Selasa, 9 Jun 2009

padah= wat keje last minit

hari ni ade presentation, subjek tambahan aku Hubungan Insan..5 org dlm kumpulan aku

datang2 pendrive tak leh bukak..kene pakai yg lain lak..g lah transfer sume... (komp ukm yg beng..)
slaid fatin lak kurang satu!!..cian dia..ntah mcm mana leh ilang

pastu nak g print...kuar kelas ikot suke ati..kuar masuk..kuar masuk...(aku agak sasau time nih sebab terkejar2)

kat kedai print dgn 2 org kwn lain..print tak leh guna pulak...(kelas masih berjalan..org lain present)..kelam kabot mengedit

lecturer ckp..saya sensitif sket org kuar msuk ni..

kira baik lecutrer ni..kalo yg lain..mmg kene hambun ktorg ni..

rupanya yg print anta esok...maybe lecturer cian tgk ktorg yg wat keje last minit ni



=( esok mntk maaf kan lecturer tu...maaf ye..kami sasau..salah kami..wat keje last minit


dan aku mmg jadi bodo bila selsema...@#$%)

Isnin, 8 Jun 2009

Amah yang didera dengan kejam

(aku udah buang gambarnya..ramai kata scary..ok2..cian kome)


Mungkin dah ramai orang bace kisah amah ni kan.. (carik paper cepat)..kesian nya

sanggup tinggalkan family..semata-mata untuk cari rezeki kat sini..tapi

kadang-kadang terpikir jugak kan..kenapalah sanggup manusia memperhambakan org lain...kejam pulak tu...makin hilang pertimbangan. Dan ni menunjukkan, ramai lagi yg masih lemah dalam pengurusan EQ..(aku pun)... tak boleh gak asek nak kejar kemajuan, tapi emosi dibiarkan tak terjaga. Kesannya, lepaskan kat orang lain. walau cane pun, setiap orang kena belajar untuk uruskan emosi dia. Sokongan dari keluarga, kawan2..amat2 penting...Hati kita juga perlu disantap dengan pengisian rohani


Teringat movie Amistad...kesah apartheid di America...ish..pening2 tengok cite tu..kesian dan kejam......


Bagi yang rasa-rasa di tindas di luar sana!!.. tegak kan hak asasi anda..!!

cane ek..polis?SUHAKAM? hee~




+) penulisan agak skema..kesan asaimen yg berlambak.. =p

Kawen lewat kini~~

Bimbang trend kahwin lewat


Shahrizat Abdul Jalil dan Ahmad Sarji Abdul Hamid berbual dengan ahli-ahli panel seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan bimbang terhadap trend lewat berkahwin di kalangan wanita dan lelaki yang dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang kepada negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika trend itu berlaku berterusan, impaknya kepada negara ialah tempoh kesuburan wanita menjadi pendek dan kesukaran mendapat anak.

Menurutnya, perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaan kepada wanita dan lelaki sebaliknya sanggup melewatkannya kerana terlalu mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan enggan terikat dengan institusi perkahwinan.

''Umur minimum perkahwinan pertama untuk lelaki meningkat daripada 28.6 tahun pada tahun 2000 kepada 28.9 tahun pada masa kini.

''Begitu juga dengan usia minimum perkahwinan wanita yang meningkat daripada 27.8 tahun pada tahun 2000 kepada 28.6 tahun masa kini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian seminar dua hari anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, antara kandungan dan inti pati yang akan dimasukkan ke dalam Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakannya ialah mengenai risiko dan implikasi tindakan lewat berkahwin kepada negara.

Katanya, dasar dan pelan tindakan itu akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Shahrizat meminta ibu bapa supaya tidak melepaskan kepada pihak lain tanggungjawab sebagai ibu dan bapa sekiranya berlaku perceraian.

''Dalam sesetengah masyarakat, adalah menjadi satu keaiban sekiranya suami melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak kepada orang lain,'' katanya.

