyak perubahan sebab nak prepare untuk khalifah dalah perut. Terfikir, macam mana meraka yg pregnant luar nikah tanpa siapa2 tahu? pregnant suami buat hal n bagi talak? macam mana dorang lalui ye. kuatnya dorang. sokongan dari suami dan family sangat2 penting. Belaian suami pun dah cukup nak redakan gundah hati ni. =)

semoga aku dapat lalui 2nd trimester dan seterusnya sampai bersalin dan membesarkan dengan mudah, sihat dan makin rapat pada Nya. dan tetap jadi isteri dan anak yg solehah. amin.