Isnin, 5 Januari 2009

Nilai darah warga Palastine

Dibunuh

Isnin ,05/01/2009 - Seorang ibu Palestin dan empat orang kanak-kanaknya dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terbaru rejim Zionis di Gaza pada petang Ahad (4/1/09), medik dan saksi melaporkan.Antara mereka yang terbunuh adalah seorang budak lelaki berumur satu tahun dan satu orang gadis berumur dua tahun, medik berkata.

Ahad ,04/01/2009 -Israel meneruskan untuk kelapan hari berturutan serangan ketenteraannya mengsasarkan orang awam sepanjang Semenanjung Gaza mengakibatkan dalam kematian 441 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 orang kanak2.

Dr Muawiya Hassanein, Pengarah ambulans dan kecemasan Kementerian Kesihatan, berkata kebanyakan mangsa-mangsa adalah orang awam termasuk 36 wanita dan 70 orang anak, mengakibatkan hospital-hospital Gaza penuh pesakit-pesakit dan kecederaan yang tidak dapat ditampung lagi..Dr Bassem Naim, Menteri Kesihatan, mengingatkan yang hasil serangan rejim Zionis terhadap rakyat Gaza meningkat kerana tedapat lebih 400 orang awam Gaza yang cedera parah...Dr Naim menyatakan bahawa tedapat kekurangan teruk ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang digunakan untuk mengendalikan situasi-situasi kecemasan, 50 peratus ambulans-ambulans sedang rosak kerana kekurangan alat ganti akibat pengepungan tentera rejim Zionis.

Ahad ,04/01/2009 -Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, berkata petang semalam , serangan ke atas tentera rejim Zionis ke arah Semenanjung Gaza akan terus sehingga matlamat-matlamat mereka tercapai.

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

saya tak berapa faham history dia http://www.palestinehistory.com/history/brief/brief.htm#01 insyaallah akan cuba dihabiskan nanti

kenapa aku hanya sekadar mampu tgk..dan cakap..kesian diorg....mungkin tak meresap masuk ke dalam hati...mcm pejuang-pejuang itu yg awal2 lg dah mencium bau syurga..mungkin sbb kemewahan disini membuatkan aku lupa...ada bahagian untuk bantu yg sana...mungkin tak diberi peluang...kalo diberi peluang pon...sanggup ke aku pergi....tinggalkan famili kat sini...tinggalkan segala cita2 aku kat sini...tp..bukankah cita-cita kita semua hanya satu..mengejar syurga abadi....

kalau semua umat Islam berfikir macam aku ni...egois...atau lebih buruk lg...tak tersentap lansung tgk saudara kita tu..habislah Palastine....

mungkinkah mereka nak hapuskan bangsa Palastine dulu.....sebelumberpindah ke bangsa2 Islam lain.....sebagai mana cubaan Serb hapuskan bangsa Bosnia dulu (walau tak berjaya...alhamdulillah)....bangsa Melayu?..jajah minda mereka dahulu..kacang je....

ui...jauh nye aku pikir....jom..solat hajat ramai2..demi saudara2 seislam kita..

berita terkini Palastine





Sabtu, 3 Januari 2009

Pertama Kali


assalamua'laikum....

Selamat datang ke blog saya.saya berminat untuk membuat blog kerana melihatkan membe2 yg buat blog..jd saya terpikir..ape salahnye ade satu blog...lg pon..jap lg da nk grad (kalo x extend laa..) mesti dah jauh dari membe2 yg lain...bila tgh xde keje..leh laa tulis2 kn..mcm skang nih kan...skang nih saye kat lab..mmg takde keje..sbb keje tuh tergendala..sbb ade masaalah2 tertentu...tensen nye..naik bosan masuk cni je....

dengar mcm glemer....wuiyoooo..masuk lab...aileh....bosan siyot...tp bila dah melauluinya....baru laa kagum..mcm mana budak2 saintis tuh boleh bersabar buat kajian..kadang kala hanya nk kaji 1 enzim je...dah mkn masa setahun...itu belum nak kaji mcm2 penyakit lagi..makan masa bertahun2..bayang kn..setiap hati masuk lab...saintis2 dari pg smpi malam mencurahkan segala usaha untuk mengkaji...bila tak jadi..ulang balik...

setahu saya....bagi barat...selepas Einstein yg improve teori graviti newton mereka ade stephen hawking yg terkenal dgn teori gravity, black holes,big bang, dan mcm2 lg (xigt sebenarnye)..beliau akan bersara selepas ini..kenape yek...emm...maybe sakit saraf dia dah makin teruk...parkinson kn..

bagi org islam...siapa lg selepas (yg aku igt laa)..al-Khawarizmi yg cipta algebra..kalo dia xbijak....mungkin dunia tak tahu nak gunakan angka kosong...kalo perubatan al-razi..ibnu sina..Ibnu batuta pulak yg belayar tu (saintis gak kn)...sebenarnya ade lg skang nih..tp jahil nya aku..tak amek tahu...baru terpikir nk amek tahu nih...

rmy yg cerdik2..tak yah pg jauh2 laa...kat cni dah ade...siapa..Adi Putra...yah...(jgn ade yg igt pelakun tuh sudah ye)..budak kecik genius nih..yg aku tahu. sejak 6 thn dah boleh wat mats form 6 punya..wooooo.....dia diberi pilihan ntk belajar ngn bijak pandai....tp dia ckp..dia nk jd tahfiz dulu...bagos...syukur....takde le org nk ckp dia ni pndy maths je kn........gomen suh dia amek upsr..hak2..mesti dia bosan.....suffiah yusof?..erk........