Menurutnya, amalan seumpama itu sepatutnya menjadi ikutan kepada semua masyarakat di negara ini tanpa perlu dikuat kuasa undang-undang ke atas mereka.



Haha..dun worry.. 6 years to go..lalala....~

Silent

ada sesetengah perkara..kita kene bagitau parent kita...ade juga yg tak perlu

tapi..ada juga yg tak akan dapat ditutup..terbongkar jugak akhirnya...sebelum terlambat..bagitahulah parent awal2..supaya mereka boleh tolong mendoakan..membantu apa yang perlu..untuk masa depan kita juga...

ade orang terlalu caring pada kita..dan bagitahu pada mak ayah kita...kita sedih..malu..marah..

tiada apa yg orang itu dapat kalau dia bagitahu hal sebanar...sampainya hati orang tu..wat kita macam ni...







hanya perubahan dari kamu sahaja yang aku harapkan..jadilah lebih baik..bukan untuk aku..tapi untuk diri kamu..kerana walau pedih sembilu yg kamu cucuk... kamu pernah bahagiakan aku..satu masa dulu..dan walau tidak aku harap apa-apa lagi..sayang ini..tak lagi hilang..




aaah..ade org lain lebih susah dari aku..sedey sgt wat pe

falsafas: bila berjalan ke hadapan, jangan pandang belakang, takot terlanggar batu yang dekat depan...

Ahad, 7 Jun 2009

award dari emma songall ;-)






1. Anda seorang bintang?

yerp...bintang yg sedang mencari bintang hati nya..~~~

2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
sebanyak bintang di andromeda

3. Adakah penulis seorang yang sombong?
ape nye soalan..tak pun

4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
dari blog.

5. Anugerah ini ada berapa warna?
4 barangkali.

Penerima anugerah WAJIB berkongsi dengan minima 3 blogger.

a.
b.
c.


Khamis, 4 Jun 2009

Gandhi The Movie

menonton movie sewaktu kuliah..memang menyeronokkan.... sewaktu movie di tayang kan..aku takkan datang lewat...takot ketinggalan...takkan tidur juga..mata cerah

movie pertama adalah Mahatma Gandhi... bosan? best..maybe aku tak tonton cite ni kalo bukan ditayangkan dlm kuliah hehe..sebab masuk dalam exam..



Mohanandas Gandhi nama sebenarnya..ada lagi panjang..tapi aku tak ingat...beliau adalah lawyer..yang pergi ke afrika selatan..tapi aku tak tahu untuk ape..lupa lah..semasa disana..orang2 orang berkulit gelap termasuk orang2 india di anggap kelas kedua selepas orang2 kulit putih..mereka tak dapat hak2 yang sepatut nya...dalam kelompok kecil itu lah gandhi memperjuangkan hak-hak kelas kedua tersebut..penuh dengan liku2 yang mendebarkan..sebab nya..org kulit putih itu sangat ego dan zalim..ish

selepas berjaya..beliau pulang ke kampung halaman..masih lagi memakai kot dan kemeja..smart...(tiba-tiba aja). beliau disambut dengan meriah..dianggap hero semasa di afrika selatan itu. namun sanjungan itu tidak membanggakannya setelah melihat kemiskinan yang melanda masyarakatnya..beliau sedih melihat masyarakatnya ditindas sebagai kelas kedua di negara sendiri.. sewaktu itu india dijajah oleh british... ramai yang tidak makan..duduk di kaki lima jalan..di hina..di tipu oleh tuan tanah.. tiada bantuan kesihatan....dan sebagai nya

beliau mulakan dengan memberikan ucapan yang membakar perasaan dan semangat orang-orang india..kemudian kene masuk lokap atas tuduhan bawak pengaruh songsang...pastu banyak betol beliau masuk jail..2nd home katanya..kesian

beliau mula memakai hanya sehelai kain..dan suka duduk bersimpuh..bila masuk jail saja..orang2 india marah..wat tunjuk perasaan..(kerana Ghandhi telah menyatukan mereka)..british mula ketaq..cuba sekat sana sini..

