Sabtu, 31 Mac 2012

garu kepala

Kita kena mengadu pada Allah kalau sedang susah.. bukan dekat blog

-

tapi nak cerita..

yang selalunya bila start purification rasa badan macam mesen.
jalan sana sini.
dulu cuma 2,3 hari
ni macam seminggu je.
sebab sample bertambah

9- 10... pukol 12 baru tido
pastu bangun balik
---- kerja pun ibadah kan?-

uhu.. tapi paling adoiyai masa hari jumaat tu
semata2 nak kejar Global March to Palestine
memang push betol2
dalam keadaan selsema
macam air paip
aku bersin kuat gila dan banyak kali dalam lab
si faris beberapa kali geleng kepala
dalam kereta waktu lampu merah
aku bersin.
faris cakap 'bergegar kereta ni'
kuang hajo
diam je la.. aku tau la aku berat
er. thanks bagi minyak cap kapak. (aku takot tibe2 ko baca blog aku n ko kecik hati lak kan, sowi)


lepas lab terus pergi. dan rupanya konvoi tak gerak lagi.. adoiyai
tidur dalam kereta. sebab ade driver... exhausted sgt dengan lab yg banyak selsema pulak
mujur diba ade.. hehe.

nanti saya cerita pasal BIDADARI DUNIA dan Global March to Palestine.

okey

Khamis, 22 Mac 2012

Rukun qauli, fe'li dan qalbi

=) rukun yg ramai org tinggal -RUKUN QAULI

kadang rasa cam.. kenapa senyap sunyi je ni

takpe.. biar lambat tahu dari tak tahu

ada 13 rukun solat.

Rukun Qauli -mesti bersuara..

4-takbir, fatihah, tahiyat akhir, salam pertama

ada pendapat mengatakan 5

5- takbir, fatihah, tahiyat akhir, tiap kali selawat keatas Rasulullah SAW, salam pertama

Rukun Fe'li - perbuatan

6- berdiri betul, rukuk, bangun rukuk, dua kali sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat akhir

rukun qalbi

2- hati dan tertib



ishk.. Hot Air Balloon Festival




kalau nak naik belon ni kena pergi berator pada jam 0700 walaupun kaunter dibuka pada jam 0730.. untuk 300 org saja, rm10/person

jadi kami bertolak dari rumah lepas subuh dengan nani.... (bangi-putrajaya 10 minit also can laa)

sampai 0645... dah panjang orang beratur... terima kasih lah pada adibah yang pantas suruh adik dan anak buahnya beratur.., sementara kami pegi cari sarapan.. hehe


kenapa sanggup?
- tak pernah naik belon
- akan mengalami jeles tahap melampau kalau adibah naik tapi aku tak naik.. hahaha.

okeh. mestilah letak gambar kan.

si kecik pipah ni mengkontrol ke excitedan nya.. sebab dia paling tak sabar nak naik belon ni hahaha


ohoo... 1st time ada gambar ketinggian sama dgn nani

dalam belon macam ni. panas

waktu nak kembang kan

yg nelah kanan tu bertugas membeli tiket..

seumur hidup sekali dah laa
kecuali atas perintah suami
he~

Rabu, 21 Mac 2012

Penyamaran

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari & Muslim]
dah kali ke dua...
mungkin orang yang sama. mungkin orang yang berlainan

Kalau diceritakan hati ini macam mana.. hanya Allah sahaja yang tahu

Allah berfirman, "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang". (Al Hujuraat: 10)


Ya Allah.. dekatkan lah aku kepadaMu. dan dekatlahlah juga dia kepadaMu
Berilah dia ketenangan dan hidupnya di dunia dan akhirat.. juga berikanlah aku ketenangan di dunia dan akhirat.

Ya Allah... apa yang terjadi ini mungkin kifarah atas dosa-dosa aku dahulu.. kau redhakanlah hati ini Ya Allah

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]


Ya Allah.. jauhkan aku dari memusuhi dan dimusuhi


kalau anda membaca ini

-sepanjang 'perkenalan' kita. pasti kamu dah tahu yg saya pernah jatuh, pernah melalui pengalaman yang perit... sebab itulah, tiada apa yang perlu saya banggakan.
- adakanlah sedikit kasihan pada saya.. saya minta simpati ini untuk kamu tidak lagi menghukum saya.


