Isnin, 10 November 2014

pengalaman

sebab aku anak sulung, dengan sepupu pun tak rapat. Cuma ada kawan2 seperjuangan. jadi masa kawan2 pregnant.. ambil sikit2 pengalaman dorang. Macam2 pengalaman dorang ceritakan. tapi itulah, dengar cerita tak sama dengan bila kita mengalami sendirikan

Sebenarnya 2 minggu sebelum period ada dapat rasa perubahan. Badan rasa beranginlah sangat. waktu tu tengah sebuk jalan raya ke sana-sini. suami pula orang kelantan yg terkenal dengan makanan pulut macam nasi dagang tu. uish... lepas makan nasi dagang, naik kereta lalu jalan melingkau-lingkau. Rasa macam subhanallah, kenapalah ni. Otak macam ada banyak angin, sendawa bukan main lagi. Lepas tu dah elak dah semua makanan berangin macam kobis, baby corn, timun, pulut, kuey tiow dan apa sahaja yang dah dipanaskan semula.

sebenarnya dah expect pregnant masa tu, jadi google semua symptom, dan terkena dah. Tumit sakit, nak jalan macam susah. tapi tak check dulu UPT (urine pregnancy test) sebab berdasarkan pembacaan, kalau awal2 check nanti tak nampak, jadi rugi je. UPT kit bukan murah (untuk yg sedang berjimat). tapi tak sabar nya lah nak check!!.. makanya sehari lewat, terus check. hehe. beli jenama dip n tell je. murah tak murah sangat lah. RM8. alhamdulillah.. terang dua line. selepas itu bermulalah pengalaman trimester pertama.. sampai hilang 3 kg.

akhir trimester pertama hilang lagi 2 kg sebab demam, tonsil bernanah kena ambil antibiotic. nurse dgn Dr pun dah kecik besar kecik besar je pandang aku sebab berat turun. tengah usaha menaikkan semula ni. sekarang baru nak masuk trimester kedua, dah mula sakit pinggang, sakit belakang. jalan dan duduk pun susah. tidur payah nak lena sebab asek ke tandas. jadi aku banyakkan minum waktu siang. Malam kurangkan sikit minum.

Waktu ini faham sangat kenapa perempuan tak perlu pergi medan perang untuk jihad. Pregnant pun dah kira jihad. dan terfikir macam ni lah mak mengandungkan aku dulu. sebab waktu ni tubuh flushh semua hormone, organ-organ pun beralih tempat. banyak perubahan sebab nak prepare untuk khalifah dalah perut. Terfikir, macam mana meraka yg pregnant luar nikah tanpa siapa2 tahu? pregnant suami buat hal n bagi talak? macam mana dorang lalui ye. kuatnya dorang. sokongan dari suami dan family sangat2 penting. Belaian suami pun dah cukup nak redakan gundah hati ni. =)

semoga aku dapat lalui 2nd trimester dan seterusnya sampai bersalin dan membesarkan dengan mudah, sihat dan makin rapat pada Nya. dan tetap jadi isteri dan anak yg solehah. amin.


Khamis, 16 Oktober 2014

Checkup dihospital kerajaan

apa yang susahnya nak checkup? pegi jelah kat klinik macam selalu..... tapi itu lah.. sejak setahun terperap kat rumah ni. aku kurang selpkompiden.. aku jadi tak berani.. duniaku hanya dirumah. kalau buat benda tak melibatkan mulut.. boleh je jalan2 semua.. mulutku bercakap hanya dengan family dan rakan2 rapat sahaja...

tapi kena la pergi.... lepas tahu positif pada minggu ke lima.. kawan2 yg berpengalaman cakap kena pergi minggu ke 7.... kalo lebih 12 minggu kena marah.. kalo kat melaka wajib bawak potostat IC dan potostat sijil nikah.. 2 copy

jadi aku pergi ke poliklinik ayer keroh pada minggu ke 7.. pergi dengan adik bungsu.. sampai sana nurse kata kena ikut alamat... oooooo kena ikut alamat.. untuk alamat aku tempatnya di klinik desa batu berendam.. tengkiu nurse

klinik desa batu berendam memang desa.. diperbuat dari pada kayu.. kemudian kalau nak masuk kena bukak kasut.. tapi dalam dia meriah.. ibu2 boleh bawak anak dan duduk bawah (memangla bawak anak).. baring2 depan TV sambil ada udara yang nyaman lagi syokkk.. memang desa la wa cakap lu...

