Isnin, 21 Mei 2012

barang

barang
bila diperlukan.. baru digunakan

laptop, handphone, etc...
selagi tak rosak
selagi itu lah digunakan

bila rosak... baru sedar
betapa berharganya barang itu
tapi tetap
buang dan cari yang lain

manusia
bukan barang

akan sangat terasa, jika
didekati hanya bila diperlukan
terlintas di kepala apabila diperlukan

kerana manusia ada hati

1,2,3
fikir dan fikir
salah sendirikah?


again... diri sendiri yang salah. bukan orang lain





Sabtu, 19 Mei 2012

mencari syurga

setiap kali pun kene gosok tudung

kemudian pakai kain dalam

pakai stokin kaki dan stokin tangan

mengikat purdah (aku belum lagi. hu)

dan, sudah tentu baju kotornya lebih banyak dari biasa

perlu basuh, sidai dan lipat semua

leceh, penat

tapi

setiap itu insyaallah adalah pahala


kerana menutup aurat itu jihad =))

Jumaat, 18 Mei 2012

Aku boleh melupakan yang kisah2 dulu tu

tapi sebab his GF buat macam tu pada aku

aku selalu terfikir

'apalah yg dia cerita dekat family member ex aku tu'
'apalah dia cerita dekat ex aku'

even maybe dia tak cerita apa2 yang memburukkan aku
tapi hati ni still pedih dengan sikap his gf ni

aku memang boleh lupa.. tak google pun nama he and she..
tak cari tak tanya pun tentang he and she even aku boleh tanya directly pada family member dia
dan tak cuba menyamar pun

tapi dia??? ape salah dan dosa aku. kenapa dia sgt2 nak tahu pasal aku....


maybe2 malam-malam ni.. dengan PMS.. aku tiba2 jadi tertekan

penatkan pikir menda yg tak ada jawapan....

i want to forget tis.. n


Isnin, 14 Mei 2012

Hunger Strike.. Hari Nakbah, PALESTINE

Israel bila menahan orang Islam Palestine

Israel Laknatullah menyeksa tawanan Palestine, bukan baru2 ini. Dari dulu.

1. Seorang tahanan Palestine terlihat sesorang, dan dia tanya "tak pernah nampak muka kau sebelum ni"........... Rupanya dia bertanya pada cermin. dia sendiri tak kenal wajahnya

2. di gantung dengan kepala ke bawah... di masukan dalam air panas kemudia air sejuk. bergilir2.. badan akan terkejut.. dan itu amat menyeksakan.

3. kejutan elektrik

4. diberi makanan yang mengandungi bahan bahaya.. arsenik... mereka akan lumpuh perlahan2


itu baru sedikit. aku baca ini semua masa sekolah rendah.. dalam mastika.. - dan aku masih ingat sampai sekarang-

secara besar-besaran disebarkan di facebook


The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days
Don't let the Western media burry your case, all these prisoners are asking for are their basic rights as prisoners of war, visitation rights, right of education and other rights that are declared by international law


dan selepas itu

|15th May 2012 : Nakbah Palestine| Alhamdulillah setelah solidariti jutaan masyarakat dunia yang menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan "Israel" telah bersetuju untuk menerima permintaan mereka

Terima kasih kepada semua yang telah menukar Profile Picture sebagai solidariti dalam isu ini. Israel terkejut kerana lebih 2 juta pengguna Facebook menukar DP dalam beberapa jam semalam.

Tahniah juga kepada semua yang telah membuat protes ke atas Israel, menyebarkan kesedaran kepada orang ramai. Sekurangnya kita telah membuat sesuatu untuk mereka.

Sekarang mereka sangat gembira di Palestin dan mereka meraikannya. Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !!

Sesiapa yang belum menunjukkan solidariti, moga Allah memberi peluang lain untuk membantu. Ameen

Teruskan Perang Media dan Perang Doa kita.. Ameen



Tapi, adakah benar...