Apakah dosa saya pada kamu, hingga saya ditipu, dikhianati sebegini...
maafkanlah besar dan kecil perbuatan saya yang lepas.. maafkanlah.

Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani. (al-Nuur:22)


Allah mencintai dan mengasihi kamu lebih dari seluruh insan yang dikumpulkan untuk mencintai dan mengasihi kamu. Jadi, hanya pada Nya lah berhak untuk meluahkan segala isi hati dan masalah. Pergilah kepadaNya.. dari menghukum orang lain... Sebolehnya saya mahu tahu apa salah saya pada kamu. Tapi tak mengapalah jika tak mahu menjelaskan.

Nabi SAW bersabda “orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Cuma aku ada satu permintaan

Insan yang sebenar ini berada dalam keadaan tidak tenang, risau dan bimbang lantaran namanya, nama anaknya, dan gambarnya digunakan. Aku mohon minta diberi jaminan tidak berlaku lagi dan mintalah maaf dari Insan yang tak bedosa ini.

tutuplah aib muslim yang lain, nescaya Allah akan menutup aib mu

Sabtu, 17 Mac 2012

Running MAN Kwang soo Dance

Aku tahu ramai peminat RunningMan diluar sana

(terdengar bunyi fanatik RM menjerit)

OK ok..

aku suka tengok kwang soo menari





Tak perlu nak Embed semuanya disini ain..~~~ (-.-")


Sesiapa yg belom pernah tengok Running Man

JANGAN TENGOK

nanti anda ketagih macam yg lain2..hehe




Jumaat, 16 Mac 2012

Mari Aku Tunjukkan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang membunuh Muslim Syria!

menggigil baca tentang ini.. Mari Aku Tunjukkan siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang membunuh Muslim Syria!

rakyat syiria ujian nya ini..

kita? apa ujian kita? nak mengeluh lagi tak

mari sama2 mendoakan mereka siang dan malam.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”


Pantun Memikat.. eceh

potong kuku di pasir perai
limau mekar hijau tangkalnya
wahai adikku puspawangi
tak marahkah kalauku bertanya

papan beranda hujungnya merah
bakar mercun di tengah hari
pada kekanda kalau ku marah
bererti meracun diri sendiri

burung garuda di dalam bersarang
perahu mudik di tanjung liku
biarlah kanda berterusterang
sudikah adinda menjadi isteriku

pakai sepatu di atas beranda
daun pandan dipijak pijakkan
kalau begitu kemahuan kanda
nyawa dan badan dinda serahkan


Musang Berjanggut
1959

album baru maher zain. 2april 2012





Mesut Kurtis dan Maher zain...dvd dalam kereta
jap lagi bertambah lah

hehe..

baru nak dengar. update blog dulu sementara buffering habis. =p

Konvensyen Bidadari Dunia.. lagi seminggu.

Actually kena buat lab minggu ni. kalau start buat. memang lebih seminggu dan tak dapat lah nak pergi

nasib baik senior. leh arah junior buat dulu lab

dan aku memohon sangat2. agar mesen tu tak buat hal.. ya Allah. tolong lah aku.

jumpa di sana. ( pergi dengan rumate dan labmate)


Khamis, 15 Mac 2012

Bila dah di Bius Cinta

kau selalu kata I LOVE YOU FOREVER. Aku tanya lagi, 'sayang dan cinta itu hingga ke syurga'? Kau angguk, mengiakan janjimu.

Wahai imamku. Fahamkan aku tentang akidah, ajari aku ibadah, hiasi aku dengan akhlak Rasulullah SAW, sayangi aku dengan belas kasih.

tapi andai AURAT aku ini kau tak pernah tegur, SOLAT aku tak pernah kau ambil tahu, biarkan aku bodoh tentang ilmu Islam - janji sayang kau itu palsu-

ayat di atas ayat luahan atas situasi masakini.

ni ada satu artikel.. bagus sgt. walau dah 2 thn. still aku akan sentiasa tengok dan baca balik =))