Rabu, 31 Mac 2010

Persetubuhan Haram

Sebab kes buang anak melampaui batas.haha.. setiap 17 minit, 1 bayi luar nikah lahir. alahai. kesian baby yg tak dose tu..

Bukan pasal persetubuhan haram. tapi cane nak elak menda ni. Aku dapat dari sini. jemput baca. best.

___________________________________________

Nak Hindar ZINA, balik pada langkah-langkah penutupan jalan zina oleh Islam

  • Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
  • Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
  • Berurusan hanya sekfar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
  • Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al –Ahzaab 32)
  • Tidak bertabarruj/ bersolek untuk menarik perhatian
  • Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
  • Tidak boleh bersentuhan (Hadis)

Dan jangan lembik-lembik, Misalnya, “saya tak berdaya ustaz, nak menolak semua ini. Saya rasa saya tak mampu, saya perlukan bantuan, hati ini terlalu lemah untuk menolak cinta!”

Ayat-ayat ini mesti dihentikan. Gantikan dengan ketegasan diri yang ditulis di kasut NIKE, “JUST DO IT”

Kalau masih BANYAK BERALASAN, Allah pun tak simpati!

__________________________________________

-= https://sslunblock.com. tak berapa elok nak block IP address. maybe ade IP blocker yg lebih baik? ape ek


Manusia mudah berubah. Syukur rasa diri menjadi semakin baik, selepas kesusahan yg dihadapi




Isnin, 29 Mac 2010

jangan ada sikit pun perasaan dengki dalam hati

biasanya. orang itu dia akan dengki. bila ada orang lain yang lebih baik, lebih bagos, lebih tinggi dan lebih elok dari dia.

tapi ada juga orang yg sudah ada semuanya. tapi dia tetap dengki dengan orang lain. walaupun orang itu hanya lebih sikit saja dari dia. atau pun orang itu tak lebih apa pun. Cuma dia tak suka orang itu bahagia. dia nak tengok orang tu sengsara. makin hari makin sengsara.. makin jatuh dan jatuh

kadang2 dia jadi dengki bila segala macam fitnah dia pada orang tersebut, orang lain tak percaya atau orang dah malas nak layan. tapi tetap diomong2 kan juga seantero dunia. Ya.. dengki, dan benci yang melampau, jika tak dibendung akan membawa fitnah. ringan sungguh lidah mengfitnah. asal semua orang benci dengan orang itu. asal aku menang, dia kalah!!!

atau pun dia terasa bosan. bosan sebab tak ada siapa lagi dia nak dengki.

atau juga dia rasa orang tu jeles dengan kebahagiaan yang dia banggakan. padahal orang tu rilek je.. ‘aiman tak kesah’

antara sifat2 pendengki, mereka suka melihat orang yang didengki itu dari jauh. tujuannya adalah untuk mencari kesalahan, hatta kesalahan sebesar biji sawi sekali pun. hasil dari kajian yang dilakukan akan digunakan untuk menjatuhkan orang tersebut…

mereka akan terus melihat senyap2 orang yang didengki itu. sedangkan orang yag didengki itu pun. ada dua spesis.. spesis yang tahu dirinya di intai banyak kali (calculated!) tapi wat bodo saja.. kedua, tahu diintai, kemudian kawal diri dari buat salah…dan yg ketiga.. lantak ko lah nak intai aku…

sila lah bertaubat…

Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang bermaksud: “Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dari Abdullah bin Basyar, Rasulullah bersabda:

Yang bermaksud: “Tidak termasuk golonganku si pendengki, orang mengadu domba, orang yang mempunyai ilmu menilik dan akupun tidak dari golongannya.”

Kemudian baginda membaca ayat al-Qur’an:

Yang maksudnya berbunyi: “Orang-orang yang menyakiti hati orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan di atas perkara yang tidak dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan dusta dan dosa yang nyata.”

yang diam itu lebih kuat dari yang banyak cakap. kepada mangsa dengki dan fitnah, ya.. saya tahu, bukan mudah nak tahan. kalau boleh nak pertahan kan diri. tapi siapa dengar? siapa percaya kata2 kita ni..jadi makin teruk pulak kan.. diam.. Allah ada. Dia Agung.. satu masa mereka pasti tahu.

saya angau

ini dapat dari blog epah tempohari. aku dah convert pada mp3..haha..gila



dan ini dapat dari adek






- lagu cinta.. adakah aku telah jatuh cinta.. hati ini berbunga2..tapi dengan siapa? aku sendiri pun tak tahu...kui2

wah.... kan dah cakap. tensen balik minggu ni.. dengan kerja..hahaha

Ahad, 28 Mac 2010

perempuan bukan tempat untuk anda tunjuk kuat!

