nak ajak baca sini dr DR. MAZA
Rabu, 4 Julai 2012
Selasa, 3 Julai 2012
Video Silence is Betrayal Flashmob KLCC
Alhamdulillah
tak dapat nak join.. huhu.. sebab ada kewajipan lain (mak minta tolong)
semoga membuka mata dan minda.. buat semua.
Ahad, 24 Jun 2012
Hati
Jangat Bertanya Soal Hati
Kerana hati ini memang sedang sakit
-sape nak tanya kan-
hahaha -- gelak hati yang sakit
Ahad, 17 Jun 2012
Selamat Ulang Tahun NeNe..
Hari ini aku berdoa
Untuk seorang sahabat
Aku tak mendoakan kekayaan
Atau tak mendoakan kau akan jadi glemer dan berpangkat tinggi
Atau ada suami yang ada 5C…
(aku tahu kau tak kesah..kan..)
Kerana aku nak Allah bagi kau lebih dari itu
Sepenuh hati aku meminta
Agar
Ya Allah, jagalah setiap langkah sahabatku
Bila dia mahu, tunaikanlah.. jika itu terbaik untuknya.
Bila dia hilang sesuatu, gantikanlah yang lebih baik disisiMu
Bila dia tersesat, lemah tak terdaya,
Kau binakanlah jambatan baru untuknya
Bila dia bersedih, Engkau sentuhlah hatinya dengan kelembutanMu
Agar dia jadi tenang dan gembira, dan rasa Engkau disisinya
Berilah dia semangat dan kerajinan yang kuat
Untuk terus berjuang dalam kehidupan
Untuk terus berjuang dalam kehidupan
Di sini yang sebentar
Dan juga di sana yang abadi.
Ya Allah, satukanlah, dan teruskan lah ukhwah ini
Hingga kami sama-sama menghadapMu nanti
eh.. tertinggal.. ni kena doa jugak
Ya Allah, berilah dia suami dan anak2, yang boleh membawa dia ke arah cemerlang akhirat dan dunia
amiinn
Rabu, 13 Jun 2012
Flash Mob Protest for Syria
Leeds, Uk. Bukan negara Islam
Tapi mereka menunjukkan protest demi mempertahankan hak-hak asasi manusia
dan bagi muslim yang terlibat, untuk mempertahankan saudara seIslam
Malaysia juga nak buat lebih kurang begini
1 July 2012 nanti di KLCC park
jam 2 petang
jika tak mahu sertai. boleh datang bagi sokongan. =))
1 July 2012 nanti di KLCC park
jam 2 petang
jika tak mahu sertai. boleh datang bagi sokongan. =))
Klik link di bawah untuk sertai
Selasa, 12 Jun 2012
Terengganu
Bila tunjuk IC.. -11-
Kadang2 ada yang nak speaking ganu dgn aku
Ada yg tak percaya aku lahir di sana
Haha.. Apa yg speselnya
Tapi aku rasa spesel lah
Sebab kat ganu kopok leko dia sedap
Aku sgt sukaaa makan ikan yg segar
Nasi dagang dia pulak
Jalan2 tepi pantai.. Seronoknyaa
Tapi payoh gak..
Jauh dari melaka
Hati ini akan rindu pada mak, abah dan adik2.
Kalo kene dok ganu. Kena naik flight tiap bulan balik melaka.. Eh.. Ade ke? Ke klia je kot kan.
Tiba2 je terpikir malam2 ni. Haih.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Isnin, 11 Jun 2012
Umat Islam di Asia Tenggara pula yang bergolak
Wilayah Patani terus bergolak. Hari ini, semangat persaudaraan Islam kita diuji lagi dengan pembunuhan umat Islam Rohingya, Myanmar.
Sejak 3 Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Terbaru, 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Oleh kerana keadaan yang begitu meruncing, Presiden Myanmar, Thein Sein terpaksa mengisytiharkan darurat di barat negara itu susulan ketegangan berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam hingga mencetuskan keganasan yang teruk.
