Isnin, 30 Januari 2012

Politik


Bila yang ni buat baik
yang sana kecam
begitulah sebaliknya

bila yang ni buat salah
yang lain lagi pijak
bukan nak bagi nasihat
bukan nak tolong selesai masalah

semua tak percaya dengan janji Allah
buat baik di balas baik

Masing-masing nak menjatuhkan antara satu sama lain
nak tunjuk dia laa yang paling baik
orang lain banyak dosa



Ahad, 29 Januari 2012

determination




Begin with prayer =)

Jumaat, 27 Januari 2012

perintah berkurung untuk sabtu dan ahad


oh....... extended abstract, slaid
kena siapkan sebelum isnin ni


demm
takpe.. ini balasan atas kemalasan yang lampau

perintah berkurung
rumah sewa saya dah ada intenet

weee~~~


Alhamdulillah

Khamis, 26 Januari 2012

rupanya. ada kerja


minggu lepas dan minggu ni memang aku bersenang lenang tanpa tekanan

tiba-tiba baru aku teringat minggu depan ada presentation

-slaid belum siap lagi
- jurnal banyak tak baca lagi
- kena tengok running man pulak


lupakan. terimakasih pada kak lily sebab bagi cup cake ni. cup cake tercantik yg penah saya makan ( memang tak penah makan cup cake yg ada banyak decoration ni kot)

abah aku sorang askar: tapi bukan nak cerita dia jadi askar macam mana

abah jarang balik. dan tiap kali balik dia kena pujuk anak dia yang sulung ni. supaya kenal abah dia semula. again and again. sampai anak tu faham.


seorang abah amat menyayangi anaknya.. sebab tu apa-apa yang mak rasa abah tak dengar cakap dia. mak akan suruh anak-anak dia cakapkan. insyaallah berhasil.hehe

Aku pun sayang abah.

apa yang paling kita takut?

bila mak dan abah dah tak ada, waktu itu barulah kita menyesal sangat-sangat sebab tak luangkan masa untuk dia. =(

Selasa, 24 Januari 2012

going with the flow..

dalam hidup seharian kita, celik sahaja mata ni. kalau benar kita mahu jadi yang terbaik, mahu ubah diri lebih baik dari sebelum itu. kenalah kita ingat tiap kali celik mata. kita adalah khalifah yang Allah lantik di bumi ini. untuk beribadah kepadanya, juga berbakti terhadap semua makhluk di bumi ini

tapi kadang bila bangun tidur. rasa malas itu menjalar ke setiap sendi sendi tubuh. lalu mula hati dan otak bermonolog sendiri. aaahh.. si polan itu lebih teruk dari aku, sekurang-kurangnya aku lebih baik... aku....(mula memuji2 diri). selimut ditarik.. azam yang di rencanakan malam tadi hilang macam itu saja.=(

ingatlah semula. sedangkan Rasulullah SAW yang sudah pasti masuk syurga. Baginda tetap bersolat dan beribadah hingga pecah-pecah kakinya... ingatlah semula. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan manusia itu sendiri mahu mengubahnnya

kita meraancang, Allah tentukan. tapi tak bolehlah kita sekaar duduk macam tu aje tunggu ketentuanNya. selepas merancang, kita kena berusaha

pastikan apa yang ditulis dalam organizer sudah selesai disiapkan. musuh utama adalah diri sendiri. diri yang selalu malas dan memberikan alasan.

kalau bermonolong sendiri. selalu monolong yang memberikan alasan, mencari silap orang lain. Ke mana perginya kita kalau macam tu

naik tangga tapi tengah jalan tidur. ada orang turun balik lepas naik tangga, tapi lepas tu dia naik dengan laju. meninggalkan kita yang tidur..


p/s: penulisan teguran untuk diri sendiri.

Sabtu, 21 Januari 2012

isu halal

80% Makanan yang ada gelatin di Malaysia tak halal... itu yang aku tengok time pagi2 kat TV9 tu.

baru-baru ni. dekat mines.. food court, Subway dan untie anne kena cekup sebab siarkan sijil halal palsu..........


