Khamis, 5 Mac 2009

yes..mid sem dah abes

tadi..fundamental of ecology..penutup midsem~..alhamdulillah..habes pon..rasa berat midsem kali nih..coz lab tak siap..tesis pon lum siap..

pas nih leh tumpu pada penulisan tesis pulak.....yang dah lama tertangguh..hu~

ini adalah nyamuk yg transmit Chikungunya virus

Photobucket

ngeh2..saje~

Selasa, 3 Mac 2009

Macam kene sabotaj je

Utusan

GENG: Pengembaraan Bermula (Geng) merupakan filem animasi pertama yang berjaya mencipta fenomena dalam industri perfileman tanah air.

Buktinya, filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., (LCPSB) itu merupakan filem tempatan termahal dengan kos hampir RM4 juta.

Malah, sejak ditayangkan pada 12 Februari lalu di pawagam-pawagam seluruh negara, Geng berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM4 juta.

Difahamkan kebanyakan tiket tayangan filem itu pada hujung minggu juga habis dijual walaupun adakala jumlah tayangannya tujuh kali sehari!

Ada juga pawagam yang terpaksa menambah jumlah pawagam kerana tidak mampu menampung bilangan penonton yang bertambah.

Filem arahan Mohd. Nizam Abd. Razak itu berjaya membuatkan tauke pawagam-pawagam tersenyum lebar kerana sambutan di luar dugaan itu.

Namun, agak menghairankan ketika sambutan Geng semakin hangat, pihak pawagam kononnya dikatakan mahu menarik tayangan filem tersebut.

Antara alasan tidak masuk akal yang diberi kerana mereka mahu 'memberi laluan' kepada banyak filem lain termasuklah filem tempatan dan asing.

Persoalannya, mengapa perlu ditarik tayangan filem yang sedang mendapat sambutan ramai berbanding filem lain yang mereka belum pasti untungnya?


Biasanya filem tempatan yang melalui Skim Wajib Tayang dan bermasalah kalau tayangannya di pawagam selama 14 hari tidak mendapat sambutan para penonton.

Ini kerana, pihak pawagam boleh menarik tayangan sesebuah filem itu jika sambutannya dingin dan akan digantikan pula dengan filem lain.

Bagaimanapun, dalam kes Geng ia terbalik kerana biarpun sambutannya hebat tetapi tayangannya pula mahu ditarik kerana alasan yang tidak logik itu.

Secara logiknya, pawagam tentulah akan memanjangkan tayangan sesebuah filem jika sambutannya baik kerana ia akan menguntungkan mereka.

Dalam kes ini, seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena apabila masalah seperti itu timbul kerana ia jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman tempatan.

Pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) haruslah tampil ke depan bagi membantu masalah yang sedang dihadapi oleh filem seperti Geng.

Sebabnya, bukan selalu filem tempatan seperti Geng mencipta fenomena dengan mengalahkan kutipan tiket filem-filem hebat dari luar negara.

Geng misalnya, mengutip kutipan tiket RM1.75 juta pada minggu pertama tayangannya mengalahkan filem Hollywood seperti Valkyrie.

Dimaklumkan, Geng turut menewaskan filem seperti The Curious Case of Benjamin Button dan Slumdog Millionaire yang turut ditayangkan serentak ketika itu.

Apa pun tahniah kepada Finas kerana mewujudkan Skim Wajib Tayang selama 14 hari kepada filem-filem tempatan untuk dipatuhi oleh pihak pawagam.

Tetapi nampaknya ia masih belum memadai dan Finas harus mengemaskini skim itu supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Finas misalnya, boleh menambah peraturan skim itu dengan mensyaratkan pihak pawagam melanjutkan tayangan filem jika sambutannya baik.

Lanjutan tayangan itu boleh diberi kepada filem yang berjaya menarik lebih 30 peratus penonton ke pawagam selepas sahaja tempoh Skim Wajib Tayang tamat.

Senario itulah yang berlaku kepada Geng kerana biarpun selepas 14 hari ditayangkan, tetapi filem animasi itu terus mendapat sambutan hebat para penonton.

Biarpun selepas tamat Skim Wajib Tayang, namun filem itu masih mampu menarik lebih 30 peratus penonton dalam kapasiti sesebuah pawagam ketika ia ditayangkan.

Selain Finas, persatuan seperti Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) juga sepatutnya tampil ke depan membantu Geng.

PFM mahupun Finas seharusnya campur tangan membela filem Melayu seperti Geng dan berdepan dengan pihak pawagam supaya masalah itu dapat diatasi.

Tindakan segera perlu diambil kerana filem edaran Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu mampu meraih kutipan tiket lebih RM5 juta dalam waktu terdekat ini jika ia terus ditayangkan.

Jika tidak, ia bukan sahaja akan merugikan pihak penerbit seperti LCPSB dan pawagam daripada segi kutipan tiket yang bakal mereka raih.

