Khamis, 29 April 2010

pura-pura

dia baik

solat alhamdulillah, hormat mak abah... sopan.. berduit

dia kawan aku

tapi.. aku cukup terkilan
awek dia nampak baik je depan aku, depan dia jugak
tapi rupanya... sexy tak hengat.. keluar dengan laki2 lain..
tapi kawan aku ni tak tahu dan percaya bulat2


dan aku tak tahu nak cakap ke tak
bukan baik sangat pon dengan dia
tapi kesian pulak kan..
diam2 sudah
bagi hint sikit2

alahhh
resam dunia
bangkai gajah bukan senang nak tutup..

oopsssss

Rabu, 28 April 2010

malas sudah...

setiap hari melakukan perkara yang sama.. rutin

tak lah. aku tak penah rasa stabil. setiap hari ada je menda yang tak same

dulu, pas subuh boleh masak2, sapu2 umah bawak bekal untuk tengah hari.. jimat

sejak dah ada keta.. jadi makin malas pulak. eh tak.. mungkin sebab dah sta pegi gym malam2..haha

gym? pukol 1 am baru tido. lepas bergayut dengan beberapa orang

penat.. lepas subuh terus tido. bangun 830 am. pkol 10 am baru datang keje.

sebab tu aku tak komplen kalo terpaksa balik lewat pkol 6 setiap hari. supaya aku tak dikatakan makan gaji buta.

aku tak suka kekal dengan hidup macam ni. aku nak macam dulu. tido awal. bangun awal. sebab aku bukan jenis siap cepat. jenis siap lembab. sebab nenek kalo siap cepat nanti banyak menda tertinggal

tiba-tiba lidah rasa nak makan ASAM PEDAS. ikan kembung je dah la kan.. wah.. masak saje. sedap tak sedap belakang kira

hari ni dalam lab. aku stress. kenapa dulu buat jadi.. sekarang tak jadi. daun itu terpengaruh dengan hormon aku kah..

bulan ini sangat malas.. menjadi anak dara yang malas bukan nya elok. tapi aku suka.haha..

lab mate ajak pegi makan

jap.. aku terpikir.. boleh ke aku kawen nih.. perangai macam ni. ikot otak sendiri..ish


Selasa, 27 April 2010

cute nya.. sampai menangis2 tengok.. cute sangat2..hehe


cute kan2..

haha



celupar

'wah!!! betol ke.... tak sabar nihhhhhhhhhhhhhhhh!!!'

'tutup mulut.. orang tahu dorang ingat lain pulak'

'owh.. ok'


tapi sorang dah tahu..

tutup mulut ain!!!!!!!!!!

- kenapa aku ni jenis yang susah nak tutup mulut.. lebih2 lagi menda yang best2 nih..aduhaiii

Ahad, 25 April 2010

Ketupat cinta, se'enak' namanya


bagi penggemar sastera bahasa dulu2, tapi nak ringan2, nak boleh gelak2..

.. boleh lah cuba bace buku Ketupat Cinta ni

penulisnya adalah Faizal Tehrani

mengisahkan tentang pelbagai jenis makanan melayu, berserta dengan sejarahnya sekali. Sejarahnya mungkin betul. atau banyak yang dari imaginasi penulis sahaja..he

kisah sejarah Islam (karbala), kisah bagaimana paremeswara menakluk melaka.. isterinya yang 4, politik istana, kisah gerau istana (chef) dan banyak yang kita boleh belajar dan tahu beberapa fakta, yang tak ditulis oleh penulis sejarah melayu Tun Seri Lanang.

“ Pun kulitnya tegang macam disuntik botox, tetapi tiada ia mengaku malah dikatakan hanya banyaknya makan protein dari tempe itu” (ms 95, Ketupat Cinta) --- aku tergelak, sebab terbayangkan seseorang...haha

“Tun Lepat itu bijaknya sebagai gerau tidaklah kerana dia tahu cara menumis, menggoreng, mengukus, membakar dan segala lain semata-mata, tetapi dia alim juga akan hukum sampai sekali pandang pun tahu akan dia membezakan haiwan mana yang munkhaniqah atau binatang mati kerana tercekik, tahu juga haiwan mana yang mauqudzah yakni binatang mati dipukul tongkat, tahu juga dia haiwan mana yang mutaraddiyah iaitu binatang mati kerana jatuh dari tempat tinggi, tahu juga akan dia haiwan nathihah atau binatang yang mati kerana digigit binatang buas


selamat membaca rm 23 kot.. lupe, beli masa PWTC hari tu

Jumaat, 23 April 2010

Steamboat dengan labmate.. =)

Ji Min.. (lelaki berbaju hitam) mencadangkan adegan burung ini..hahaha


semalam.. malam tadi.. kami telah menyerbu restoran tupai2.. berdekatan saje dengan KTM UKM dan sebelah kedai kete chevrolet (betol ke eje)

tujuan adalah meraikan kedatangan 3 pelajar dari korea.. Kyoung Mi, Ji Min dan Song-Young


3 kali tambah. ada yg pedas dan sup biasa.. memang sedap
aiskrim
tapai, nasi
sedap2




seronok.. dipenuhi dengan gelak tawa..

dan pelajaran bahasa korea dan melayu

hahaha. ade la belajar beberapa perkataan

mereka sangat baik dan mesra

thanks.. atas malam yang sangat best!!!!!

