Ahad, 25 Julai 2010

zila berjoget lagu mirotic dengan kengkawan

pada mulanya aku mencadangkan dorang joget lagu super junior.. sorrysorry

tapi dia mahu pilih lagu mirotic

sebab ada 5 orang

tapai aku tak ada rakaman dia..hmmmm

AKU TERKEJUT..! PEHAL ADIK AKU SORANG NI

mereka berjoget untuk majlis ape ntah.. anjuran st. john sekolahnya... mujur aku tgk pakaian dorang sopan.. dan tiada gelek2 arab segala

dan yang paling hot..

tarian mereka dapat sambutan, siap suruh ulang lagi..

amboi


contoh lagu

Isnin, 19 Julai 2010

kunci rumah 2 hari dah expired

aku benci kedai kunci kat PKNS bangi tu.. (amek kau)

kunci umah ilang.. ok.. memang la aku ni nyayuk.. adalah sesuatu yang standet jika aku kehilangan kunci umah, kunci bilik dan kunci kete, ape2 kunci lah

wat duplikat setelah di warning berkali2 oleh housemate.. dalam kekangan masa nak hantar nana ke UIA PJ, aku sempat singgah ke PKNS bangi

datang2 kedai kunci budak tu tengah korek jerawat.. ceh.. lantak kau la kan.. aku bagi kunci.. suh wat satu set

1 untuk umah, 1 untuk pagar 1 untuk bilik = RM 10... mahal

bajet2 je aku sangkut kat kunci kete, supaya tak senang hilang..haha

tiba yg untuk pagar tak boleh masuk

pegi betulkan lagi

ok dah betul.. berjaya masuk dalam pagar

2 hari aku gunakan dengan senang lenang

dan hari ni tibe2.. hampeh betol.. kunci umah tak leh pakai pulak. umah takde orang.. dah la aku nak mandi.. adoiyai

terpaksa tunggu nani abis tusen..

tengok dulu.. pintu tu rosak atau kunci ni yg bodo..

memang bodo

dah lama aku tak mencarot lebeih2.. cam nak start balik je ni..


Ahad, 18 Julai 2010

ceh

ceh

Dr cuti harini

rupanya..


kalo aku tahu aku dah terbang tempat lain dah

ceh

takpe.. demi mencari rezeki halal..

haha

Rabu, 14 Julai 2010

meniru entry/ post orang lain

meniru gaya/style/cara penulisan orang lain

tak perlu rasanya..

kalau minat dengan cara penulisan dia.. baca sajelah.. takperlu nak terpengaruh atau terikut2 (sebab selalu sangat baca, setiap hari kot)..

jadi annoying dan menggelikan bila itu bukan diri kamu sendiri

And I see your true colors
Shining through
I see your true colors
And that's why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colors,
True colors, are beautiful,
Like a rainbow

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/g/glee_cast/#share

tak perlu meniru
-saje-

Jumaat, 9 Julai 2010

update

oh.. lama dah tak update blog

setelah beberapa lama menunggu.. aku tertido.. terjaga semula

he.. ape aku mengarot malam2 buta ni

hari ni.. ok.. minggu ni.. punya minggu lepas.. asek2 bizi

- kerja lab master... tambah satu lagi enzim terbaru yang di jumpai.. damn.. 2 dah.. yang aku tak sorok buku log tu napa.. bila supervisor nampak result.. terus.. terus.. suh wat dua.. balik lewat setiap hari.. 10 mlm ok, makan jadi tak tentu.. aku tak nak gastrik lama datang balik..hu.. balik mesti malam2... terus penat.. dalam lab tak dan nak duduk.. ujian

- mak tak sehat =(( please.. doakan untuk mak saya..hu~

- besday =)...... thanks

kwn2 yang wish, nani yang bagi hadiah, cupcake dari k. diyana, kerongsang yang sgt cantik dari kyoung mi (korean student), baju dari mak dan abah, arab dinner dari zila.. dan.. he.. hari yang membahagiakan dari.., ok.. jgn gedik

