Khamis, 5 Januari 2012

jomm, kita solat dhuha dan baca doa ini :`)








Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.

moga kita mati dalam Islam dan iman


Klik untuk besarkan..hehehe..

rasanya kalau dia jd muslimah baik. memang dia akan jadi hebat nanti. pakej.

tak semua org sempurna. bersyukurlah kalau kita sedang berusaha untuk sempurna, baiki diri demi kerana jalanNya. doakan orang lain jugak =))

Rabu, 4 Januari 2012

he~~~ si 'manis' ni update juga.

dah lama tak update blog.
ye

pastu bila tengok ramai kawan2 dah update blog semula. lebih2 lagi put. yg tak pernah berhenti

nani n tisya.. tapi zati tak update pun

zura dah kawen. maybe zura leh tulis pasal alam kawen. eh... mane boleh


sekarang ni tengah menyesal. sikit je. macam mana aku boleh terlalu leka sampai tak terpikir nak buat tesis
dan bila baru dapat tesis dari super super senior. yg memang mantap. hati ni macam kene sentap kau.

sekarang ni ku tengah cari-cari paper yg sesuai nak letak kat tesis

sambil tengok masterchef.. a ah. aku gila dengan master chef malaysia.

Ahad, 6 November 2011

Allah pilih aku

aku insan yg Allah pilih

dipilih untuk menikmati jutaan malah tak terkira nikmatNya

Allah pilih aku merasa itu dan ini

melalui itu dan ini

merasa apa yg org lain mahu. tapi tak mampu


Allah juga pilih aku

pilih aku untuk melalui beberapa dugaan

dugaan yg aku tak pernah mintak

tak pernah angankan




Allah juga pilih aku untuk menunggu

menunggu sesuatu yg terlalu aku inginkan

dengan penuh kesabaran


Dia pilih aku sebab Dia tahu aku mampu lalui
Dia tak akan duga aku dgn dugaan yg aku tak mampu

selagi jantung berdegup
aku mahu terus sabar dan sabar
memohon dan mengharap tanpa jemu
Insyaallah. ganjarannya pasti ada.

Rabu, 20 Julai 2011

syukur.. aku seronok

lama tak update blog

hp rossak.... screen dia masuk air... ini mungkin akibat dari kegelojohan.. dan kutukan aku pada seorang kawan yg tak pandai jaga henset.. aku pun 2x5..hah!

aku bergaduh dgn orang jepun dan US. wah. mcm hebat la tu kunun. ekeke.. sebab dorang asek salah hantar barang je. pastu hantar tak reti letak ais. benci betul. cane aku nak wat lab. lambat la aku grad kang . (tak nak grad awal pun)

BESDAY!!

3 kek

11 kali dibelanja makan

n 1 baby yg sama besday dgn aku. love her <3

nantila upload gambar


sekarang suka baca novel cinta
heppp!
dulu time skola tak penah baca
ni baru nak start baca..
dulu I baca buku dak skema je
baik.. a ah. budak baik
hahahahahahahahaha ( takpe.. skoolmate tak bace pun blog aku)

Jumaat, 17 Jun 2011

Norman (KRU), SKMM, dan remaja: semua gelojoh.

Satu hari seorang penjual DVD nak download.. tiba2 tak boleh download kerana di block

Satu hari seorang budak U yang terkurung dalam U nak download cerita.. malas lah nak keluar. Bazir duit je. Lagi pun kan tak elok bersosial. Tapi tak dapat download sebab kena block

Selepas itu ada pula seorang pekerja ni nak share file yang berpuluh2 Gbyte kat oversea. Mane boleh transfer guna email. Mesti kena guna megaupload.. tapi kena block juga.

para student yang buat thesis, yang menulis novel. lebih suka simpan dalam megaupload. hilang. di block

Ada pula seorang pengedar DVD lucah. Risau perniagaan DVD bluenya muflis gara-gara khabar banyak laman file share yang telah diblock… eh..eh.. ‘yihuuuuu’ kata dia. Tak kene block lah. Beres.. bisness blue jalan!