-

Khamis, 22 April 2010

LTC

ape itu LTC

sejarahnya bermula waktu aku sekolah rendah dulu.. sampai sekolah menengah

dalam tepon

'esok jom kite g MP (mahkota parade melaka), aku dapat tiket wayang free'

'LTC ain.. LTC, aku bz.. kang aku call balik'

maksudnya.. line tak clear.. ada parent disitu. takot kantoi dengan mak dan abah. termasuk la jugak bila cerita pasal pakwe dan makwe nih.. kalo Hint dengan perkataan LTC.. masing2 faham. Tak boleh cakap banyak.. nanti kantoi... mati



semakin tersebar perkataan tersebut.. kawan2 neena.. kawan2 aku, boypren2 neena.. boypren2 aku.. korang belum tahu kot.. hehe


aku harap mak abah tak faham lagi maksud LTC itu. supaya mudah berbicara bila dekat rumah..huhu

-kami budak baik-


______________________________________________

extraction 25g burn macam tu aje. sebab labmate salah buat buffer..adoilaaa.. penat 2jam menumbuk tau!

lum sempat amek borang master lagi

hari ni besday mak..... hu


Selasa, 20 April 2010

Resipi Berkasih

Bawa bahagia
Ceriakan hidup insan
Benarkah katamu
Redupkan derita
Jika tiada rasa sayang
Tiada kekasih

Ahhh...
Cinta yang sejati
Membawa cahaya
Menyinari hidup kita
Tunjukkan setia
Karamkan di jiwa
Tanda bahagia

Dah lama ditanam kasih
Mengapa orang tak setia

Sabarlah sabarlah sayang
Pasti kan bersemi jua

Dugaan pastikan mendatang
Walaupun bukan diundang
Hilang lah nikmatnya bercinta
Itu mainan bercinta

Rayu merayu pujuk memujuk
Aku tak tahu aku jemu
Bukan ku mahu gagal bercinta
Tidak ku mahu hidup melara

Saling percaya
Saling mengerti
Hindarilah cemburu buta
Usah prasangkah
Hilangkan rajuk
Moga tercapai saat bahagia

Akan ku cuba hidup bahagia
Akan kutempuh lumrahnya bercinta

dah macam blog lirik lak..he. suka lagu nih =)

actually. memang minat dengan achik spin dulu.. dia comel, suara seksi (seksi pada aku)..

al- fatihah untuk dia.. tak sangka.. kesian kat isteri dan anak dia

-= kenapalah inbiosis tak besar lagi.. asek terserempak je dengan BOSS.. ade lak banyak keje
-= kena belajar bahasa korea.. students korea dah start lab.huh

Isnin, 19 April 2010

Lindungi Ikon Malaya

Panthera tigris malayensis
Subspesies yang hanya terdapat di semenanjung Malaysia

"Kemungkinan hanya 200 ekor yang masih selamat daripada peluru pemburu, kegiatan pembangunan dan sektor pertanian serta pertembungan dengan manusia. Ia sering berakhir dengan pembunuhan tanpa catatan rekod rasmi," kata Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah.

kejam
Sempena TIGER BLOGFEST

seperti yang semua sedia maklum. harimau kini mengalami kepupusan.. seperti juga beberapa haiwan liar yang.. lain..

ini bukan cakap kosong. ini adalah fakta.
mujur.. kerajaan Malaysia telah mengadakan pelan tindakan bagi mengatasi masaalah ini.

sila rujuk sini

tapi.. perlu ada sokongan dari semua

-jangan beli barangan berunsurkan kulit harimau.. atau apa2 jenis kulit pun.contohnya.. orang suka buat kulit harimau yang cantik ni untuk permaidani

-tak perlu lagi menjadi penggemar makanan exotic.. =)

-laporkan.. kalau ada aktiviti pembalakan atu perburuan haram di tempat anda.. macam mana nak tahu halal atau haram.. hubungi jabatan perhutanan juga jabatan perhilitan

seterusnya.. sila sebarkan

tiada permintaan tiada lah pembekal nya..

p/s - takot cucu tak pernah nampak harimau.. biarpun di zoo..uhu