aku bukak2 TV. ada pulak nampak 3 laki2 tgh pukol sorang perempuan ni. sebab perempuan ni tak bayar utang mak dia. Cerita revolusi Kldrift pulak. Scha al-yahya kene belasan cukup2 dengan gengster2. oklah, tu cerita TV. dalam hal ni, aku mula terpikir. kat mana nak cari filem arwah yasmin ahmad lagi. yg gambarkan kasih sayang. Oklah, memang ada unsur2 maksiat sket cerita dia tu. tak dapat nafikan. alamak.. terlarik pulak

tapi aku geram gila. kenapa nak tunjuk sangat kat tv ha? pengajaran ek. betol jugak… tunjuk lah muka2 laki $%^&* yg selamber dek tumbuk, bantai pompuan. pastu rogol. Budak2 laki yg kecik2 pon tengok. ter belajar pulak menda yg tak patot dorang belajar. orang2 dewasa kene pantau rrr tv skang ni.

aku penah jugak nampak sorang kakak ni, kene tampar dengan laki dia time kenduri kawen… akak tu saje nak rewang2, berkawan2, takkan nak terperuk je kat umah kan. sib baik makcik2 situ sangat bijak. makcik2 tu tak bagi akak tu balik umah. melalau le laki tu cari bini dia. ntah. aku pun tak tahu. ape jadi kat akak tu.. kalo kat arab pun banyak kes isteri2 masuk hospital sebab kes dera ni.

laki2 macam tu pengecut! dayus! semua tahu perempuan ni tak kuat.. yang nak tunjuk kuat kat pompuan nape. kalau betol anak jantan. ko pegi la cari laki2 yang sama taraf dengan ko. yang nak lepas kat pompuan kenapa? oh sebab ko tau ko boleh menang? itu lah, manusia ni kalo jahat, dia leh lebih hina dari binatang!

jadi, pada kawan2 perempuan.

  • bila anda kawen, sila jangan putuskan atau jauhkan diri dari kawan2 perempuan anda. keep in touch ok. memang patot tumpu pada rumah tangga, tapi apa2 jadi pon, kawan adalah selamanya. kan.
  • bila kawan anda kawen. tolong jangan pikir, ‘alah, dia dah kawen.. malas lah nak kacau’. ye, memang tak patot kacau. tapi sila tanya khabar tentang mereka. kalo rase suara dorang lain, pastu kalo jumpa ade lebam2. sila siasat… lebih2 lagi kalo nampak laki dia tu macam malaikat. mana kita tahu kan..
  • sangat bagos anda bersabar dengan penderaan mental. kerana dari situ banyak pahala nya. tapi bila dah sampai tahap penderaan fizikal tu. elok lah jugak kalo bagi chance sekali dua, demi anak2, banyakkan doa, insyaallah suami berubah. tak elok cerai ni... lagipun memang dia yg anda pilihkan, sebagai dugaan. tapi kalo dah berkali2, beribu kali! sampai patah2, parah. dah berdosa tu sebab biar diri diseksa. sila lapor polisi ya buuu.

aku rase takde la laki2 bangsat tu (oooi kasau nye) bace blog aku kan. tak amek pot pun pasal menda2 mcm nih. pesan2 lah kat mana2 laki yang anda kenal. kat budak2 laki yg kecik. bagitau dia, didik dia, jangan sekali2 angkat tangan kat perempuan. guna hikmah sket, ajar hormat perempuan, sayangi sesama manusia. skang pon dah ramai motivator, mintak nasihat sket kat dorang cane nak didik sape2 pun.

-=semalam pegi pesta buku PWTC dengan family..he.. sonok!

Khamis, 25 Mac 2010

Terima kasih ya Allah. terima kasih semua! =)

Fakta - ain suka tengok kucing. tapi sangat takot nak pegang

fuhhhh tarik nafas dalam2, tenang ain. tenang.. aku gembira.. bahagia

semalam aku amat tensen. hu.. tak.. minggu ini aku amat tensen. benar

Allah turunkan hujan, sebab nak hadiahkan pelangi yang indah =)

Ringkasan projek (mari berkenalan sikit)

ade lah dalam 3 bulan. atas bantuan kawan2 lab juga. berusaha untuk mendapatkan, mengkompemkan adakah enzim farnesol dehidrogenase ada dalam daun kesum? (kenapa nak cari. banyak manfaatnya nanti insyaallah)

aku punya sample, sample yang cuba didapatkan dengan menggunakan pelbagai method (lebih 10). tanpa rujukan yang padu. sebab ini kajian yg baru..

hantar ke GCMS (Gas chromatography-mass spectrometry) untuk kompemkan product (hasil dari pengoksidaan enzim) ada atau tidak

alhamdulillah~ ada! tapi sikit sangat. selepas ini aku kene betol2 optimizekan

dan sekarang ni aku kene kurang2 kan gembira. sebab banyak menda berkenaan lab aku tak pakar lagi. banyak yg aku buat silap masa lab.huhu. kena start balik dari awal. =)

-= semua orang macam tu kan. yang membezakan cuma bidang. tapi usaha, dan kesukaran, tetap sama.


annoying you!

uhuuuu

huhu huhu huuhuuuhuuuhu

sob. sob..sob..

huaaaaaaaaaa..huaaaa

huk huk..huk

huaaaaaaaaaaaa

argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kat dunia ni ade ke keje tak tensen?