Ya, terlalu banyak tanggungjawab kita teman-teman semua. Untuk mengambil tahu keadaan saudara kita di seluruh dunia. Semua ini berpunca dari hanya satu faktor iaitu ketiadaan kuasa politik Islam yang mampu memayungi dan memelihara nasib umat Islam sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyah Turki tahun 1924.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan isu di Rohingya, sila layari pautan berikut:
http://temanteras.wordpress.com/2012/06/11/shura-mapim-kutuk-sekerasnya-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di-myanmar/

http://
sumber dari Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria FB
Sabtu, 9 Jun 2012
Sejarah : Jangan sesat

Ulama itu bijak. genius.
Tak perlu pangkat Prof, Dr, IR, acc pun
Anda boleh ke link ini untuk tahu perang Jamal.
Ibu kita kaum Muslimin difitnah teruk oleh orang2 Syiah.. sampai tak sanggup nak baca komen2 syiah dekat youtube tu.. dan banyak lagi cerita-cerita lain yang diceritakan oleh pendakwah Syiah pada anak-anak muda.. terutamanya! mereka yang belajar Islam itu sendiri.
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya tunjukkan bagaimana Syiah berdakwah.
apa kelemahan kita? Kita menutup pintu sejarah pada anak2 dan generasi muda. kita sempitkan fikiran dengan sejarah2 yang kadang tak betul (seperti dalam buku teks)
Kita kena tahu sejarah Islam dan kemudian kita dapat cerita kepada anak2 kita.. sebab apa? kita takut mereka terpengaruh.. perlu tanam akidah, dan pengetahuan yang padu pada diri, keluarga dan sahabat. Sebagai benteng dari kesesatan yang diceritakan orang yang mahu menyesatkan
Tapi ramai fikir sejarah itu tidak penting. kadang aku rasa nak marah pada orang2 yang tidak tahu benda yang simple.. 'hello, kau dah umur ** kot, itu pun tak tahu ke?' Jauhkan aku dari sifat Riya' ya Allah...tapi kita ni selain pergi kerja, balik kerja, tengok TV, apa jasa kita? apakita tahu? jangan hidup nak selesa sangat, jangan hidup sia-sia.
Kita sendiri jangan ingat diri tu pandaii sangat. baru tahu beberapa fakta. Sudah hendak buat keputusan sendiri. Kalau diri tu Qiamulail setiap malam. Hafal dan faham Quran serta hadith. Baru layak nak buat kesimpulan. Kalau tak, sila tanya yang pakar
dan. kalau rasa iman tak kuat. Jangan la belajar dalam2 sangat dulu. serius ni. bukan nak halang ilmu. tapi takut2 kalau tersesat..
dan macam aku ni. takda guru. tapi asek nak carik je pasal sejarah islam dalam internet.sentiasa ingatkan diri agar slow down. nanti syaitan bisik
dan aku ni bukan ahlinya.. aku ni saintis.. belajar la sains dalam2
p/s- segalam kata nasihat yg diberikan adalah dari diri yang manusia biasa. kekurangan
p/s- segalam kata nasihat yg diberikan adalah dari diri yang manusia biasa. kekurangan
Khamis, 7 Jun 2012
Lagi pembunuhan kejam di kampung syiria
Setelah Penduduk Haulah di seksa dan di sembelih dengan kejamnya
Kini El-Qobair pula
Bertuhankan Assad
100 gugur syahid kerana disembelih dan dibunuh kejam
12 dibakar
Seluruh rumah hangus dibakar
Apa beza Nyawa Mereka dengan Nyawa Kita?
Adakah Nyawa mereka lebih murah
Adakah Nyawa kita lebih berharga
Ya Allah.. Cepatlah.. Kau turunkanlah Bala pada ASSAD dan sekutunya.
Langgan:
Catatan (Atom)