Isnin, 15 Mac 2010

aku cuma risau..

aku cuma risau.. (siapa aku nak risau)


aku menyukai komen dari En.myn.

tujuan aku membuat entry tersebut. bukan sebab untuk memburuk2 kan, mengutuk atau apa sahaja yang negatif. entry tersebut nampak bias pada kaum perempuan. sebabnya aku biarkan tergantung. sebabnya semua sudah tahu point2 kenapa perempuan sudah semakin naik. dan akan menurun semula sebaik sahaja menghayunkan buaian.

dan macam jangkaan. aku di buzz pada YM aku ni. memberikan bukti2 menghakis point2 aku tadi. point yang akui bercampur baur antara baik dan buruk...hehe

Alasan aku

1.negara Islam. pemimpinnya perlulah lelaki. lelaki yang bijak bukan sahaja dari segi kemahiran. tapi juga dari segi akademik. bijak dari sudut agama. sebab nak memimpin… tak perlulah katakan tidak pada situasi sekarang yg semakin kurang kualiti berbanding dahulu, bebanding zaman2 anda. zaman2 mak ayah kita. kenapa?

2.pengalaman aku menjadi fasilitator, cingu tuition. memang merisaukan bila tengok bakal2 pemimpin kita. ya, mereka belum matang. bila dah matang, pandai fikir. mereka boleh la berjaya.. jadi pemimpin yang baik pada negara. elok dan kaya raya. adakah?

3.tapi bila aku baca biografi tun mahathir, Tan Sri mokhtar al-bukahry, chef wan, Dato shekh muszaphar, even rosyam nor sekalipun. biarpun tak semua mereka bermula dengan pelajaran yang baik mereka berjaya sekarang. sebab didikan sempurna sejak kecik. semangat sejak kecik. kesusahan sejak kecik. tapi zaman sekarang

4. perkara yang tak boleh dibiarkan. kita lebih suka pada aktiviti budaya pembodohan..

1. malas. (negatif)

2. banyak video game (negatif)

3. terlalu kacak sampai ramai awek (negatif)

4. tak suka membaca. suka kemahiran (positif)

5. lebih suka memasak untuk jadi chef (positif)

6. meminati maria ozawa dan katun hentai (negatif)

7. tak kesah kalau pompuan lebih pandai. tak tercabar langsung. redha. (negatif)

8. kalo pompuan pandai pun, dorang ramai. lelaki sikit. busuk2 laki pun, laki tetap laku untuk diajak kawen. (negatif)

point2 ini bukan semuanya negatif. tapi mejurus kepada penyebab yang menyebabkan akademik yang lemah dan menyebabkan bidang profesional makin kurang dapat pada lelaki..aku lupa nak highlight kan.haha.. aku akui. aku juga khilaf.. =(

p/s- mungkin.. sebab aku bercampur dengan masyarakat di Universiti, juga dgn org2 bisness… kemudian.. bercampur lagi dengan mat rempit ( yg baik), lepasan spm+ pmr. dapat aku lihat dengan jelas perbezaan pemikiran mereka.. jelas.

-aku mencintai Rasulullah, mengkagumi khadijah dan aisyah... aku bukan anti lelaki. aku penyayang orangnya. =p

Ahad, 14 Mac 2010

klinik 1 malaysia

masa temuduga haritu.. seriously... dont no the helllll wat is klinik satu malaysia

dont u read newspaper.. pergh. tajam.. but aku wat bodo je.. terlalu jujur cakap.. tak tahu.. sebab memang tak tahu.. itu je slek.. yang lain dpt jwb dgn yakin. alhamdulillah

kalo ade rezeki dapat lah.. dah usaha b4 tu.. bukan tak..

tapi klinik bapak aku satu malaysia what

pemilik dia india, bapak aku jaga bahagian x-ray, yang account cina..

malas nak bace tentang klinik 1 malaysia ni..

nyampah. sakit hati

ade kawan tak tahu- ain.. aku pun tak penah dengar
yang tahu - gelakkan aku macam aku tak tahu rukun iman pulakk..ces...


lain kali rajin2 bace surat kabar ain




demnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Khamis, 11 Mac 2010

orang laki kene ikot cakap pompuan lepas nih

Muhyiddin, also the education minister, said there was much to be done to improve the performance of students in rural areas and among boys as “it is no secret that the girls achieved better results”.

