Jumaat, 12 April 2013

Ampunkan aku ya Allah

jika semua ini terjadi kerana dosaku, kesilapanku, atau aku belum terbaik
bantulah aku untuk membaiki diri, bimbinglah aku dalam mendekatiMu

jika semua ini terjadi kerana dosanya, kesilapannya, atau dia belum terbaik
bantulah dia untuk membaiki diri, bimbinglah dia dalam mendekatiMu

Ampunkan kami, dan permudahkanlah

(T_T)


Isnin, 1 April 2013

jujur

nani ada cakap
'perhubungan yg di sulami dengan penipuan tak kan bahagia'
  lebih kurang macam tu lah ayat dia.. aku tak rasa nani guna word 'disulami'... hehe

sepupu aku, kak ati. pernah update facebook
' its better to be hated for what you are than to be loved for what you are not'

faris juga ada update twitternya
Once you start lying, you tend to lie even more. lastly you will trapped in your own lie where you cant take back your  words... At that time evryting is to late for you.. but you still want to lie while I already know everything about your lie... every single thing.

adibah cakap
'jangan tipu.... kalau terpaksa sangat.. berhelah je..'
  contoh dia... "aku tak dapat pergi.. sebab ada hal sikit" (padahal tengah tidur)... kalau orang tanya hal apa (cakap je, ada hal sikit)... itu lah dia

-terpulang nak terima atau tak ayat di atas nih. sebab itu ayat manusia biasa.. 

tak tahu la aku ni kategori tak jujur, jujur atau jujur sangat.. kebanyakkan masa aku cakap je betol betol.. tapi bila aku.. er.. aku menipu.. lebih2 lagi pada penjual herbalife yg suka mendesak... dorang akan percaya... ekeke

tapi dalam perhubungan.. cakap lah yg sebenarnya... sebab apa? bila dia tahu keadaan kita yg sebenar, dia tahu nak bimbing kita macam mana... kalau betol dia ikhlas pada kita, dia boleh terima kelemahan dan cuba tolong baiki.. tapi kalau kita esek berlakon je.. macam mana dia nak tahu

dan.. bila dia tahu kita menipu. rasanya sangat sangat pedih. jadi lebih baik kita cakap je hal sebenar.. walau pun nanti sakit bila dia dengar.

Ahad, 31 Mac 2013

umrah

minggu lepas.. eh.. rasanya dalam dua minggu berturut-turut hari-hari pergi lab untuk siapkan kerja
tapi kerja tak siap sangat. atas sebab-sebab tertentu...targetnya nak masak-masak. sebab rasanya dah tumpul, dan tak reti memasak dah... setelah membujang lama.. haha

dan targetnya nak buat thesis. tapi malam ini sibuk ke blog artis, facebook dan twitter. (''-_-)..

bangun awal untuk siapkan dan hantar zila ke sekolah. huish.. rempuh jem... (sebuk mengeluh, rasakan apa yg abah kena rasa hari-hari) malam wat thesis dan iron baju zila.. suh dia kemas beg..

errr............err..... semangat gila kot.. jadik ke? ahahaha..

dan tentang jodoh. eceh. ye.. aku sekarang dalam step step nak ke alam perkahwinan.. ahaha.. (gelak lagi, annoying).. aku sedang melepasi parent dia... doakan ya... semuanya sedang beristikarah, bukan kami sahaja.

parent aku? dah lulus. dan harap terus lulus dan lulus sampai syurga.. ehee.

oh tajuknya tentang umrah. aku nak pergi lagi..... hu.. doakan dapat pergi.



Ahad, 24 Mac 2013

maaf

ucapan maaf itu bukan mudah sebenarnya
jadi tak mudah bila kita nak mintak maaf atas perkara lain. tapi orang lain anggap kita mintak maaf atas perkara lain-- yg kita tak salah pun

perlukan aku nyatakan sebab mengapa aku mintak maaf

aku rasa perlu
sebab siapa suka kalau kita disalahkan atas perkara yg bukan salah kita?

hu sabar

Khamis, 21 Mac 2013

its friday =D

apelah. aku nak cepat cepat abeskan lab ni. tapi ada je macam2 menda yg jadi. akta macam tu lah, gel tak nampak lah. tapi gel sekarang dah cepat keras. sebab itu APS baru dah sampai sudah

dan hari ni hari jumaat. dia sgt hensem.. sgt hensem dengan baju melayu kaler babyblue itu.. adoi.. i canot take my eyes on you laa.. hahaha

kemudian. ade orang block aku.. tak tahu dia block atau dia dah takde FB.. takpelah. aku doa kau bahagia.. hu~~

puisi hari ini

dipisahkan centrifuge dan specktrophotometer
tapi bertemu di akta purifier
eheeeeeeee~

Selasa, 19 Mac 2013

fitnah

cuma kita yakin
Allah maha adil
Dia tak akan biar orang yg dizalimi
namanya terus membusuk

Isnin, 18 Mac 2013

rindu

menyesal
dulu waktu berpeluang ke madinah
aku hanya pergi ke Raudhah... hanya sekali
ya Allah......................
aku ingin ke sana lagi
aku nak tebus balik segala kesilapan, kelekaan yg aku buat masa kat sana dulu
aku fikirkan letih letih letih

ya Allah.... jemput aku lagi
bagi aku ke sana lagi..........

wahai purnama.. wahai purnama...
yang indah lagi sempurna
bagaimana... bagaimana...
nak kuluah dengan kata kata

engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi.......

diam

Allah, dia pegang hati tiap manusia
Allah. tunjukan jalan pada aku dan dirinya
untuk tempuhi ini semua

memang diri ini khilaf. salah. hamba yang hina
sehinanya

tapi berilah peluang. untuk berubah
jangan jadikan dia punching bag
dia ada hati. ada perasaan

ya Allah. berilah terbaik untuknya

Sabtu, 9 Mac 2013

payah rupanya

parent and dia cakap, no ketat, no meleret...

yg longgar. meleret pulak
yg cantik ketat
yg longgar tak meleret....... buruk pulak (tak buruk pun, cantik je.. cuma tak taste)

so, decide jahit sendiri... for all attires
hehe
mak........................

Isnin, 4 Mac 2013

epiiii !!

ya Allah.. seronoknya hari ni
terima kasih. alhamdulillah

'jemput datang rumah'

tengkiu abah mak!!!

heheheeeeeeeeeeee