pelbagai pendekatan psikologi yang di praktikkan oleh gandhi..beliau tak suka pendekatan cara kekerasan..beliau banyak menggunakan psikologi.. tetap tak putus asa walaupun asek kene jail..kene pukol...

beliau amat sayang kan isterinya..berkahwin pada umur 13 thn.. (wowowo). jahit baju sendiri..boikot barangan barat...macam2 lah.

akhirnya..mereka merdeka.... tapi muncul pula konflik Hindu bergaduh dengan Muslim (sampai bunuh2) .. gandhi kecewa sangat bila bergaduh macam ni.. beliau berpuasa (dalam paper Gandhi- fast to death.. ) dia tak kan buka puasa selagi pergaduhan tak selesai... sampai macam nazak dia ni...pelbagai usaha dijalankan untuk menyatukan semula..kembali aman selepas itu..sebab semua rakyat india sayang Gandhi..nak dia makan.. Gandhi pun makan..minuman pertama oren juice.. kemudian beliau makan dengan maulana (muslim) tanda satu padu.

baru je habis puasa.. baru je boleh jalan.........beliau mati dibunuh......kene tembak.. ape lah...sad ending betol

duration cerita ini adalah 4 jam..agak nya kot..lupe...(sume lupe).. Warganegara India mengingati Gandhi dengan berpuasa pada hari ulang tahun kematiannya...hmm..kan?..lupa lah...(ini pengetahuan am saja). Mahatma = Great soul


cite ini masuk exam..he..boleh kah aku jawab +p

mendelete Akaun

  • zati mahu mendelete tagged nya...kerana pic dari PC nya tiba-tiba terupload sendiri..nasib baik bukan 18sx punya
  • zura juga mahu mendelete taggednya..erm..bnyk kenangan tu...sebab yg kurang jelas
  • tisya juga mahu delete tagged...sebab kurang jelas jugak
  • nene lagi dasyat..mahu delete blog katanya.....
  • put tiada mahu delete ape2 setakat ini
  • AKU..maybe nak delete friendster dan tagged...facebook je dah lah..blog ni terapi pada hati... takmo delete..tak kesah femes ke tak..cuma luahan

+p masih penin setelah tido lepas asar

Rabu, 3 Jun 2009

Sabar lah ain..sabarlah put

Enset aku baterinya Kong... kerana nenek ini terlupa untuk bawak balik chager nya yang berada dirumah...maka nya..aku tiada bermain dengan enset lah pada minggu ini.....xheran pun..sape nk msg I yg single nih... (promote2)

Pupu lak lagi kesian....laptopnya rosaks...papan ibu nya sudah rosak..maka nya sudah hampir sebulan dia tak ada laptop..dia lagi busan laa kalo nak dibandingkan dengan aku nih..mmg bosan tahap gaban dia nih...... kadang2 aku tgk dia.. kesian ko ni pupu..aku kne ready2 kan ubat nih..takot ade pulak jd lain..sabar ye pupu..jgn ko mengganti seseorang lak dalam blok ini..seyram aku..tak sanggup..

dan kami semua..yeah..all ~*Darlings*~ (yek2) sedang sebuk membuat asaimen Hak asasi manusia (HAKAM) dan Hubungan Insan.. ini adalah subjek tambahan ..UKM ni penuh dgn falsafah..jadi kami redha je bila kene amek nih...redha wat asaimen ini...dgn cuba menolak jauh2 perasaan malas..menyesal (aku nyesal lak pilih tokoh ni)..takpa..aku bangga...banggaaaa
ok..sambung wat laaaa... ape ini adek manis.....makin tembam makin malas =P