Furthermore, of the 7,987 students who excelled, 4,683 (58.63 per cent) were girls.


berdasarkan ayat di atas. jelas menunjukkan pelajar2 lalaki sudah kurang pandai berbanding dengan perempuan terutamanya dari segi pelajaran

1. malas.
2. banyak video game
3. terlalu kacak sampai ramai awek
4. tak suka membaca. suka kemahiran
5. lebih suka memasak untuk jadi chef
6. meminati maria ozawa dan katun hentai
7. tak kesah kalau pompuan lebih pandai. tak tercabar langsung. redha.
8. kalo pompuan pandai pun, dorang ramai. lelaki sikit. busuk2 laki pun, laki tetap laku untuk diajak kawen.


ini adalah fenomena kurang sehat. perempuan akan terus melangkah maju mara kehadapan. takkan diam. dan lelaki nak redha je. terus malas.haishh

namun dari segi kekayaan lelaki lebih ramai kaye. kerana mereka suka bisnes. tapi itu lelaki era dulu. ni cite pasal lelaki era sekarang. ade yang malas nak cari duit. ada duit jadi boros. ada yang cara tak halal. ada yang pentingkan hobi dari pelajaran...

semuanya bermula dengan pendidikan agama islam dan akidah yang mantap. begitu juga kasih sayang dari ibu dan ayah. bla..bla..blaaa.............

'ni salah pompuan. saye nak belaja, tapi semua pompuan cuba menarik perhatian saya. saya susah nak tumpu dalam kelas' - seorang pelajar di taman yang wajahnya iras2 dafi + robert parkinson





Tahniah buat nana~

tahniah buat adik aku, Nor Ain Shahzana,


time aku tahu, aku dalam bas batang yang buruk... terpaksa naik laa.. kalo tak malas nak naik tau... menangis pulak dalam bas tu

minah ni tak nangis pun..ces


teruskan usaha. banyak lagi halangan kat depan.. tahniah dengan 10A itu.



p/s- adik aku nana ni selalu buat solat dhuha.. aku nak amalkan lah. hehehehe.. orang cakap murah rezeki!

Selasa, 9 Mac 2010

masa depan yang kabur

selalu orang akan cakap macam tu.. selagi tak dapat kerja tetap

ni sume sebab kerajaan kedekut nak bagi duit kat penyelidikkan. aku tak tahu nak smbung master ke tak. selera tu ade.

tapi aku pulak.. terpikirkan adik2 yang seolah2 baru nak bernafas tu.. mak abah kate mampu nak bayar aku. tapi the problem is. aku dah tak mahu di bayar di tolong atau di hulur duit. setiap kali balik. nak hulur beratus-ratus. smpy malas nak balik rumah. kesudahannya. aku amek setengah je. itu pun ratus jugak. tapi peliknya. aku balik jugak setiap minggu..ekekeke.. bukan2.. bukan sebab duit

master skang ni dpt gaji.. bayarannya sedap la jugak. the problem is. Ura2 mengatakan bayaran untuk aku ni hanya bertahan 3,4 bulan saje

dan aku baru RA.. lum lagi daftar master. tapi kerja yang aku buat ini adalah untuk master. saje daftar lambat2. sebab research ni baru. kalo tak jadi research ni. tak ke naya aku nak cari research lain. tak ke makan masa 3,4 tahun pulak nanti? tak ke banyak nak bayar untuk yuran?

dan aku dapat dua tawaran dari kerajaan. intervio je.......... doa kan aku. aku nak usaha betol2 dlm intervio ni.. kalo dpt keje ngan gamen.. wah. kembang kempis dada ku mengucapkan syukur. ( baru kutuk gamen tadi..haha)

sekurang2 nya dapat aku tolong adik aku nana yang nak jadi Doktor.. dapat aku tolong Zila yang nak jadi peguam

aku tak penting.. tapi dorang..adik2... mereka tanggungjawab aku. maka abah kene slow down rehat.