Malah, para peminat watak popular Upin dan Ipin dalam filem itu juga akan berputih mata kerana masih ramai lagi yang belum menontonnya di pawagam.

bengong tak bengong...? baru xsmpy sebulan..titanic dulu boleh wat sebulan lebey.....aku pulak yang tensen

memang le tak perfect cite tu..tapi cukup membangga kan....aku pun baru nak ajak adik2 tgk...

mcm mana Malaysia nak maju..sket2 dengki

kenapalah susah nak fokus..

hari ni lepak dalam bilik je...pegang nota..bace2..termenung..pikir kalo macam nih..kalo macam tu...eh..bace lah...nape macam nih...owh...tak bace doa rupanya..

otak jadi lembab..ngantok pun ada..tido jap..bangun2 je..lah..pukol 2 dah....nape ngantok je nih....men tenet....tgk tv jap...tgk conan jap....yang jap jadi lama...

itu lah penyakit yang melanda bukan saja aku..tapi kawan2..juga..dan kebanyakkan final yer student..

mcm nak wat perarakan pulak....

'kami dah bosan bace buku'
'kami dah bosan dengan sistem exam'
'plis..pikir cara lain utk nilai kami'


budak2 boley laa exam..nih nak sumbat sume last minit..argh..sape suh stdy last minit kn..heh..bizi..nak wat cane....1+6+5+1+3= 16 thn dah belajar bace...bace..exam..bace..exam...another 3 years for master?..wait lah....

sib baik ade lab..tak bosan..walau tensen..tp sonok...

ok..mandi..malam exam lagi~~......otak beku~.mintak2 yang aku x faham n xbaca tak kuar..

Ahad, 1 Mac 2009

sori~~~~..zura~~~..

Photobucket

lembu ini nak hantar kek dekat zura dari aku..tapi tak tahu mane dia pegi..

zura..hepi besday tooo yooo..yang ke 22 tahun pada 2/3/2009
(yes..lg 2thn je nk tawen..ngeh2)

sowi..aku tak dpt nak join parti telor korang tu...aku ade lab
5/3/2009
hari clean up lab aku....
so kene gak rush
molecular bio pon tak stat bace lagi..adei

ni laa zura..my pren

Photobucket


teka yg mana satu..hehe

untuk zura

semoga debom dan sexy selalooooo

love u all GBS...!!




Jumaat, 27 Februari 2009

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Photobucket

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang


Photobucket

ade yg tak faham sebena nye..layan je..hah

Khamis, 26 Februari 2009

di tag oleh tisya

jawab aku dgn ikhlas setelah ditag tisya



1. sape KAWEN dulu?

dari dulu aku nak kawen!!..tapi bukan keje senang..my parent..demand punya...kekasih hati pun bizi..bnyk tanggungjawab..demi Allah..mmg nak..tp Dia lebih tahu..bila sesuai untuk aku kawen..sabar dan ikhlas~

vote for ZURA 1st


2. sape JADI MAK dulu?

bergantung pada kesuburan..hmm..aku nak anak bila dah atas 26 thn..tp takdir..

vote for yang suke budak2... zura..puteri..nani..zati..tisya dan aku..haha

3. sape BERPOTENSI JADI DATIN dulu?

aku nak jadi datok!!!

4. sape GEMOK (pas kawen) dulu?

kompem laa aku dulu..~ape punya soalan sensitip nih

5. sape KAYA dulu?

tisya..bisness mind punya olang..put..begitu pandai berdikari

6. sape G HAJI dulu?

ehemm....ntah..niat dah ada..hehe

7. sape DEAN LIST sem ni dulu?

dulu?...bukan aku..mcm biasa..nani n zati..

finish...

sambung asaimen biomol


Kuiz Geologi and manusia + selsema + pelupa


Semalam aku tidak membaca begitu banyak untuk kuiz yang dijalankan hari ini…..ntah laa..maybe sebab biosignaling aku yang macam hampeh je..ilang 20 marks.. alahai..bnyk lagi tempat lain nak letak markah..soalan cholera toxin yang hanya beberapa slaidnote tu jugak lah yang 20 marks…betul2 menduga

Selepas itu..msg kekasih hati…dia kat kafe lagi..ops..kenapa lagi..sebab memang asal kontek dia je..dia kat kafe..keh2…lebey kurang diri ini kot..kuat makan..rupanya sudah seminggu dia batok sesema..laa..nape tak bgtau pulak..aku pun satu..suara dia dah lain pun tak dpt nak cam..ape laa aku nih…kemudian aku stat sakit tekak..mata pinar2…idung berair…aik..jangkit ke?


Photobucket


Influenza ini memakan diri..akibatnya

-tido lewat….patot pkol 1 dah baring..golek2..pkol 3 baru tdo agaknya..