....
JANJI ISRAEL? boleh percayakah

Selasa, 8 Mei 2012

Pengkhianat

Merujuk al-Quran setiap hari itu satu perkara yang mulia
Merujuk al-Quran hanya dengan niat hendak mematahkan hujah orang lain.. at least dia merujuk

Tapi bila merujuk, tanpa ilmu. sombong, tak tanya yang alim dan warak, yang memang ahlinya,
kemudian memutar belitkan ayat, dengan sebab mahu memenangkan. Menegakkan benang yang basah.

Kurang hajar!


Mereka dah rasa dan tahu pernyataan itu salah, mereka memang menafikan dalam hati, Tapi mereka pengecut!.. dan cuba cari hujah2 tahi untuk menyokong pernyataan salah itu tadi

Pengkhianat!

Pengkhianat kepada Allah SWT dan Rasul SAW.

jauhkanlah diri dari jadi begitu


entah. Kadang aku tergelak dan sakit hati dengar fatwa2 dari mereka yang Alim. Aku tak pandai. tapi dapat rasa ada yang tak kena.





Isnin, 7 Mei 2012

Ahad, 6 Mei 2012

RESET

mengantuk.

I need to reset myself

diet dah kucar kacir
tesis tergantung-gantung

dua hari dirumah
my otak still thinking of laptop, online
memang internet membunuh

jadi penat.. bangun pagi, buat sarapan.. online setengah jam.. then beli barang makan tengah hari. masak2 then mak cakap. " teman pergi rumah orang kawin.. pakai jubah saje.. selekeh. mak tak setuju.. okey.. tukar cantik sikit.. hantar mak g kerja... online kejap.. then bawak zila jalan2...  then malam macam ni macam tu.. mengeluh? tak.. aku tak kesah pun. tp geram dengan diri ni. tak pandai manage diri lagi.

okey.. tired.. menyesal online sampai 2,3 pagi malam tadi

I need to stop

banyak buku tak baca lagi.. what happen to meeee

reset. Ya Allah. tolong.

p/s- misi... tunaikan apa sahaja permintaan mak abah.. ce fikir balik. if perintah mak abah pun tak leh ikot. cane nak ikot perintah suami nanti

haha.. ok.

Selasa, 1 Mei 2012

Lindungi Kami dan Keturunan Kami

"saya tak pernah solat"
"zina itu biasa"




sedih sangat. masa wardina nangis tu memang aku pun dah start...

Betapa naif nya orang sekeliling. Hingga dia jadi macam ni.

So, tolong la tegur budak2 yg tengah nak naik ni.. biarlah dorang nak cakap apa2.

Selalu kena, "baik ustazah..." "dia ni memang islamik sikit"

padahal aku tak pun

nak tunggu diri 100% warak baru nak bercakap.. sampai bila2 tak jadi dakwah.

sedangkan orang yang minum arak.. then ade couple lalu depan sebab nak berzina.. orang yg minum arak tu boleh tegur yg nak berzina.. walaupun nanti di balas " eleh.. ko tu mabuk!"

mengucap panjang... lindungi kami dari dosa besar ya Allah.

ya Rasulullah..




My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn’t stop my tears from falling
In your presence O Muhammad! (Maher Zain)


Turuti ajaran baginda..
Sedayanya amalkan sunnah baginda
Insyaallah.. Allah jemput lagi.


Ya Rasulullah... terimalah aku sebagai tetamu mu
walau diri ini tidak layak
tapi aku mahu

Ya Allah..
jadikanlah diri ku ini
tiap hari, tiap saat
seorang hamba yang tegar berusaha
untuk mendekati, dan mencintaiMu sepenuh hati

Alhamdulillah
Segala Puji bagiMu ya Allah
yang menjadikan kita Umat Rasulullah SAW
nikmat besar dalam hidup dunia dan akhirat


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri,
yang menjadi berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,
yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu,
dan
dia menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman

(at-Taubah :: 128)