Rabu, 29 Februari 2012

=)

wahai wanita-wanita sekalian , biarlah engkau tidak cantik di mata penduduk bumi asal kan engkau menjadi perbualan penduduk di langit

Sultan Brunei bercakap tentang hudud

tengok lah... rasa hati ni

mungkinkah kita boleh contohi.







Solat itu hak orang Islam
Tutup aurat itu juga hak orang Islam
Hudud juga hak orang Islam

tapi tak dapat hak itu.

kenapa perlu hak itu? sebab kalau berzina, rompak, minum arak dan lain2. jika bertaubat sahaja. cukup kah? padahal Allah SWT mahu hukuman itu dijalankan pada mereka yg benar2 bersalah. jika hudud dijalankan. kurang lah beban si pesalah di akhirat nanti. jika tidak dijalankan??? wallahualam.


Sabtu, 25 Februari 2012

Belajar mengajar dan mendidik


Dan sabarkanlah dirimu berdamping rapat dengan anak-anak muda yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. [Al-Kahf 18: 28]

Jumaat, 24 Februari 2012

syukur

lama tak dapat elaun. simpanan selalunya cukup untuk sebulan. dengan nak bayar kereta dan minyak. tapi ini sudah lebih sebulan =((

syukur ada ibu bapa, dan sahabat2 yang membantu. (terutamanya nani, diba dan kak dah) thanks sangat =)). hanya Allah mampu membalas.

Khamis, 23 Februari 2012

4 syarat pakai tudung

siap ada demo.hehe




bagi yg baru bertudung.. slow2 la.. biar ikhlas


Rabu, 22 Februari 2012

Syria: Anda akan tersentuh (nangis) lihat semangat mereka

Tercari-cari cerita ringkas untuk faham keadaan syria.. bukan apa. cerita bercampur baur. buat aku pening


Adakah kita meminta pertolongan dari OBAMA
tidakkk
Adakah kita meminta pertolongan dari Erdogan
Tidakk

Jika salah satu dari anda meminta pertolongan dari seseorang atau Liga arab.. tinggalkanlah!!!
Darimana pertolongan berasal

ALLAH SWT!!!

Iman yang tinggi. yg belm ada dalam diri aku =(.. astaghfirullah


kalau ada yg lain ( yg simple dan senang faham) boleh la share dengan saya


Bashar assad.. ada yang berpendapat.. dia kamal attartuk zaman ini

Doa.. tak tertulis perasaan dalam hati yg marah.. bila dapat tahu 70% kanak2 yg syahid

Isnin, 20 Februari 2012

nikmat cinta yang hilang

Kalau dulu bila bersolat dan membaca al-Quran.. ada ketenangan di hati. ada cinta.
tiba-tiba.. masa yang berlalu.. bersolat dan membaca al-Quran tidak pulak menjadikan hati tenang. hati makan gelisah..

ketahui lah.. mungkin nikmat ketenangan bribadah itu ditarik Allah. lantaran lekanya kita membuat doasa, mengatakan tak apa. aku ini ahli ibadah...

bukan kah nikmat ketenangan, kemanisan dalam ibadah itu sesuatu yang sangat besar. jika hilang........? ruginya kita, hinanya kita.

kata Keretamayat. bila hati gelisah membuat dosa, maknanya hidayat mahu masuk.. cara hilangkan gelisah.. tinggalkan dosa, betulkan diri.. bertaubat.
dan jika masa ibadah rasa gelisah.. brtaubatlah juga.. kerana waktu itu hidayat mahu keluar... bacalah di sini. Kenapa hati gelisah

usahalah dan muhasabah diri untuk mendapatkannya. kenapa orang soleh hidupnya lebih teratur dan bahagia. tak terkesan dengan harta banyak atau sedikit, tak terusik hatinya jika berpangkat tinggi atau rendah. kerana orang soleh itu tahu.. semuanya milik Allah. aku ini khalifah yang menjalankan tugas di buminya =)


-- nak buat baik kena ikhlas. ikhlas pun kena usaha. sukar pada aku.sebab aku bukan dikalangan yang baik pada diri sendiri dan orang lain =((-


Sabtu, 18 Februari 2012

=)


tiap kali balik ada sahaja cerita

adik cerita mak tanya, kak ain tu tak dak kawan lagi ke
kadang mak yang tanya direct

subhanallah, terima kasih sebab ambil berat pada ain

siapa yang tak mahu?

simpan dalam hati sahajalah. tak perlu cakap lebih2. moga Allah temukan juga pada aku nanti. amin.

Khamis, 16 Februari 2012

And He found you lost, and guided [you]


Alhamdulillah...

malam tadi memang betul-betul down. dengan result yang entah hapa-hapa

Lepas mengadu pada mak. Thanks mak sebab melayan tangisan anakmu ini.

Mak SMS ( I knew it was written by Zila =p)

Bnyk bersabar
Bnyk Berdoa, Insyaallah dipermudahkan, itu smua ujian Allah


abah pun call jugak. =).
Kawan-kawan bagi semangat
Tersentuh. cukup caring family, kawan2 pada aku.

dan tadi.. ada kejayaan kecil pada eksperimen. tapi itu cukup meriangkan hati hari ini. =))

Result ini nampak bagus. tapi aku takot sangat kalau kali ini saje dia jadi macam ni... Boleh jadi bukan..=(

Tapi Alhamdulillah. syukur.
__________________________________________

Selalunya.. bila baca kisah-kisah pengorbanan Rasulullah SAW. hati ini memang nak ikut cara, dan kesabaran Baginda.

tapi bila terjadi dekat diri sendiri.. sikit je dugaan ini... baru orang kutuk sikit.dah down.benci dengan orang tu.. . Gagal sikit dah hampir putus asa.. bila jadi macam ni. Diri mula bertambah-tambah respek dengan baginda. Ya Rasulullah, Tingginya peribadi mu

dan benarlah Post yang nani hantar hari ini.. Dari surah Adh-Dhuha.. ayat 7. Mengatakan.


And He found you lost, and guided [you]

Tiada yang lain sebaik-baik tempat mengadu. Hanya DIA


Rabu, 15 Februari 2012

.......

Kalau nak mengadu, mengadulah pada Allah.

Thanks mak. sebab mendengar segalanya.. banyak betol air mata yg keluar

mungkin campur rindu.

Ya Allah. aku mohon.. jauhkanlah aku dari sifat putus asa. permudahkan lah aku. bagi lah aku berjaya habeskan dengan baik. =(. hanya Dia yang mampu tolong aku.