- takde mood nak kuwus kan badan

- risau dengan pelajaran adik

- nana sedang usaha membiasakn diri kat tempat baru

- villa dari spain sgt ensem

- teringin, bukan, mengharap sangat. tapi tak tahu dapat ke tak.. jadi kena redha

- di pujuk, pujuk, pujuk, oleh prof dn supervisor.. sambung PhD........... tak mungkin

- mak nak cucu

- baru kena marah dengan abah sebab UKM - Bt berendam = 1 jam driving, (aku janji tak menjadi)

- terasa iman makin kurang

- asek tercakap melayu dengan budak2 korea.. gara2 dorang yang makin fasih berbahasa melayu..

- "ain, i like u" kata seong yong (mujur bukan i love u) hahaha.. erm.. sabar syg, sabar. gurau2 je ni.

- emm.. aku tahu bebeberapa orang yang rajin stalk blog aku.. hu.. simpan rahsia please =(


entah apalah aku mengarot ni kan... bila ada masa nak membaca ni.. otak rasa bengap asek dengan menda2 lab saje..hu

farnesol dehydrogenase dan farnesal dehydrogenase ----- 2 boypren saya

nak tido





-

Selasa, 29 Jun 2010

Reunion tanpa put pulak..huhuu

Reunion kali pertama ... tanpa Zati.. dulu.. sila klik cni

ini tanpa put pulak

rama-rama


kami


hehe


cantik kan.. ok.. lampu tu yang cantik





sempat


gambar yg mak mertua tak boleh tengok

haha

seronok

bila mahu ber enam niii

Selasa, 22 Jun 2010

Terus-terusan di Uji?

KENAPA AKU DIUJI?
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
Firman Allah SWT: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)

KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?
Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)

AKU RASA KECEWA!
Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)

Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?

Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)

AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!
Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)

Semoga Allah SWT tetapkan keimanan dan kesabaran di dalam diri kita dalam menghadapi dugaan2 hidup sebelum nyawa terpisah dari jasad, amein.

Sabtu, 19 Jun 2010

aku janji

bila terlalu letih dan mengantuk
jadi malas nak memandu

bila malas nak memandu
aku nak cepat sampai
sampai terpush 140 150 km/j
bagi org lain itu standard
gila apa

lepas ni..
aku tak mo dah
kalo letih.. berhenti.. bukan pecut
paling tinggi pun 120

ntah
kadang2 terfikir
bukan laju jd masaalah

tapi cuai

jangan cuai
uish
kene ade style

haha

berdoa selalu
dan jgn sombong

Jumaat, 11 Jun 2010

da tak de mood tau tak
tade moodd
farnesol tu rosak ke haa
aku letak pure2 pun boleh pulak ada aktiviti
dulu tak ada pun.. bengang tau tak.. bengang

ni kalo boss nak marah.. marah lah..
lantak boss la.. saye pun tensen tau tak
boss la ni.. suh letak dalam -4C
room tem... room tem la maknanya

ke farnesol tak boleh campur dengan acetone dan dmso
menyebabkan ada jugak aktiviti ha

weh.. dulu enzyme tu wujud
skang... kalo tak wujud mcm mana
ha.. cane

ape aku nak wat
tuka tajuk ke... sempat kot

cari keje lain.. malas nye lahai.. malas.. dah syok keje sini

awak.. datang sini cepat.. saya tensen laaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


aku ni

benda itu buat hal lagi
benda itu dah tak macam dulu
setelah dia yang suruh tukar letak kondusi tempat
adakah salah aku

aku bengang
seterusnya, pelbagai2 cerita aku dengar
takpa. walaupun menjejaskan sikit kesabaran dan ketabahan aku
tak apa?
bukan.. terpaksa teruskan master ni
ngok.. biasalah.. setiap menda ada cabaran

sekurang-kurangnya.. bila fikir masaalah ini
aku tak selalu fikirkan "benda yang sama" itu
dan tak adalah aku nak meroyan.
dan buat dia sedih