G kaunter.. cakap nak check mengandung.. (kwn aku cakap.. cakap nak bukak buku merah.. tapi aku kan tgh ketakutan) nurse tu baik laa.. dia bagi num. then terus dia suh timbang berat.. amek darah cek air kencing.. masa amek darah aku tanya.. sini Dr pumpuan kan.. dia kata a ah.. dr pumpuan.. lega la aku.. kao Dr laki aku mintak blag n pergi hari lain.. ye laa.. kene scan kooot.. mesti dia tgk peroot.. aurat tau

amek numbor dan tunggu lah... then nama kena panggil untuk cek tekanan darah.. pastu kena baring dalam bilik ada langsir.. cehh!! kwn aku tak cakap pun dia wat full body check.. terkulat-kulat aku..tak ready kott

diberi nasihat pelbagai nasihat. kena jaga elok2, makan berkhasiat.... macam2 lah.. tapi nurse2 klinik desa ni baik2.. aku suka sangat.. sukalah..lepas tu pergi jumpa Dr.. sebab 1st time memang kena jumpa Dr... nurse bg ubat.. 3 jenis... Iron, b-complex, folic acid

Dr check pernafasan.. check kelenjar thyroid, lepas tu tanya muntah ke tak.. alergic ubat ke..then tiba lah masa yg dinantikan.. scan

alamak.. us scan pun memang desa la... yg fesyen lama... ini yg aku nak marah kerajaan ni.. tak boleh ke nak ganti scan tu yg elok sket.. tapi dengan kepakaran Dr tu.. dpt la tgk kantung.. yg aku tak nampak pun.. sebab mata Dr je nampak.. haha.... Dr kata nak jelas.. g la klinik swasta.. tgk yg 3d..

selesai checkup pertama

checkup kedua pada minggu ke 11..haa.. dapat pergi dengan suami.. sebab suami cuti.. yey.. lagi pun takda sapa nak teman..suami pun suka tempat ni. dia kata even macam kena tunggu lama sikit, tapi seronok tengok gelagat macam. 1 Malaysia..melaka kan meang 1 malaysia

 kali ni rentak dia sama je.. dia check berat,.. oh.. berat turun 3 kg... Hb pun turun.. air kencing ok... kena refer Dr sebab berat turun. Dr suruh naik kan atleast 500 g lagi 2 minggu..

tapi ni baru seminggu.. aku da naik 1 kg.. memang pakar menaikkan berat.. lagi pun mabuk dah kurang.

 ada scan baby... yey.. nampak.. wahh wah.. thats our baby!!

Sabtu, 11 Oktober 2014

bila dia marah jadi rasa takut...
pernah berlaku dulu.. then aku nangis
dia cakap
marah macam mana pun.. takkan lebih dari sayang dia pada aku... sambil usap muka

sekarang.. kena ingat pernyataan tu banyak kali.. untuk lega..

hu.. hidup rumah tangga ni indah.. ujiannya pun ketat juga

mungkin jadi terlalu sensitif akhir2 ni.. normal kot

Selasa, 8 Julai 2014

cerita kawen kawen

setelah menghentikan diri dari inbiosis dengan jayanya (banyak la kau.. tesis pun tak siap siapp...) ohh. dah lambatnya nak update.. tapi bukan ade orang bace blog aku pun.. ok sambung sambung. bulan februari yg lepas dah tak dekat bangi dah. kemuda bulan tiga pegi jepun. eleh. bunyi macam hebat. ko tak tau kena sponser. ko tak tau poket kosong.. tapi itu rezeki..

balik2 terus semangat waja nak kejar macam-macam itu wedding.. kawen laa kawen.. sebelum ni survey sana sini.. ikut fb. oleh kerana sebab tertentu.. aku dan tunang amek keputusan untuk buat sendiri... macam hebat je bunyinye kan.... tu bukan hebat. tu macam mengada.. lebih pada syok sendiri.. kemudian menguatkan hati dengan berkata. tak apalah orang cakap apa.. (macam ade orang peduli.. ko bukan pemes pun ain) asal ikut taste.. mengada..


dan pada tarikh itu pun kami kawen... ni malas da nak tulis sebab dah ngantuk sangat.. ye.. dah sebulan dah kawennye pun... inai pun dah tinggal separuh...baru tetibe semangat kunun2 nak tulis blog..

nak tido la.. nanti aku letak gambo yg dah diluluskan oleh LGLBU (Lembaga Gambar Lulus Boleh Upload)

nyte to no one

Khamis, 17 April 2014

Jepun TOkyO MeiJi Univ

selama seminggu
semua yang positif orang cakap pasal Jepun.. memang macam tu la yang aku lalui.. kadang rasa macam perghh... tinggi peradaban dorang ni

duduk kat tokyo... jadi mahal siket
best amek banyak gambar

pergi 4 orang. mujur suami syida penah belajar kat Jepun. jadi buta huruf kat sini. dowang tak suka dan sgt jarang guna english

pandai gile... mujur dah prepare slide.. ape la dorang ni.. bape ramai orang pandai korang nak buat






Rabu, 9 April 2014

bukan nak tunjuk pandai

niat utama untuk elakkan baju yang ketat, jarang...
sebab banyak butik kalau tak ketat.. kain meleret.. haram hukumnya
untuk mekap
tak selesa muka tebal sangat
tak suka muka berubah sangat
kalau berubah tu jadi cantik pun.. tak suka 'jadi orang lain'
biar suami yg menatap.. adalah wajah ini
bukan tak ada tukang mekap yang pandai buat. tapi mahal sangat. tak mampu

tiba-tiba cara mat saleh kawin jadi sumber inspirasi pula

mereka buat veil sendiri... baju pun ada yg beli lelong dan lepas tu hias sendiri... mekap memang sendirilah..
tak membazir

moga tak jadi buruk n pelik sangat nanti...

amin...