=( aku penah makan Subway..........

tahu tak... aku tahu. kalau kita tak berhati-hati dengan makanan kita, kita makan main tibai je. takda halal pun kita yakin je.......

- doa kita susah nak makbul
-hati jadi keras

insyaallah. lepas ni aku berikrar.. tak nak makan fast food yang takda Halal JAKIM lagi. (popeye, subway, untie anne, baskin robin, tutti frutti) selalunya terikut sebab orang belanja... dan sendiri mengada... (bongok ain, bongok)

ya Allah. ampunkan aku kalau aku terlanjur dulu.uhu.


1. Kadang kita beli makanan import. dan ada tanda halal... betulkah?

Baca ( Senarai badan Islam yang di diktiraf 2011)

2. kadang kita bercuti. mesti kita nak makan yang halal

Baca ( senarai hotel dan resort yang mendapat sijil halal Jakim)


rujukan http://www.halaljakim.gov.my/

marilah kita berhati-hati. =))

Rabu, 18 Januari 2012

Aku maafkan kamu. liriknya mantop kan?





mula2 dengar lagu ni masa nak pergi alamanda dengan geng2 rumah
nani cakap dia dengar.. katak melalak
aku pun.. " eh.. apehal lagu katak, tu suara jamal tu'

bila cari lagu ni.. wah.. mendalam tu lirik dia. dia menyentuh, menegur orang2 sekeliling yang tak suka belajar, tak siasat, tak hadam ilmu tu. tapi nak bersuara...

cakap tanpa bukti, ilmu. boleh jadi fitnah tau. kucar kacir nanti

dan orang-orang yg cepat sangat nak nilai orang lain

=)

teguran untuk aku juga

kenapa maliq tak nak muncul ek

Ahad, 15 Januari 2012

yang tak mahu hilang!

aku memang terkenal dengan sikap nyanyok. tapi 3 harta ni aku tak nak dia hilang tak mahu. sayang sangat.

1. jam tangan mak abah bagi. actually ini yg ke 5. tapi yg ni paling special berbanding sebelum ni. ada cerita sebaliknya.huhu.
ini dia yang bagi. kami tak ditakdirkan bersama :`). eh. aku ok je. lain tau berpisah cara baik dan cara tak baik ni.


cincin ni bestfriend dari sekolah rendah yang bagi.. ramai yg misjudge tau. cakap tu boyfriend bagi. bukan laa.. ni kawan baik I yang bagi. siap ade carved nama kami.
AINEENA



dia ada nilai sentimental... yang bila sampai kat lidah rasa manis, bila telan rasa pahit. tapi telan juga. pastu kenyang.......... ok. mengarot


Jumaat, 13 Januari 2012

muflis

semalam, nana 2kali tak dapat masuk dalam ktm dekat mid valley yang macam sardin tu. dia call aku. dan aku pun tak tahu nak cakap apa. suruh rempuh? memang dia dah cuba. =) maybe Allah nak cakap. ada tak mintak tolong pada aku? then, dia baca 21 basmallah dan surah an-nas. alhamdulillah dapat masuk. tapi dekat BTS, dia terkeluar.. bukan rezeki agaknya.. hehe. kesian lah sangat. tapi lepas tu berjaya jugak sampai UKM. dan aku bagitahu dia, sila bertolak lepas zohor, bukan lepas asar.

dan kami balik melaka.

muflis-
waktu sarapan pagi, kami berkumpul. macam2 cerita yang keluar.. masuk cerita Dato Fadzilah Kamsah tegur orang2 yang sebar cerita Amalina 17 A tu. mak pun bagi juga pendapat.

' akhirat nanti, orang yang selalu kita mengumpat, cakap buruk tentang dia. dia akan ambil pahala kita. kita pulak ambil dosa dia. kita pun tertanya2. aku banyak ibadah, sedekah, bayar zakat, buat yang sunat. kenapa pahala aku kosong? rupanya kita tak jaga mulut kita...."


kan?