- jawab kuis dengan selsema..sok..sek..sok..sek..mesti rimas orang len denga..aku pun wat cepat2..hentam je laa…just dapat jawab soalan volcano and luluhawa je..sebab itu je aku baca..terus hantar…1st person yang hantar..aku kuar cepat2..takot prof tu cam muke aku…aku jawab salah weh..malu

- mintak tisya ubat..amek ko…obat sesema pagi malam dia bagi tengkiu to tisya

- zati mintak nota..aku lupa nak bawak..aku igt nak bawak petang nih..tapi dah niat nak ponteng kelas petang..sebab memang tak larat..time tu jugak naik bilik..amek kan nota zati..lurus bendol waktu selsema..

- fong ajar elektro..aku leh cakap..jap fong..g toilet jap..buang hingus..heh..

Terus balik..dan makan ubat selsema ngantok punya..tido..bangun..but stil tak lege2..berair~

Yerp..sape yang kenal saye..saye selalu selsema..mak pun sama…pasal genetik ke..? gene yang hasilkan IgA tak kuat agak nya (antibody yang jaga salur pernafasan)…hmm..rasa kene makan gak supplement vit C nih….asal nak beli je..terhenti (duit tadak) akan beli juga..salah satu cara kan…lagi pun..tak kan nak bergantug pada obat..hmm..dah bertoksik badan nih dgn ubat selsema..aduh

*Dah habeskan lebeh 100 tisu………….anda semua mesti tak suke selsema kan…tapi ada yang sakit lebih teruk dari diri ini..sabar~


Photobucket

senyum~

Selasa, 24 Februari 2009

Cinta Untuk Ain ~

-->Sorry...tajuk takde kene mengena~

Minggu ini adalah hari yang agak membizikan diri ini..namun aku tetap berlagak cool dan matang..keadaan ini…Nampak nya akan berlarutan hinggalah ke final exam nanti..ini adalah kerana akibat kesan dan effect kerana menangguh kan kerja-kerja yang kian berlambak

Aku akan tumpukan dulu bagi menyiap asaimen molecular biology. Disamping itu.esokk ade kuiz ..10% tu..pas tu..em..ade test molecular and ecology jugak..aku harap..hal kebengapan semasa test biosignaling tak akan berulang lagi…selepas hal2 ini habis…dapatlah aku buat tesis..
Ops..nanti dulu..lab macam mana.kenapa bacteria itu takmo makan agar lagi? Oleh itu…aku ingat nak wat je electrophoresis native pakay sample yang contam sket tu….coz kontem sket je kan….lantak la..harap..dapat band yang elok..dan akhirnya..dapat lah aku siapkan semua..amin~ kalo band elok dapat dari sample yang contam tu..habes laa keje aku..tak payanh nak tunggu bakteria baru tu..aku pun dah bengang..aku dah agak dah..aku ler start paling awal..dan aku jugak lah lambat habes..mungkin sebab buat sorang dan taka de rujukan senior..
Anak dara yang tengah menaip nih..baru bangun tido…haa..tengok tu…bangun lambat..cane rezeki nak masuk ha..ish..dah2 ..pegi mandi..basuh baju ye..pastu nak bace geologi(subjek pilihan) pastu pegi kelas..eh..nanti..msg fong..dapatkah dia ajar cara2 wat gel kat aku nih..kalo ade partner kan senang.. leh mintak tolong wat gel..aku wat electro…atau sebaliknya lah jugak..
Eh..jadi ke aku balik umah minggu nih..nape aku nih..asek nak balik je…oo..pasal dah lame tak jumpa kekasih hati kot..hati jadi berat..rindu sana..rindu sini..so nak balik..supaya tak berat sangat..haha..kepada U..maaflah sebab U selalu kena layan meroyan I ni…sebab I tensen kot..I janji..I try tak buat lagi…
Mampu kah aku buat semua ini….aduhai….mampu ain..mintak lah pada yang Maha kuasa…tak pe..kawan-kawan..Geng Bas Sekolah and Biochem demi mengenggam ijazah yang mungkin berapa bulan lagi...kita kena teruskan!!!..sekurang-kurang nya aku x keseorangan..ade kawan-kawan aku..lebih susah lagi...eh..mandi2..tata

Isnin, 23 Februari 2009

Pernikahan................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah
pilihan kita???

Photobucket


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Photobucket



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

Photobucket


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

Photobucket


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan petunjuk ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Insyaallah.. ..

Jumaat, 20 Februari 2009

~ayat-ayat cinta~

HAWA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."-Hadis riwayat Baihaqi.

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." -Riwayat Al Bazzar.

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.-Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.- Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim.

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Berkati aku dalam hijrah Mu...doa kan saya kawan-kawan..jgn terpesong lagi~ amin

credit to ~ Ikha's blog