-= TAK SUKA SUNGGUH!!.. Lelaki yang lebih pentingkan ISTERI dari MAK dia sendiri...!!


Isnin, 8 Mac 2010

jgn baca entry bodoh ini

takkan lah kehidupan aku ini cuma ada kau aku dan dia je

aku juga ada mereka..

dan dari dulu.. kalo aku tulis entry pasal seseorang yang aku tak namakan. atau tulis distatus FB tentang orang yang juga aku tak nama kan. Kerana nak meluah kan rasa ( itu perangai pompuan suke meluah kan)

perkataan atau status itu bukan untuk kau.. mungkin untuk orang lain.. yang kau perasan dan melenting sangat kenapa?

wat the hell

kalo aku tulis pasal kawan2 ke.

banyak wo kawan aku.. sekolah tukar berapa kali, kerja pun banyak tempat dah.

dan kalo aku cakap pasal ex bf

ex bf aku ade 5 orang......... tak semestinya yg sorang tu aje aku cite.. banyak lagi leh aku cite..

nak melenting napa wooooiii


-= dan kalo terbaca, entry ini khas untuk lelaki itu.. bukan perempuan itu. terimakasih



Khamis, 4 Mac 2010

abortion pic

picture.


nangis dahhhhhhhhhh




formspring.me - ask me everything...

nani memperkenalkan formspring.me

2. buat macam biasa

3. fungsinya? anda boleh bertanya pelbagai soalan pada orang lain (yg ada akaun) secara anon atau pon ikot la.. anda nak buat akaun pun boleh. lagi bagos.
4. soalan itu akan masuk dalam inbox orang yang anda tanya tu
5. terpulang pada dia sama ada nak jawab atau tak
6. soalan akan terpublish jika orang yang anda tanya nak publish..

itu aje..hehe

ok.. ni akaun aku.. so ask me everything.. secara bole... buat profile lagi bagos..


-= adik aku mengaku dia anta msg marah2 kat budak tu.. hmm.. tapi aku tak marah pulak..ekeke


Selasa, 2 Mac 2010

Trilogi Laksamana Sunan

di karang oleh Ramli awang murshid. seronok membacanya kerana En. ramli pandai bermain bahasa sastera ni. maklumlah, orang lama ni pandai bunga2.. orang2 mude ni asek nak direct2 je.. tak thrill.. huh!

buku ni banyak pasal sejarah melayu dan juga indonesia. juga tentang geografi, dan semestinya meliputi keagamaan. ade silat2 dan adegan2 ganas. Bila baca anda akan terus terbayangkan kejadian tersebut. penulis pandai bermain dgn imaginasi pembaca... buku ini tak terlalu berat. santai~ ( santai pada aku laa..hehe)

mula melekat sejak buku yg pertama (bagaikan puteri) dipinjam kan oleh KB terbakar kepada aku. waktu tu aku baru je..hehe.. so memang tgh sdey. KB cakap kalo ko bace buku ni. ko akan rase, saifuddin adalah pakwe ko. betol-betol-betol

Bagaikan puteri
"Awan... kalau dapat kucapai maka saktilah hamba.

Cinta Sang Ratu
"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji TUHAN. Pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan."


Hijab Sang Pencinta
‘Mati Itu Pasti, Hidup Insyaallah’


-= ade orang asek mengacau. kemudian mms kat aku. mms pic aku tgh makan. mujur pic aku sendiri. kalo pic lain? mau pengsan. terpaksa suruh membe menyamar jadi pakwe untuk marah dia..ekekekeke.... mintak tolong menyamar pun mintak upah.. ceit...!!

Isnin, 1 Mac 2010

when you learn to love yourself

lagu yang amat popular satu masa dulu

dapat email dari sahabat.. maybe sebab aku asek mengadu. seolah2 tidak bersyukur =p

Publish PostwFullScreen" value="true">

Stay the same


tak perlu jadi orang lain untuk berjaya, untuk bahagia... teruskan berjalan dengan jalan sendiri. di bawah payungan rahmatnNya

siapa nak jadi orang lain? hehe

thanks sahabat