‘takde..!!! ape pelik soalan ko’ kata mija



ZZZZzzzzzzzzzzzzzzz

Ahad, 21 Mac 2010

Buat bekas PA aku

hehe.. selamat hari jadi buat sahabatku

yang duduknya selang beberapa buah rumah dari rumah aku

yang pernah merangkap PA aku dulu. waktu tu zaman kita nakal2 lagi. sangat seronok.hehehe… adoi. terasa nak ulang lagi zaman tu. sudi sambung kontrak untuk jadi PA aku lagi?

yang kenalnya kita waktu form 1. dalam toilet.. baru aku tahu kamu pun tinggal kat umah baru aku

tempat keje mak pun sama

aku suka bihun goreng mak kamu

aku suka sangat dengan tosey mak kamu

kuah kari apatah lagi.. sangat suka

sedap sekali.. wahhh!!

terima kasih kerana amat memahami aku. menyokong aku depan dan belakang. mengangkat aku bila aku jatuh merudum. Bila aku ingat kamu. semangat aku naik semula

dan bekas PA aku. akan jadi pengapit pengantin aku nanti..hehehe.. aku mahu kamu yang jaga aku di bilik pengantin, atas pelamin dan makan beradab. okey? beres? janji !!!


Kamu tahu kamu siapa =)

Khamis, 18 Mac 2010

istikharah


hidup ini adalah tentang pilihan. setiap hari kita memilih. hatta bila alarm berbunyi pagi. memilih. mahu terus bangun, atau tunggu lagi 10 minit untuk mengerjakan subuh. namun dalam hal ini tak payah la pilih. terus je bangun. ape lah aku nih.. hek2


jawapan istikharah? kawan aku cakap. bukanlah semestinya dapat ikot mimpi. kadang2 mimpi itu mainan tidur. mungkin dia mudahkan jalan pilihan terbaik itu, mungkin kasi hint2 tertentu tanda2 tertentu. kadang2 tak terjangkau dek akal ini.. wah.. ajaibbb.. tidak. itu kuasa Dia. Tuhan Maha Besar. kita minta pada Allah. dan Allah akan anturkan, mudahkan kita buat keputusan insyaallah

dan bila setiap hari adalah tentang memilih. s3seeloknya jalankan istikharah ini setiap hari. itu nasihat dari sahabat. Tasneem namanya. bukan untuk jodoh sahaja.. banyak lagi menda lain dan matlamat lain kan

perasan tak weh. cicin pompuan tu ade hello kitty.. cutee!!!

mari kita baca lagi tentang istikharah. moga bermanfaat =)



Rabu, 17 Mac 2010

Zaman belajar sangat seronok

hu.. betol.. zaman belajar itu sangat seronok..

tak perlu pikir duit
tak perlu pikir macam mana nak bayar kete
tak perlu pikir kat mana nak duduk bila kene halau
tak yah pikir cane nak bagi alasan bila adek mintak belanja makan

perlu belajar je, pilih.... setakat lulus. sederhana atau cemerlang

uish.. aku sedey tengok pic nih..huaaaa


zati- masih praktikal GEMS. bagi lepasan ijazah. sekarang di Damansara

Put - Sambung master di Sabah

Tisya - kerja sebagai R & D di Damansara

Zura- Jadi housemate aku.. R & D dibangi

Nani - sambung master di UKM, housemate aku jugak. Bangi

aku - he

3 Bangi, 2 di damansara dan 1 di Sabah

setakat ini.. baru setahun... semuanya berlaku pantas.. mungkin esok dah lain tempatnya. mungkin esok dah lain kerjanya. mungkin esok aku dah tak ada

yang aku tahu. perjalanan bukannya mudah. setiap orang dari kita ada je masaalah2 dan dugaan yang Allah anugerahkan untuk menguji. Allah sayang kita. supaya kita ingat Dia..


-ini gambar, reunion kami yang lepas

bila lagi?


Selasa, 16 Mac 2010

kenapa benjy.. kenapa


hu... aku minat gila dengan mamat nih dulu

lakunan dia best.. especially dalam cite jibek tu. dia jadi host pon best.. mcm dalam muzik2 tu

sedey.. hope dia tak bersalah

kalo tak..

tali gantung

ohh.. tak sanggup

- kesian mak dia..




lapa.. pasar malam bangi memang best.. hehe