pupu dan aku..
1 pagi di putrajaya

Selasa, 2 Jun 2009

mencintaimu ku jadi begini

hujan turun lebat malam ni...bagoslah..lama dah tak ujan kat ukm ni.... saat2 sunyi ni....tibe2 aku teringat dia.. tiba2 hati jadi lemah..aku biarkan saje hati ni melayan perasaan...lebih2 lagi bila teringat masa aku kemas barang2 dan kad2 yang dia penah bagi kat aku...aku letak dlm stor kat umah aku..tak mahu bukak lagi..cuma cincin je..aku lum letak dlm stor..lupa nk bwk balik

aku selalu sangkakan aku ni kuat..cukup kuat untuk lupakan dia...cukup tenaga untuk terus berjalan kehadapan..tanpa toleh belakang lagi....tapi bayang-bayang dulu...menuruti setiap langkah aku... lebih-lebih lagi..bila aku berada dalam kawasan linkungan lubuk kenangan aku dengan dia (haha)... Selangor dan Kl ni...hampir sume tempat ade kenangan..juga di UKM ni.. kenapa nak ingat balik?... aku tak kuat nk tepis ingatan tu semua....aku yang rasa...aku...

kawan-kawan selalu pesan..tak usah ingat..mulakan hidup baru kau..dia tak pernah ingat kau lagi..dia tak pedulikan kau lagi...dia dah bahagia dgn org lain....wat ape kau ingat dia........ ye.. aku tahu.... aku saje yg terkapai-kapai ingat pada dia..siapa kata aku tak berusaha..cukup lelah aku cube lupakan dia.....senyuman dia, gurauan, caring dia..juga tangisan dia..tu semua...meluputkan semua kesalahan yg dia buat pada aku.....aku yang rasa tu... ya Allah..lemah nya aku

aku cuma manusia biasa..yang selalu jahil..selalu silap..ini semua Dia nk ajar aku..tentang hidup.. aku bersyukur pada Dia

baru 2 bulan...ade banyak masa lagi untuk aku berusaha... 2 bulan ntk lupakan memori 4 thn ?..aku yang rasa..payah weh...... Yang Maha Kuat..berilah aku kekuatan

feel gila bila dengar lagu ni
Terlalu cinta - rossa

Jangan dekat atau
Jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa
Karena tak memilikimu

Ku coba jalani hari
Dengan mengganti dirimu
Tapi hatiku selalu
Berpihak lagi padamu

Mengapa semua ini
Terjadi kepadaku


Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh dari angan tentangnya

Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya
Aku terlalu cinta dia

dah la..cian abah mak kalo tahu

>sambung wat esaimen







Isnin, 1 Jun 2009

Nasik Campur Recipe........!!

  • sampai je kat Melaka Sentral...aku mencari buku sin chan..tak ade pun..last2 aku beli ujang..aku tanya makcik tu (patut akak).. sinchan takde ke..katanya...volume 42 dah abes...ooo...ala..dah ade da...Ujang?..ape yg best? katun CIKU dan Bawang..
  • Beli Chipsmore............ganti zura punya..aku terover makan lak hari tu. macam sendiri punya Chipsmore...lalalalala

Ade sorang kawan aku nih..dia tak suke ngan laki ni..tapi kan..laki ni cakap...

"betol..I nampak muka U kat Jabal Rahmah (tmpt Adam Hawa ditemukan)"


Hm.. leh caye kee.....tp kawan aku nih mmg tak berminat langsung..sebab dia adalah suami orang...

  • Ape lagi yang mess up kapala aku..tentu nya keazaman diri ini melakukan itu.... aku berniat baik.. maybe ade yang kate aku dendam..atau ape saja.... takpe lah dipulaukan dibenci.... dikatakan kijam.... ikut hati takmo wat..sebab sekali aku wat..aku akan hilang dia selamanya (pedih menusuk) ...its ok...tetapkan dalam hati..tiada niat lain..selain untuk kebaikkan...
panas..kene mandi lg....

Photobucket


note: menulis blog adalah salah satu terapi kepada diri sebenarnya..... tapi bila dah lege.. aku akan segan dgn ape aku tulis...hehe