Isnin, 17 Mac 2014

blank

tengah menulis tesis...
sambil tu
buat persiapakan untuk kahwin

membuat keputusan untuk
hanya tempah pelamin
sebab baju mak andam banyak yang ketat.. kalau tak ketat meleret panjang lebih satu hasta dari kaki (haram)
Untuk mekap, diminta nipis... jadi baik mekap sendiri... 
biarlah 

hantaran dan veil tak siap lagi

dan tak tahu mahu kerja apa
tak tahu bagaimana mahu menyenangkan hati mak abah
kadang orang kata bukan dengan duit
tapi... duit tu penting kan.. walau bukan segalanya

blank.. untuk kerja apa nanti
tapi sentiasa ingatkan diri
yang Dia dah rancang...

buktinya.... ada banyaaak perkara yang kita blank dulu
tapi kini dah depan mata
contoh paling baik untuk aku adalah bakal suami

jadi
bila blank kerja apa
serah pada Dia
dan mintak Allah
tolonglah.. uruskan hati parent dengan cara terbaik tentang masalah aku ini
sebab tak tahu nak doa macam mana... blur

a ah... tiap kali tak tahu nak doa macam mana
aku just doa
Allah.. bantu aku jauhkan aku dari sedih dan kecewa.. nak hepi2..uruskanlah.. aku serah padaMu

oh ya.. minggu depan pergi jepun
ada presentation
tapi.. bukan dalam mood nak holiday
banyak benda yang sangkut lagi
Allahh....


MH370.... speechless.... =(


Isnin, 17 Februari 2014

suka suki

ada kesimpulan

undang-undang yg datang dari Allah itu menepati fitrah manusia
tiap-tiap manusia itu ada peranannya
tanggungjawab

andai tak lakukan peranan dan tanggungjawab
hati jadi tak tenang
tiada ketua
tiada hormat
kacau bilau

boleh nampak dalam rumah tangga
keluarga
kerja

rasanya musuh2 islam serang kita melalui ini

Ahad, 26 Januari 2014

hilang

sebanrnya dah 2 tahun.. berlawan dengan diri
untuk siapkan lab n thesis

makin hilang dan hilang 
penat push diri

bergerak dengan sisa-sisa yang ada

allahuma yassir wala tuassir

Khamis, 9 Januari 2014

Majlis tunang

1. Tarikh, dapat tahu 2 minggu sebelum, jadi hanya ada 3 hari nak bersiap betul2. sebab ulang alik dari bangi ke rumah.
2. hari pertama terus cari baju dan barang2 hantaran. sebab ini 1st time dalam family. beli par terus. 
3.Balik rumah.. terus buat hantaran. Pihak lelaki bagi 5, jadi kami balas 7. - kek, buah, kitab ibnu katsir, bunga rampai, coklat, baju dan sejadah..  penat buat benda ni... 
4. Baju.. rm150 sebab mak suruh beli baru. Veil buat sendiri (simple giler), handsock lace jumpa kat alamanda.. comel!! hehe


5. Pelamin... mak mintak jugak.. huhu.. nak buat simple sebenarnya. tapi..hmm.. alhamdulillah, dapatlah dekat kawan, rm 300.. wuwuwuwu
6. disebabkan kesibukkan ini... tak sempat nak rasa neves sangat.. sebab saudara mara ramai tak dapat datang. mujur ada kawan2 adik yang menolong..
7. katering mak tempah untuk 150 orang. sebab pihak lelaki ada 30 orang. then kawan mak lagi.. kawan abah lagi... hehe..nasib baik cukup.. kawan aku, aku jemput cuma 2 orang je. tu pun yang duduk melaka. sori tak jemput yang lain. tanak menyusahkan korang sebab tarikh last minit kan.
8. Bila dah selesai.. subhanallah.. leganya... sebab macam2 drama sebelum terjadinya. tapi tu semua ujian Allah.. alhamdulillah. Kita ini kerdil. Tiada yang berkuasa selain dari Nya.

 Kawan-kawan adik yang datang tolong

 Bestieee... !

 Mak abah.. penat masing2
cepatnya momen ni berlalu

 Bincang bincang.. hehe

 dari pihak lelaki , cantik kan?

 Family saya!!

penat nak tegakkan badan... 

seterusnya gambar yang tunang aku edit




Hehehe

Alhamdulillah.... doakan kami... huhu..