__________________________________________________________

Di block secara tiba2. Tanpa perbicangan.Sepatutnya berbincang, sebab ramai dah membayar untuk seumur hidup pada laman-laman file sharing itu.

Dan kebanyakkan yang terlibat dalam operasi download mendownload ini adalah dikalangan remaja. Belia. Mereka merasakan itu hak mereka

“kami rasa hak kami di rampas!!”

“kenapa nak block? Kenapa kerajaan nak ikot cakap artis itu?”

“weh.. kitorang tak download lah cerita melayu”

Darah muda hatinya panas. Diusik lagi macam tu. Akhirnya muncul hackers. ‘Genius-genius’ yang lebih pandai dari para PhD internet.. mereka hack laman-laman kerajaan. Mengugut kerajaan.

Aku tergelak. Hahaha. Maybe para ‘bijak pandai’ berkuasa di atas aku ni tak pernah sangka sejauh ini remaja-remaja itu boleh bertindak.

Sepatutnya mereka bincang dulu

Bila dah jadi, baru nak cakap.

“hantar rayuan pada kami”

“niat kami baik”

Remaja-remaja cakap

“oo.. sekarang tahu pula nak bincang”

“ingat aku heran sangat ke dengan niat korang tu”

  1. Artis (norman KRU) yang propose idea ini pada SKMM, sebab takut artis2 barunya tak naik, tak ada market dalam Malaysia sebab semua sebuk dengan K-POP.
  2. SKMM ikut sahaja, tak bincang dahulu. Tak Tanya pendapat rakyat...
  3. Remaja yang berhati panas pula terkejut. [Bagi beberapa orang, download adalah makanan mereka setiap hari]

Semua nya GELOJOH

Lama-lama aku dan beberapa yang lain. Yang bukan pendownload, yang minat lagu-lagu melayu. Akan jadi mangsa kegelojohan mereka.

p/s- yang lucah tak block pulak. Hmm kalau orang tua mereka kacau. Paling dasyat pun, tunjuk perasan tepi jalan. Tapi kalau ramaja.hahaha.. cara mereka lain. Halus dan tajam.

1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website

Apa pun. Aku tetap undi kerajaan untuk PRU tahun depan.

Sabtu, 11 Jun 2011

If You Are Kind, People May Accuse You Of Selfish Ulterior Motives;
Be Kind Anyway. People Are Often Unreasonable,
Illogical & Self-Centered, Forgive Them Anyway.
If You Are Successful, You Will Win Some Friends & Some True Enemies;
Succeed Anyway. If You Are Honest & Frank People May Cheat You;
......Be Honest & Frank Anyway.
What You Spend Years Building Someone May Destroy Overnight;
Build Anyway. If You Find serenity And Happiness,
Others May Be Jealous; Be Happy Anyway.
Give The World The Best You Have, & It May Never Be Enough;
Give The World The Best You’ve Got Anyway.
The Good You Do Today, People Will Often Forget Tomorrow,
Do Good Anyway. You See, In The Final Analysis,
It’s Between You And ALLAH SWT;
It Was Never Between You And Them Anyway
huk.....

dah kurang ajar kat mak ke hari ni

=(

Selasa, 7 Jun 2011

aku jadi begini kerana

kerana aku tak fokus
aku malas

malas nak bace jurnal
malas nak belajar dengan teliti kerja2 lab

menyebabkan banyak salah buat

aku jadi begini sebab aku malas
banyak rajin pada menda2 yang tak penting

aku berlagak macam bukan student
padahal aku student

ini ke kualiti aku

Sabtu, 4 Jun 2011

fuh fuh fuh.. kamon

ade presentation

penting sgt2

ok!! sehari ni aku dah malas tahap gaban. buar lab pun lembap. padahal leh siapkan cepat

so.


malam ni nak siapkan semua result, extended abstract dan jugak slaid..

pagi esok hantar kat dr!

pastu teman nana hantar barang

ptg esok bukak balik email. tgk dr reply ape..

malam esok dtg lab buat gel

pagi isnin run gel

selasa meeting n presentation

rabu..

lab balik

minggu depan nak balik


ok.. fuh..fuh..fuh.. kamon ain. jgn malas2